September 7, 2015

Dulu Kini dan Selamanya... Sahabat

Kisah semalam.. kesinambungan dari kisah brownies merah. Dapat green light dari boss besaq untuk bercuti dan jumpa kawan2 kongsi botol kicap suatu masa dahulu di sebuah asrama yang happening. Kita merancang Allah menentukan. Memang macam2 cara merancang nak jumpa kenkawan tapi amatlah susahnya. Apalagi akak je sorang yang isolated di sini..

Kalau hari Ahad boleh tak bang?
Boleh.. pergilah awal pagi, then ambik tiket balik petang.. (tak ingat exact word.. hihi)

Terus akak skodeng semua airlines.. Kawan2 teruja semua.. Maka berlakulah transaksi..

Dan semalam, akhirnya menjadi realiti pertemuan rahsia itu (la dah tak rahsia..). Limited. Tak boleh ramai2 nanti tak fokus.. ehehhh.

Pergi by AirAsia 835/935 (slightly delayed).. Hantar ummi dulu baru Fawwaz pi sekolah.. Zu jemput di KLIA2. Terus rempit ke Serendah sambil2 melawan arahan pn waze. Zu kena saman polis lak sebab plat no fancy huhu.. Kalau tak salah ambik direction tak kena la kot.. tapi itukan takdirNya.. :)

Balik by Firefly 1900/2000.. take off cepat 15 min earlier pulak.. hihi. Zu hantar lagi sampai Subang Skypark. TQSM Zu sanggup jadi supir demi kawan2... muah muahhhzzz.  Rasa macam mimpi pun ado..

Report en abi.. Fawwaz duk ulang2 tanya bila ummi nak balik.. ehehehe. Mau beratus kali tuh.. comel lah anak ummi. Baru abi tau kan camna nak handle Fawwaz sendiri2 seharian suntuk..




FOREVER MISSING YOU GALS!
LOVES,
ME
(x empunya seat bas belakang sekali, tepi tingkap kiri yg dah lemah lembut.. ehehhh)


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...