January 19, 2011

Aktiviti Memanaskan Badan...

Sejak balik ke Bahrain 5 hari lepas (Sabtu) hingga ke harini cuaca suram je.. Sejuk dah tentu sejuk sebab winter.. hari pertama tu jerebu sand storm, yg ni pulak hujan sejak pagi semalam sampai awal pagi tadi.. Ni baru je berhenti... tapi mujurle tak sejuk macam London ken!  hehe..  Bila sejuk ni, dahle asyik batuk, cepat lapor, rasa nak hibernate je macam beruang kutub pun ada...

Sebagai proses warm up dari kemalasan yg menghasut diri, pagi tadi mula menggoreng karipap untuk santapan pagi para staff SIAK yg kerinduan akan epok2 ku ini.. Buat sikit je dulu... esok2 boleh tambah kuantiti...


Karipap Kak Harr aka Cik Siti.. made in Juffair, Bahrain...  Makan sekali pasti nak oder lagi  :D




 Yang ni pun nak enterframe... sambal tempe + kentang untuk hari pertama masak di sini..


 Ubat batuk nih... dah ada, makan je lahh..hehehh!  Kerepek sukun makcikku Azizah... sangatlah enaknya.. rangup dan manis... sukun depan rumah ni mmg power!!


Nak berangkat haritu sempat beli the best rojak bawah pokok depan Anjung Hijau... mmg mebeles!!  Hari tu tak beli sekali cendol dia yg terbaikk sebab sejuk hujan... 



No comments: