Pages

October 4, 2014

Ketupat Daun Palas


Hari Rabu lepas akak berkursus dengan kak ipar.. seperti tajuk di atas.. Orang sini panggil "ketupat" sahaja. Buat ketupat ni pun asalnya adalah permintaan abe a.k.a suami ku.

Maklumla.. akak ni orang Selangor.. Menu utama kat sana adalah ketupat nasi daun kelapa yang kami pun panggil "ketupat" sahaja. Dah moden ni, tukar ke ketupat segera pulak. Zaman umur belasan tahun, ada juga arwah nenek buat ketupat palas. Tapi, methodnya amat berlainan.. dari memasak, menganyam sampailah ke merebus. Cara nenek dulu, pulut di kukus, separuh masak dia gaul dengan santan lemak yang dah dimasak, lepas tu kukus lagi sekejap, baru dibungkus dengan daun palas. Cara membungkus pun senang yo.. tiga segi. Lepas tu kukus balik... baru makan.



Cara orang Kedah ni, akan diceritakan di bawah. Ohh... akak lepas ni nak jual ketupat lah pulak... mari! mari!  Tengah bangga sebab boleh tulis resipi ketupat tradisi dambaan suami... hehehe.


KETUPAT PULUT DAUN PALAS

Bahan2:

2 kg pulut (kami guna pulut susu)
2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)
Garam secukup rasa
Daun palas secukupnya

Cara2:

Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.
Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.
Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.
Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam2.

Cara Merebus:

Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.
Tuang air sama paras dengan ketupat.
Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.


STEP BY STEP
Didihkan santan
Tos pulut yang telah dibasuh

Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih

Bila santan dah kering... pulut akan nampak berminyak

Proses membalut pun bermula... isi pulut penuh2 ke dalam kelonsong dan tekan2 biar padat

Nak membuat kelonsong ketupat ni ada caranya tersendiri. Terkial-kial akak masa nak bungkus tu. Tak pandai-pandai sampailah pulut dah nak habis. Mujur cikgunya penyabar.. Berpuluh kali suruh 'twist... twist!..' Tapi tak reti jugak. hehehe. Cikgu dah bungkus 10, anak murid masih sibuk membelek2 gaya mana nak buat ending. Semua angle di cuba.. Tapiiiii..... la ni akak rasa dah pandai la. Cuma kurang kemas lagi dan kurang padat. Takpe, nanti diam2 akak nak buat sendiri... lalalala.

Ketupat ni selain sedap dimakan begitu saja sebab dah lemak masin, makan le dengan rendang ka, serunding ka, gulai (kari) ka... atau, yang akak nak cuba esok ni ialah makan dengan susu. Depa biasa makan gitu jugak naa... atau dengan gula.  Hehehe...

Sesudah siap.. samada nak terus direbus, atau simpan saja di dalam freezer kalau nak makan kemudian..

Proses merebus.. air cuma setakat paras ketupat. Tutup periuk dan rebus sampai air kering

Siap untuk di makan!

Nanti kalau free, akak tambah cara nak buat kelongsong ya... ;)



8 comments:

Emmy said...

Cheq pun ghindu ketupat daun palas....huhuhu....tengkiu share resipi ni kak...sy xpernah amek pot cara tanak pulut tu... balut ketupat reti, tp dah lama tk buat ni tah2 skill dah ke laut agaknya ;p

Cik Siti Abu Sujak said...

Hehe.. ur welcome! Kemarin akak ada sikit kesalahan menulis resipi.. ni baru baca balik n betulkan.. ;)

Farah Rosleena said...

Kak nak Tanya...santan mmg xpayah tambah air Dah ke? Guna pure santan yg kita beli 2 1/2 kg

Cik Siti Abu Sujak said...

Kalau beli pure hat kat market tu kena tambah air la sikit.. mcm nak masak pulut tu, lebih sikit je dari paras pulut..agak2 je, akak xda sukatan :)

Anonymous said...

Kalau sayang atau rasa rugi risau pulut tu ada kerak..bila hampir kering angkat periuk tu rendam dlm kuali or peruk yg lebih besar yg airnya mendidih macam kita kukus. Tutup periuk pulut macam kita keringkan tanak nasi, In Sha Allah semua pulut blh kita balut.
Sukatan air or santan :Utuk buat tapai pun sukatan air yg sama
1kg pulut perlu 900ml,

pemulihan khas menarik said...

Saya biasa buat jgk. Sukatan pulut n santan dpt dr org yg berniaga ketupat utk raya. Elok2 ja lemak tu. Kalau sekilo pulut,santan yg beli kt market tu 1/2 kilo. Beras pulut tu saya sukat pakai cawan (maklumlh sekali-sekala buat). Kalau beras yg sekilo td tu 5 cawan, sy tambah air n jadikan santan yg 'pure' td tu 5 cawan jgk. Alhamdulillah jd elok ja.

Norsholihan Abd Eanich said...

Saya pon 1 kilo pulut guna setengah kilo santan.. Tmbh air agak2 sendiri..

sarina said...

Baru chek nk belajaq buat,makan pandai nk biat xpandai.. nk cuba.. beli rasa cam hanpeh

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...