March 12, 2014

Nota Hari Ini..

Dah masuk hari ke-5... Memang meresahkan.. perasaan sedih dan bimbang, sama seperti orang-orang lain di Malaysia sekarang, malah juga seluruh dunia... Hanya doa dan zikir berpanjangan mampu dititipkan buat insan-insan dan pihak terbabit. Dikala inilah kita menguji level of empathy kita...

Minggu ni akak pun sangat relaks, takde projek.. Tak mengapalah, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki minggu ni dapat lebih masa melayan anak dan suami. Biasalah, kadang ngan abe kita ni takde apa interesting nak disembang. Sejak kejadian, kami lebih banyak sembang bersama sebab aircraft tu adalah dunia dia sebelum bersara ni. MAS pun pernah jadi majikannya selama berbelas tahun. Tapi bukanle juruterbang mcm Kapten Norudin yang membuat akak terkesima kelmarin. Kata-katanya amat membuat akak insaf. Walau ayat2 seperti itu mungkin dah biasa kita dengar terutama waktu dengar ceramah agama, lontaran kata2 Kapten Norudin, juruterbang yang pertama membawa pesawat tersebut balik ke sini pada tahun 2002, seperti ada magnet buat yang mendengar. Mungkin sebab segala pengetahuan tentang pesawat tersebut ada dalam tangannya.

Mudah-mudahan akan terungkai segala kekusutan ini dengan izin Allah. Yakinlah, pasti ada jawaban.

Memandang pokok getah yang dah kembali menghijau walau masih belum ada petanda hujan, angin kuat yang kadang-kadang menerpa secara tiba-tiba, bahang yang semakin meningkat kala matahari semakin meninggi, kemudian melihat semula gambar-gambar di dalam folder, akak terjumpa gambar-gambar ni. Bunga-bunga dan herba di sekeliling rumah yang masih muda belia... Sejuk mata memandang...













2 comments:

rostina76 said...

salam kenal cik siti….mmg semua kita dlm keadaan resah menunggu berita terkini MH370. btw cantiknya bunga2 u, subur je walau cuaca panas skrg ni.

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam Cik Ros..
T.kasih... cuaca panas ni bunga2 sentiasa dapat cukup minum, tu yg tetap subur... :)