BAKED CHICKEN / AYAM PANGGANG SEDAP
Bahan2:
(untuk 2 orang makan)
1/2 ekor ayam - potong dua
1/2 labu bawang Holland - saiz besar
2 biji bawang putih
1 cm halia
1/2 kiub ayam
2 sudu sos black pepper
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar herba campuran - akak guna oregano jer
Sedikit mentega (saya guna minyak zaitun)
Cara2:
Kisar semua bahan hingga halus
Tuang ke dalam bekas ayam dan perap selama 1 1/2 jam. Kalau overnight lagi sedap..
Lumur dengan mentega atau minyak sebelum membakar)
Bakar di dalam oven sehingga masak.
* Saya gunakan PRESSURE COOKER Philips untuk membakar. Tukar tombol tekanan ke arah "bake". Tekan menu bake --> chicken --> Start. Masa yang diambil ialah 18 minit. Semasa tinggal 9 minit, saya balikkan ayam dan tutup semula. Biarkan sehingga selesai (berbunyi beep). Ayam lebih lembut dan moist jika menggunakan pressure cooker.
8 comments:
Bole buka ke penutup jika masa masak blom habis
tumpang tanya , perlu letak air tak?
Masa nak terbalikkan ayam perlu off kan tau mcmn ya
Tak perlu off kan... just buka dan terbalikkan
Eliss... tak perlu. Tapi boleh siram sikit dgn air perapan jika ada
Masa buka penutup untuk terbalikkan tak perlu release pressure kan? Masa dah siap pon tak perlu release pressure ke vent kan?
Alcea... Tak perlu release pressure sebab mmg dah set pada bake. Lubang wap sentiasa terbuka dan penutup pun mudah tutup/buka..
Xpayah tukar p vent ka masa nak balik ayam? Sy buat tp x balik..hangit yg bawah..yg atas ok..keras kejung bahagian bwh..
Post a Comment