March 19, 2013

Donut Gebu untuk Fawwaz

Hehehe... untuk Fawwaz lagiii.. Sememangnya donut ni request dari Fawwaz. Sejak di Langkawi hari tu dia duk sebut donut. Umminya tahu yg dia nakkan donut macam yg selalu dia buat dalam game iPad tu. Macam dunkin donut yg memang dia suka tapi jarang jumpa. 2-3 menjak ni game tu tak berapa menjadi. Lepas goreng, tak boleh nak angkat masuk tray dan deko. Hahaha... anakku ni memang suka masak kat iPad. Kadang dia masak, deko dan jarinya tap tap tap! tanda makan... dan memang dia macam kenyang. Terus tak minta makan. Mungkin kegemaran ummi dia buat projek di dapur mempengaruhi sedikit sebanyak minat dia.

Kat Jitra ni tak tau mana nak cari donut ala2 dunkin, big apple, bagai tu.. Tak taulah kalau ada di Alor Star. Sebab akak pun tak mahir lagi Alor Star nih... Memang malas nak masuk bandar tu, melainkan ke Giant yang tahap di pinggiran dan dekat dengan highway. Senang nak cari jalan keluar.

Sudahnya ummi buat sendiri. Memang dah lama tak buat.. Sejak duduk sini, baru first time. Dapat lebih 20 ketul. Adalah dalam 15 ketul lagi yg masuk dalam freezer tu. Tunggu kot2 ada request lagi dari dia.


DONUT GEBU

Bahan2 (20 biji ukuran sederhana) :

1 3/4 sudu kecil yis kering
1 oz air suam
1/2 cawan susu segar/full cream - suhu bilik
1/4 gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 shortening
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara2:

1)  Rendam yis dalam air suam dalam 5 minit
2)  Campurkan susu, gula, garam, telur, shortening, 1 cawan tepung dan bahan (1) dalam mangkuk. Gaul gunakan senduk hingga sebati.
3)  Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.  Teruskan ulian sehingga doh menjadi halus dan tidak melekat
4) Tutup mangkuk dengan plastik wrapper atau kain lembab dan perap sehingga doh naik 2 kali ganda (dalam 45 minit)
5) Bentukkan donut ikut kegemaran. Jika guna acuan donut, gelek atas papan dalam 1 1/2 cm tebal dan terap.
6) Biarkan dalam 30 minit sehingga naik.
7) Goreng dengan api yang kecil sehingga keperangan.
8) Kalau nak buat frozen, goreng seketika, balik2 kan dan angkat.
9) Golekkan pada gula halus ketika masih panas



SELINGAN

Saja nak cerita... on the way balik dari Langkawi melalui Kuala Kedah, kami singgah makan laksa TelukKechai yg popular mengikut kata hubby... Memang sedap dan menyegarkan walau kuah tu cair dan bening. Mungkin memang style dia kot...

Nama kedai makan tu Zakaria. Akak memang tak amik gambar laksa tu sebab segan, orang ramai... hehehe tau lak segan! Tapi kalau rasa nak makan pelbagai, memang takde la.. Sebab dia jual laksa semata..



No comments: