Kalau tak mengidam pun, andai customer sebut perkataan TERINGIN... memang selalunya akak tak tolak. Dan selalu tu kebetulan akak ada masa yg betul2 'available'.
Gitulah ceritanya ye! Apa daa membebel. Sebenarnya akak nak masukkan resipi baru cheese tart zaman sekarang kat sini.. hat buncit2, montok2, dan yg sewaktu. Namun yg sebenor2nya, level ilmu dan kepakaran akak ni tidaklah setaraf dengan para penjual cheese tart montok lagi gebu yang ramai berlegar2 di bumi Malaysia ni. Boleh laa.. setakat nak seronokkan orang2 yg sentiasa redha dengan hasil airtangan cik siti...huhuhuu 😆😆
Resipi ni akak tak pasti puncanya. Akak dah siap2 tulis kat buku, lupa pulak akan empunya resipi. Maklum, banyak benor resipi cheese tart pesen terkini kat buku hitam akak tu.. Ada yg dah cuba dan ada yang belum. Semoga Allah limpahkan rezeki padanya yg ikhlas berkongsi. Sharing is caring yo.. 💚
CHEESE TART
Tart shell
Bahan2:
250 g mentega
125 g gula aising
1/2 sk esen vanila
1 biji telur (saya guna C)
1 sb susu tepung
500 g tepung gandum
Cara2:
Putar mentega, gula, vanila, telur dan susu hingga sebati.
Masukkan tepung dan gaul sehingga jadi doh
Bentukkan menggunakan acu
Bakar dengan suhu 165C selama 17 minit, mode fan
Cheese Fillings yg Montok
(25 pcs)
Bahan2:
375 g cream cheese (guna terus yg dari peti sejuk)
37 g mentega
75 g gula aising
1/2 sk creamy essence vanilla
3 sudu makan telur (guna je 1 biji telur C, dikocak dulu baru sudukan)
Cara2:
Pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masuk vanilla dan telur, putar hingga sebati.
Nozzle yg akak guna.. tak pakai ni pun takpa. Just potong besar sikit kat hujung piping bag tu ja.. |
Cara menyediakan tart
Bahan2:
Adunan cream cheese
Filling ikut citarasa - blueberry, coklat, strawberry, dsb
Tart shell
Alas cupcakes
Cara2:
Masukkan cream cheese ke dalam piping bag, begitu juga inti (filling)
Panaskan oven 160C
Susun tart shell di atas dulang
Isikan filling pada tart shell.
Paipkan cream cheese ke dalam tart crust secara menegak dan banyak membukit untuk memperolehi hasil yg montok
Bakar selama 10 minit dengan suhu 160C (permukaan cheese tidak melekat apabila disentuh)
Dekorasi boleh dibuat sebelum atau selepas dibakar
Cara paip cream cheese.. Yg ni guna nozzle tapi tangan I always ketaq...😆
boleh je tak pakai nozzle, gunting je hujung piping bag tu dan paip kan ke tart shell
boleh je tak pakai nozzle, gunting je hujung piping bag tu dan paip kan ke tart shell
Sebenarnya belum cukup comel macam org lain buat.. tp akak percaya, practice makes perfect! 😄 |
7 comments:
Tq sbb nk share. Saya baru nk cuba hihi..
pakai cheese brand apa? tatura ke? maaf saya pertama kali nk try. hope bole reply.
tq sesangat ya atas ilmu nya..moga allah membalas..insyaallah nak try biat waktu terdekat ni. aaamiin..
Wow...mabelless...🤤🤤
bakar shell dulu atau terus je bakar sekali dgn cheese...tq
Hi first time jadi cheese tart memang shok
Pastu try hari kedua ...ketiga
Cheese mendap tengelam tengah lepas bakar
Kenapa yer
Mhon kongsi resepi
Post a Comment