July 2, 2012

Opera Cake & Choc Moist

Semalam kerajinan saya membikin 2 jenis kek iaitu kek Chocolate Moist yang dibuat untuk Ahmad Fawwaz, anakku yg menyukai kek itu.. dan untuk mama/umi, ialah Kek Opera yang terrrramat sedapss!!

Saya suka kopi.. itu sebab agaknya kek ini terasa amat membahagiakan bila saya memakannya.  Walau ada sedikit kemalangan kecil sewaktu membuatnya, membuat saya mengecilkan saiz kek ini, tak apalah... Dapat juga 6 layers + 1 layer tambahan yang saya letakkan peanut butter.  Jadi, bukan saja perisa almond (badam), coffee buttercream dan chocolate ganache, tetapi juga peanut butter.  Perghhh... memang sedap sgt.

Salah satu sebab saya buat ni pun sebab nak warm up untuk next order for this cake.  Hari tu Atie dah hints nak order sebelum puasa.  So, mesti nak pastikan tempahan tu betul2 menjadi dah elok.  Buatle RnD sikit2.. Akak buka pi kursus pun.. Tak berkesempatan lagi nak cari mentor dan guru untuk buat kek ni.  Tapi Alhamdulillah dengan kurniaan Allah.  OK lahh... got to go now!  Nak bungkus karipap frozen tu pulak.. :))

 
Kejadian eksiden masa buat kek ceklat ni ialah masa nak buat ganache tu.. Duk mamai je, lupa nak tuang whipping cream yg dah sukat kat cawan ke periuk tu.. adalah buh sikit dlm 50 ml (patut 200ml), tak cukup.. cepat mengeras, tak jadi meleleh.. huhuhuu

No comments: