Pages

April 12, 2014

Kek Pisang Mentalon

Sebelum akak bermula, nak cerita yang inilah pertama kali akak dengar nama pisang tu. Walau akak membesar di bawah pokok pisang (kikiki), memang takde pisang tu kat kebun kami.

Beberapa hari lepas kak ipar beri pisang ni. Gemuk dan pendek je pisang tu. Nak kata pisang emas bukan, berangan pun bukan... Tanya abe, dia pun tak tau.. Sudahnya tanya balik kat kak. Tu yg tau namanya Mentalon. Sebab yang sesikat dah ranum dan akak tak suka makan pisang gitu2 je, maka akak kupas semua kulitnya. Separuh dah buat cekodok, 4 biji dibuat kek petang tadi dan ada lagi 2-3 biji kat fridge tu.


Tak susah nak buat kek ni.. Yang susah nak cari sapa nak makan. Sejak duk di tepi tasik dan kebun getah ni, takde jiran jemuran nak diajak merasa. Skop perkongsian makanan makin mengecil. Akak masih merindui suasana di Bukit Jalil dulu.. Ada je tempat nak disalurkan hasil kerajinan ku di dapur.. hehehe.

Meh tengok macamana nak membuat kek yang lembut dan moist ni...


KEK PISANG
Credit kpd Kak Nor (Secubit Garam)

Bahan2:

200g pisang mentalon/emas/berangan (pisang yg bersesuaian ikut apa yang di dapur..)
180g tepung gandum *
160g gula (edited by csas)
3 biji telur (saya guna A)
120 ml minyak (saya guna Saji je..)
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil ovalette
1 sk esen vanilla
Secubit garam
Sedikit parutan coklat masakan - saya guna dalam 1 petak kecil tu 2" x 2" (Optional)

Cara2:

Lenyek pisang terlebih dahulu
Ayak bahan2 bertanda *
Dalam bekas pengadun, masukkan kesemua bahan (kecuali coklat) dan putar laju hingga sebati dan kembang.
Masukkan parutan coklat dan gaul menggunakan spatula.
Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser. Saya guna loyang 8 - 8 1/2" dengan berat <>800g.
Bakar dengan suhu 165C selama 45 - 50 minit (ikut oven dan kebiasaan masing2).
Kalau guna cawan muffin, isi 3/4 bahagian (atau kurang sikit) dan bakar selama 20 minit.

Taburan coklat masak.. boleh juga guna chocolate chips

Biar sejuk sikit, baru telangkupkan

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...