Pages

October 9, 2014

Kari Ikan Tongkol

Dah lama kot tak tulis resipi lauk pauk.. Sebab graf kerajinan memasak lauk ni agak menurun. Kalau pun masak, menu simple saja.. cth ikan goreng + ulam dan sambal belacan. Lagi simple, mak tapau je dari kedai.. Kat Jitra ni, banyak kedai makan yang sedap2 masakannya. Setakat makan sorang dua ni, toksah susah2..

Cuma, ada ketika teringin lauk lain juga. Yang takda dijual.. Mungkin tak popular di sini.. Itu yang kena masak sendiri.

Entri akak ni cerita beberapa hari lepas. Dah lama teringin ikan tongkol masak kari. Tapi ikan tak mari-mari.. Bila pergi ke kedai runcit auntie kat luar tu, ternampak ikan ni yang sedang2 je saiznya. Terus ambik satu. Ambil juga ikan lain yang nampak lebih cantik dari yang selalu nampak kat market. Cuma nak masak tongkol ni ambil masa seminggu.. hahaha!

Akak buat kari ala pantai timur yang diletak lengkuas dan gula merah/kabung. Tak taulah rasanya sama ke, sipi-sipi ke.. sebab akak rasa macam sedap je.. hehe. Baru lepas ni akak keluarkan stok seketul yang tak habis hari tu.. panaskan dan makan dengan capati. Perghh... Alhamdulillahh rejeki! Cara2 membuat adalah main agak-agak je..



KARI IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas - ketuk
1- 2 sudu cili kisar
1/2 sk jintan manis (kasar) - tumbuk halus
2 sudu rempah kari ikan - saya guna rempah kari giling yang dijual di pasar
1 biji tomato
Sedikit gula kabung
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya - agak2 tenggelam ikan
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong 4-5. Rebus sebentar dengan 2 keping asam gelugur hingga pucat warna. Selepas itu, ambil ikannya sahaja.
2) Kisar bahan bertanda *.
3) Tumis bahan kisar (termasuk cili), lengkuas dan tomato hingga naik bau.
4)  Masukkan pula rempah kari. Bila dah sebati dan kemerahan, masukkan jintan manis - kacau sekejap.  Saya tambah sedikit air waktu ni...
5)  Masukkan ikan, balik-balikkan sekejap kemudian masukkan santan (saya guna susu cair + sedikit air). Biarkan hingga mendidih. Tambah garam, asam keping dan sedikit gula merah (pastikan tak manis sangat..)
6)  Bila dah pekat dan pecah minyak sikit, bolehla angkat...


P/S: Kalau mengikut sunnah atau untuk lebih sihat dalam masakan, garam dimasukkan selepas api dimatikan untuk menjaga khasiatnya. Gunakan garam bukit.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...