November 15, 2013

Snow Cheese Cake

Hari tu cuba resipi kedua pulak untuk kek span yang berkenaan dengan kek salji ni. Masa first time buat, guna resipi yang saya tak pasti siapa punya sebenarnya sebab semua tulis perkara yang sama. Sebenarnya resipi tu OK je. Terutama bila dah sejuk, sodap yo dan makin lama makin sedap... Kali ni akak ambil dari blog Secubit Garam yang akak rasa lebih lembut. Mungkin akan terus akak gunakan di masa akan datang. Adalah sikit akak ubah seperti berat gula tu.. Jadi yg akak tulis ni versi tulisan bebas untuk rujukan akak di masa akan datang. Kalau nak yang Kak Nor (Secubit Garam) punya boleh klik SINI.


SNOW CHEESE CAKE

Bahan2 Kek:

150 g tepung kek/superfine
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
100 g gula halus
5 biji telur A
1 sudu besar ovallette
80 ml air 
80 ml minyak/mentega cair (kali ni saya guna minyak jagung)
1 sk estrak vanilla (boleh letak pewarna dan perisa lain)

Cara2:

1) Ayak tepung dan serbuk penaik terlebih dahulu
2) Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun KECUALI minyak/mentega. Putar sehingga pekat dan gebu.
3) Masukkan minyak dan kaup balik menggunakan spatula
4) Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan ketuhar yang dah dipanaskan terdahulu dengan suhu 160C selama 25-30 minit.
5) Bila dah masak, keluarkan dan telangkupkan terus ke atas redai (tapi pastikan tepinya dah disisip) supaya kek tak menurun.

KRIM & HIASAN

250 g cream cheese
2 sudu besar mentega
1 cawan susu pekat manis (saya guna creamer manis)
250 g (1 buku) cheddar cheese (cth Kraft) - parut halus

Cara2:

Pukul cream cheese dan mentega sehingga bergaul.
Masukkan susu pekat dan pukul hingga sebati dan gebu
Sapu kan pada keseluruhan kek dan juga sebagai filling
Taburkan cheddar cheese yang telah diparut

******************************



Lama-lama makan, jatuh centa pula.. Mula2 macam tak berapa suka. Sekarang sukaa sangat... sebab tak berapa manis dan ada lemak masin cheddar cheese tu  :D


2 comments:

erin na said...

kak ct, kek 2 akak caver dua ke..akak buat 2 adunan ek..

Cik Siti Abu Sujak said...

Satu adunan bahagikan 2... tak payah nak potong tengah tu nanti.. :)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...