Pages

October 25, 2013

Donut Gebu

Pagi ni mak merajinkan diri buat donut untuk anak bujangnya... Iyalah, kategori rajinle kita ni kalau buat semata-mata untuk anak sorang je. Makan seketul dua dia dah kenyang... Lebih ekonomi beli kat luar. Tapi kat gerai luar tu macam tak menariks jerrr... Tak boleh lawan donut kat kampung akak.. Donut Kak Bainah atau sorang lagi yang akak tak pasti sapa.. Memang gebu tersangat. Akak kalau nampak, mesti beli punya.. Dahlah besar gebu, harga pun cuma 30 atau 25 sen. Akak selalu memikir, apa lah untung dorang ni.. Jual kuih murah2, besar lak tu. Moga2 murah juga rezeki dorang tu..


Akak tengah rajin men'stock up' makanan termasuk lauk-pauk dan kuih. Sebab semakin tak rajin nak masak2. Menggelupas jari jemari ku sebab asyik cuci pinggan mangkuk periuk belanga (exaggerate gitu... hehe). Bila datang rajin tu, buatlah macam2. Jadi, dalam chest freezer akak tu sekarang ada dendeng daging, rendang ayam, kuah kacang, bubur, karipap, donut.. kek pun ada hehe! Agak teringin atau nak makan je, keluar dan panaskan. Nanti abe balik haji, baru ku gelabah asah skill masak balik... :P



DONUT

Bahan2:

2 sk yis kering *
1/4 cawan air suam *
2 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
1/2 sk garam
1/4 cawan shortening/butter - saya campur shortening + butter
1 biji telur
1 cawan susu segar

Cara2:

1) Rendam sekejap bahan2 bertanda * iaitu yis dan air suam
2) Masukkan kesemua bahan dan 1 cawan tepung dahulu ke dalam bekas dan gaul rata menggunakan whisk sehingga halus dan sebati.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli. Kalau lembik, tambah sedikit lagi tepung. Kalau nampak terlebih tepung, basahkan tangan dan teruskan menguli sampai halus dan tak melekat dalam mangkuk.
4) Tutup bekas dengan plastik cling dan perap selama 30 minit atau hingga naik sekali ganda
5) Cetak donut ikut citarasa. Biarkan selama 30 minit lagi sebelum menggoreng
6) Goreng dengan api sederhana kecil dan minyak yang banyak serta rajin2 lah membalik-balikkan supaya sekata warnanya  :D

Adunan akak agak lembik tadi.. so, bentuk pun tak berapa menentu hehe..

Untuk frozen, goreng sekejap.. lepas tu simpan dalam bekas atau plastik kedap udara


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...