Pages

July 15, 2013

Laksa Johor Express

Dah lama mengidam laksa Johor.. Tapi rasa renyah pulak nak buat dalam keadaan rakyat jelata yg cuma 2 orang.. Fawwaz tolak tepi sebab dia takkan makan punyaa..


Hari ni dapat satu idea.. Sebenarnya bukan idea hari ni, tapi dari sebelum puasa lagi. Cuma hari ni tiba2 nak buat walau banyak benda terutama ulam-ulaman takde.  Kisahnya, ada sebekas kuah laksa Perlis pemberian jiran yang membeku sejak hari pertama dapat. Bukan tak makan dia punya, tapi banyak sangat dan sayang nak buang. Mujur2 tak tahun depan je akak sedar ada benda tu dalam chest freezer tu hehe!

Maka akak pun defrost itu kuah dan buang airnya yang jernih tu. Ambik isi je. Maka proses penukaran warganegara pun bermula. Laksa johor versi kalau rakyat local Johor rasa, tak tau apa komen dorang hihi... Akak pernah buat sekali dulu, guna ikan tenggiri, pastu letak ikan masin kurau bagai.. High class betul laksa johor ni. Tapi kali ni, selain guna kuah Perlis tu, akak tambah lagi seekor ikan kembung yang agak besar.. Akak rasa sedaplah juga hehehe...

Selain derhaka, bahan2 pun main cekup2 je..


LAKSA JOHOR

Bahan2 kuah:

Ikan kembung - rebus dan ambil isi
1 inci halia - ketuk
1 batang serai - titik
2 sudu rempah kari ikan
Santan secukupnya (saya main tuang je sedikit santan kotak)
1-2 keping asam gelugur
Garam dan sedikit gula

Kisar:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu cili kisar (kalau takde, kisar cili kering sekali dgn bahan2 lain)
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih - saya tumbuk dulu jintan dan ketumbar, baru kisar sekali dengan yg lain

Lain2 :
Spaghetti - celur dan tos
Ulam-ulaman seperti timun, tauge, carrot, bawang besar hiris, cili padi, bunga kantan dan lain2.
Tadi, yang saya perlu tapi tak ada ialah bunga kantan... dan kuah asal tu rasanya dah berperisa daun kesum.. :P

Cara2 buat kuah:

Campurkan bahan kisar dengan rempah kari dan serai.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Tuang air atau air rebusan ikan.
Masukkan pula isi ikan diikuti santan, asam keping, garam dan sedikit gula (dlm 1/2 sudu teh je)
Bila dah mendidih dan cukup rasa, matikan api.


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...