June 28, 2013

Kuih Qasidah

Satu lagi resipi makanan tradisional.. Hasil penemuan akak di satu gerai kuih di pekan pagi Jitra. Itu pun bukan selalu ada. Bila siasat, memang popular kat Utara belah Kedah dan Perlis especially masa bulan puasa katanya..


Pagi ni dengan penuh semangat ber'projek' di dapur dengan pelbagai menu dan resipi. Maka jadi jugalah kuih qasidah airtangan orang Jawa ni hehehe... Tapi mata akak sedikit kero sebab silap pandang resipi. Mindset tu buat separuh adunan je, padahal penuh. Mujur jadi elok dan manis pun sedang2 walau gula terkurang 1/2 bahagian. Abe kata boleh la jual... :P

Untuk yang tak pernah tau rasanya (macam akak dululah..), dia rasa lemak manis dan bawang goreng tu buat kadang2 rasa macam bubur lambuk atau mee Sedaap goreng kriuk kriuk.. hahaha! Pandai je akak describe. Sebenarnya sukar di terjemah rasanya. Tapi boleh la.. sedap jugak. Tepung tu rasa halus je bila masuk mulut. Untuk orang2 utara, ia mungkin banyak nilai sentimental sebab ni kuih orang lama kot... Macam kalau orang jawa makan bubur somsom tu.. ehehh.

Resipi ni akak dapat dari myresipi oleh Shanie. Dapat 1 loyang kecil..




KUIH QASIDAH

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula (saya letak 3 1/2 sudu je, salah baca :P)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh air kapur (pun saya silap baca, letak 1/2 je..)

Untuk tabur di atas:
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
3-4 ulas bawang merah - mayang halus

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan iaitu tepung, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk, kacau sebati. (Saya tapiskan dulu baru masuk ke dalam periuk).
2)  Masak dengan api sederhana, kacau sentiasa sehingga pekat dan berkilat (tak melekat).
3) Tuang ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
4) Goreng bawang sehingga berwarna kuning keemasan. Kemudian, tuang terus bersama minyaknya ke atas kuih yg disejukkan tadi. Rata2kan bawang dan minyak supaya cantik.
5) Potong bila kuih betul2 sejuk.


10 comments:

Anonymous said...

arwah mak tiri saya bagi resipi kueh ini kepada jiran, jiran tu pulak buat kueh tu sebagai hantan perkahwinan anak dia dengan memasukan kueh ini ke acuan agar-agar ber bentuk bunga mawar, lepas tu masuk kdedalam pinggan leper dan hias dengan bawang roreng. saya rasa hiaskan dengan kismis dan lain-lain buah kering seperti kurma, peach kering ,ara kering pun bagus juga.

Anonymous said...

Sy slp bca resepi akk jgk!! 1sudu teh air kpur pergi letak 1cawan trus pahitt adui sedih

Cik Siti Abu Sujak said...

Hahaha.. pakat2 salah baca resipi.. tp 1 cawan tu mmg byk benor dik.. :P

Unknown said...

Nak try la buat...hope menjadi

Unknown said...

Mohon nk share resepi.nk try japgi

Cik Siti Abu Sujak said...

Silakan.. Farhana

Unknown said...

air kapur mmg kena letak ke

Cik Siti Abu Sujak said...

Letak saja.. fungsinya supaya struktur kuih lebih cantik kenyal

kayniz said...

Kuih ni mmg fave family saya... Dr kecik dh mkn, br ni sy tahu yg kuih ni popular kt area utara... Tp family saya x buat dlm loyang, kami letak kat atas piring, buat bentuk half bulat n pki penyepit, buat hiasan kuih... Bawang goreng mmg wajib cuma saya je yg x suka, so makan kuih ni mcm biasa je...

Anonymous said...

Sedap