August 2, 2011

Cucur Badak III - Ubi Kayu

Wahh... meriah kan puasa2 ni orang nak memasak yg istimewa.  Ada yang sampai 5-6 jenis lauk.. pergh!  Yelahh.. kalau ramai korum, boleh le lebih2 sikit.  Saya pulak, macam biasa je... maklum 2 orang yg konon2 nak jaga badan dan kesihatan ehehh!!  Sejenis dua kuih, buah, kurma dan 2 lauk termasuk sayur cukupla... Tak mau terlebih2.  Macam semalam, buat bubur kacang, kuih cucur badak, kurma ayam dan ulam dah cukup.   Tiap kali kena tanya en abe dia nak makan apa...


Sahur semalam nasi goreng dan pagi tadi cuma maggi goreng dan balance kuih semalam. Cukuplah.. dah sahur awal sangat, pukul 3 pagi.  Saya pulak kena bangun lebih awal, dalam 2.40 untuk masak yg ringkas tu.  Alhamdulillah, setakat ni OK je... baru 2 hari pun kann... hihi.  Musim yg teramat panas ni seharusnya minum air kosong je yg banyak2....

OKlah... kelmarin cerita pasal frozen tapioca yg saya beli kat sini. Bila dah defrosted, ubi tu sedikit lembik.  Jadi tak pasti boleh diparut ke tidak.  Mungkin boleh blend saja..  Semalam saya rebus dan buat cucur badak versi ubi kayu (teringat puasa tahun lepas saya berjual cucur badak kentang hehehhh... laku sesangat!). Buat 13 biji, la ni ada kat fridge sebijik je!  Abe ku sangat suka ini kuih... :D   Pastu bagi sikit adik S'porean kat bawah rasa... sian, budak bujang baru mai sebulan...

Ubi kayu 4 ketul je... tapi besar
Bahan2:

Ubi kayu - rebus sampai empuk (letak garam sikit)
Tepung gandum - jangan banyak2, anggaran untuk melekatkan ubi je..
- kalau nak manis sikit macam jenis keledek, boleh letak sedikit gula


Inti (sebenarnya saya main anggar je. Tapi boleh le ambik sikit2 buat panduan.. sila tokok tambah :
1 biji kelapa - parut
1 labu bawang besar - tumbuk/kisar
2 sudu udang kering - tumbuk/kisar
3 sudu cili kisar
2 batang serai - potong halus dan tumbuk/kisar
2 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam

Cara2:

1)  Lenyek ubi kayu rebus sampai halus/lembut.  Tambah tepung sedikit2, gaul atau uli sampai tak melekat.  Jgn banyak sangat tepung, nanti hilang rasa ubi dan keras...
2)  Bulat2kan, buat lekuk dan masukkan inti.  Kemaskan... Lepastu gorenglah dengan minyak penuh sampai berwarna coklat keemasan... (yo ke macam emas?? hihi...)

INTI
1)  Gaul kesemua bahan dalam bekas dan rasakan dulu garam gulanya.  Kalau saya suka yg manis2 pedas...
2)  Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali atau pan (dalam 2 sudu).. masukkan bahan2 inti (1).  Tumis dan kacau2 hingga nampak bawang dan kelapa layu serta sebati (dalam 20 minit...)

p/s:  saya suka inti tu cukup rasa manis (sedikit masin), pedas dan terasa udang dan serainya... :))

Yg ni semua abe punyo.. ;P

No comments: