June 25, 2013

Bahulu Kemboja


Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tapi kadang kalau orang tu clumsy, tertuang juga ke tepi pinggan...hehehe!

Hari ini akak nak letak resipi sejenis makanan tradisional seperti gambar di atas, bernama Baulu Kemboja. Kuih ni boleh tahan manis dan tahan lama tanpa perlu disimpan dalam petisejuk. Kalau 2-3 hari tu tak basi kalau buatnya dengan kaedah yang betul sebab kandungan gula yg banyak, berbanding kuih bakar yang selalu dijual dalam bentuk dan rupa yang sama.

Akak dapat resipi dari mak akak yang memang bisnes kuih ni sejak sekian lama di Sg Besar. Tapi sebab tak duduk dengan dia, tak pernahla akak tengok macamana dia buat. Selalu datang rumah, benda tu dah siap kat atas oven atau dalam bekas jualan. Akak setakat dapatkan sukatan je dan alter sikit2. Bila dah siap, baru adikku berikan petua2 macamana mak buat sebab dia yang selalu mengadap mak mengadun kuih ni...  TQ adikku!

Untuk first time ni tak berapa nak elok macam mak buat, tapi OK laa... rasa pun sedap  ;)

**********************
Yang ni versi mini... guna acuan tart


BAHULU KEMBOJA MAK

Bahan2:
(boleh dapat 4-5 acu kemboja)

2 cawan santan
2 cawan gula
1 cawan telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung (mak cakap sedikit tepung beras jee... hehhh)
1 helai daun pandan atau boleh guna paste (saya tambah)
Pewarna hijau
Bijan secukupnya

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau dengan senduk. (tapi akak guna blender sesuka hati :D)
Sapu acu kemboja dengan sedikit minyak atau majerin.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acu. Tabur bijan di atasnya.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 minit atau ikut mana nak tahap warna kulitnya tu..

TIPS:
Petua mak saya, simpan semalaman adunan dalam petisejuk untuk hasil yang lebih cantik.
Adun guna senduk kayu sahaja..




6 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya cuma nak bagitahu, yang kuih ni favourite saya sejak kecil lagi.
Alhamdulillah, dah ada resepi ni..saya nak berjinak jinak buat sendir dulu. Kemudian, in sha ALLAH nak cuba pula komersil kan pula. Maksud saya, nak pula pasarkan cara meluas. Terima kasih ye. Wassalam

King said...

Nak tanya..betul ke tu bahulu kemboja? Bukan kuih bakar kemboja?

Cik Siti Abu Sujak said...

King.. Org tempat saya mmg panggil baulu kemboja. Beza dengan kuih bakar, kuantiti santan, gula dan telur yg diguna banyak, berbanding resipi kuih bakar yg dibakar dgn acu yg sama..

Cuma yg saya buat ni tak lulus lagi..hehe! Kalau mak saya buat, permukaan akan berkerak2 sebab gulanya naik..

gold boy 86 said...

Salam, sy biase beli kuih ni kt kedai mkn sblh panggung wayang lama kt sg. Besar, agak nye itu kuih mak akak kot, mmg sedap sgt2,susah dh nk cari yg original, biase skg ni org jual yg rase mcm bengkang biase je

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam..
Mak akak lama dah bersara buat kuih. Tapi kalau di Sg Besar, mmg masih boleh dicari yg original tu... Kalau di gerai kuih dkt kawasan truck cendol berdekatan nursery bunga tu pun masih ada yang ori

raisha said...

T.kasih atas resepi ini. Sya org Sg. Besar juga...mmg ada beza bahulu kemboja dgn kuih bakar pandan. Arwah mak & abah suka kuih ni...