October 17, 2012

Seri Kaya II

 
Saya buat seri kaya ni untuk dijadikan inti pau yang kawan order tu.. Semenjak dua menjak ni susah nak cari yg segera di kedai bakeri. Selalu kalau ada pun kat kedai Makcik kat B.B.Bangi tu.  Memang tak sempat dan malas nak ke situ demi seri kaya. Jadi terpaksalah merajinkan diri buat inti sendiri... Bukan susah, nak tak nak je..

Selalunya saya guna resipi lain.  Kali ni saya search kat MyResipi yg dah lama saya tak kunjungi tu dan jumpa resipi Mat Gebu yang diambil dari Norzalina Nordin.  Resipinya lebih kurang macam di bawah, tapi ini saya guna bahasa sendirilah... Ada juga yg saya ubah sikit2.

SERI KAYA KARAMEL

Bahan2:

3 biji kuning telur - resipi asal 3 biji telur A
1 biji telur
300 ml santan - saya campur 200ml santan kotak dan selebihnya santan biasa yg tak berapa pekat
240 g gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum - campur sedikit air untuk melikatkan

Karamel
60 g gula
125 ml air panas

Cara2:

1)  Mula2 buat karamel - cairkan gula dalam periuk. Sampai perang sikit2 je atau asal berwarna.. Terus tuangkan air panas dan kacau sehingga gula larut kesemuanya.  Bila agak sejuk, tapiskan
2)  Satukan telur, santan dan gula dan pukul sampai gula hancur.  Nak masuk dalam blender pun boleh.  Tapiskan.
3)  Masukkan bahan (2) ke dalam periuk dengan api sederhana.  Kacau2 sehingga agak panas.
4)  Tuang karamel pelan2 sambil mengacau.  Masukkan tepung dan teruskan mengacau sehingga kaya menjadi kental dan angkat.  Masa panas kaya agak cair, tapi akan semakin pekat bila sejuk..

p/s: Sebelum ni saya letak sedikit pewarna kuning sebab takut tak cantik.. Rupanya bila tak letak pewarna, lagi cantik dan natural kejadiannya.  Gula tu perangkan sedikit je jgn sampai hangus..

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...