August 3, 2011

Roti Sardin


Semalam ingat nak buat abuk-abuk tu je.. Datang pulak angin rajin nak buat sejenis lagi kuih sebab takut abe tak suka abuk2 tu.. Manalah tau tak pernah makan... Tapi sebenarnya, en abe ku itu agak adventurous.  Semua dia boleh makan dan cuba... untunglah ye.. hehe

Roti kat dalam fridge tu diam2 je takde sapa berminat.  Fawwaz pun tak mintak macam selalu.. Cuma bila akak dah nak letak sambal sardin, dia pun nak.. Mujur ada lagi baby bread, panaskan yg tu je dan sapu majerin + jem.  Kalau tak, terbengkalai le projek roti sardin ku.. :D  Kuih2 tu semua masih elok sampai ke sahur.  Sahur tadi menu lain ialah spaghetti... kelmarin lagi dah sebut tu.  Cara saya senang je, sos tu masak lebih sikit.. lepas tu, masuk freezer.  Bila nak guna defrost atau pindah ke bhgn refrigerator malam nak tidur tu.  Bangun, tinggal panaskan kejap berapa banyak nak guna.

Berbalik kisah roti sardin, ini cara saya membuatnya...


Bahan2:


Roti keping - potong 2
Mayonnaise

INTI
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang putih - tumbuk
5 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1/2 biji tomato - potong dadu
2 sudu besar cili kisar
Garam & gula
Minyak masak

SALUT TEPUNG
3 senduk nasi tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Secubit garam
1/2 sb air kapur
1 biji telur dikocak - saya tuang separuh je
Air

Cara2:

INTI
- Panaskan minyak, tumis bawang yg telah ditumbuk dan cili kisar sampai layu.  Kemudian masukkan garam dan gula serta tomato, kacau2 sehingga sambal nampak merah pekat..
- Masukkan sardin dan hancur2kan... sebatikan dengan bahan tumis.  Nak tambah cili atau tomato sos pun boleh..  Biarkan seketika, bila dah pekat, angkat dan sejukkan

TEPUNG
- Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.  Tuang air sedikit demi sedikit sampai adunan jadi macam tepung goreng pisang

ROTI SARDIN
- Gelek sedikit roti... tak gelek pun takpe kalau roti dah nipis
- Sudukan sambal sadin keatasnya.. lepastu sapu sedikit mayonnaise
- Tutup dengan sekeping lagi
- Celupkan pada adunan tepung (macam pisang tu..)
- Goreng dengan minyak yg penuh sehingga berwarna keemasan...


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...