Pages

September 10, 2015

Rendang Kerang

Pagi tadi ke market nak beli ikan.. terhenti kejap langkah akak bila nampak selambak isi kerang di salah satu gerai. Bila tanya, sekilo cuma RM13.. wahh.. ini sudah baik. Sebab masa raya hari tu akak dengar mahal betul di kampung akak. Yang masih berkulit pun sekilo RM10. Ramai yg keciwa nak masak sambal taun kerang.

Akak sebenornya dah lama mengidam rendang kerang pedas. Tapi masa beli tadi rasa macam nak buat sambal taun. Uhhh.. mana satu la pulak. Sampai rumah bila tengok sekilo tu banyak sebenarnya, akak terus fikir nak buat rendang barang semangkuk. Balance tu baru buat sambal taun bila rajin.. kasi beku dulu ya.. Cuma kejadian rendang ni tak berapa pedas walau banyak juga cili padi yang akak letak. Takpa lah nohh... kang sakit perut pulak.. hehe


Masak harini untuk esok pagi.. Kena padankan dengan puluit ka, nasi impit ka.. baru sesuai.. Lepas tu boleh gi bendang.. ehehh.


RENDANG KERANG

Bahan2:

Semangkuk isi kerang
Segenggam cili padi
4 sudu cili kisar
1 sudu kerisik
Gula dan garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan pekat
Minyak untuk menumis
Daun limau purut
Daun kunyit (saya tak letak)

Bahan Kisar:

1 1/2 labu bawang besar (boleh tukar dengan bawang kecil ikut suka)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara2:

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam, gula dan daun limau purut.
Masukkan kerang dan cili padi (juga daun kunyit yang dimayang halus, jika suka). Kacau rata.
Tuang santan dan kerisik. Masukkan asam keping.
Masak sehingga santan kering.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...