Pages

February 1, 2013

Ikan Kembung Sumbat

Ada beberapa menu akak buat hari ni khas untuk santapan en suami... Kalau en abe takdak, akak makan cincai2 je.. Takpun tapau je kat gerai luar tu. Sedap dan murah. Kalau takat ikan kembung bakaq + sayur peria goreng favourite akak, harganya cuma RM3.50 kot.. Tak sampai RM4 pun. Tangan tak kasaq basuh periuk, peluh tak keluaq, hati pun senang bila dah kenyang... lalala.


Untuk sarapan, abe request kue tiaw goreng. Pastu buatkan kuih ketayap inti durian yg dia suka tu. Iyalah, isteri buat dengan penuh kasih sayang.

Untuk lunch, masak ringkas dan sihat je. Taknak berlebih2.. Sup sawi dan kembung sumbat je. Dah lama akak nak buat cencaru sumbat, tapi cencarunya tak mari2... Balik2 kembung jugak! Selain tukang masak suka, kucing pun sama2 suka... Takpelah, akak tepek juga resipinya. Kalau tak, sepi pulak blog yg memang sepi ni... hehe.

IKAN KEMBUNG SUMBAT KELAPA
(Versi apa2 je bahan yg ada kat rumah...)

Bahan2:

3 ekor ikan kembung - yg sederhana besar sikit
1 cawan kelapa parut
1/2 labu bawang besar - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1 sudu cili kisar
1 sudu kecil tomyam paste
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula
3 helai daun pandan

Cara2:

Bersihkan ikan. Belah bahagian belakangnya.
Gaul kelapa parut dengan bahan tumbuk/kisar, tomyam paste, kunyit, garam dan gula. Boleh tambahkan serai untuk lagi sedap (tadi saya takde stok serai)
Sumbatkan kelapa ke dalam belahan ikan.
Lilitkan dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi atau pencungkil gigi.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Letakkan ikan dan balik2 kan. Tutup supaya lebih cepat masak keseluruhan ikan.


 

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...