Pages

August 6, 2010

Kek Coklat Kukus II



Hari ini, walau penat dan terasa tenaga cuma berbaki beberapa percent disebabkan memenuhi tempahan kuih karipap dan vadai untuk orang2 Singapura yg nak menyambut hari merdeka, aku masih bersemangat nak buat kek coklat kukus. Sebelum ni aku pernah post satu kek coklat kukus juga, tapi itu versi lain.

Sepatutnya kek ni buat semalam... tapi semalam lagi penat sebab kena buat karipap frozen dan donut serta lain2 kerja sampingan. Macam biasa, sumber ialah Myresipi. Penyumbangnya pula ialah Lisafiq. Adalah aku ubah sikit ikut apa yg aku ada. Namun hasilnya tetap mantap... gebu.

Bahan2 (untuk basic cake je) :

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder (resipi asal guna 1 sb cream of tartar - sini takde jual)
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat manis (resipi asal 1 tin susu)
Sedikit esen vanila (ingat kalau tak bubuh pun takpe kot..)
4 butir telur
1 cawan minyak masak (aku pakai minyak sunflower, lisafiq pakai minyak jagung)

Cara2:

1) Ayak tepung, koko, soda bikarbonat dan baking powder
2) Larutkan gula ke dalam air panas
3) Dalam mangkuk adun, pukul telur sampai kembang.
4) Kemudian masukkan susu, diikuti gula yang dilarutkan. Pukul...
5) Masukkan pula bahan (1).. sebatikan.
6) Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul atau kacau bagi memastikan adunan sebati.
7) Tuang dalam bekas dan kukus selama 35 - 40 minit (bergantung pada bekas). Aku guna ramekin cuma ambil masa 15 minit untuk masak... mcm apam lak heheh..
8) Sebelum mengukus, pastikan air betul2 menggelegak. Tak payah tutup dengan kain ke apa.. takde masalah...

Lapiskan dengan cream cheese + whipped cream di tengah2...

Topping (main agak2 je) :

120g whipped cream, 100g cooking chocolate, 1 sudu mentega. Kalau guna dark chocolate yg pahit tu, tambah susu manis secukupnya.
-> Didihkan whipped cream dan matikan api. Masukkan cooking chocolate dan kacau sehingga cair. Akhir sekali masukkan mentega.

p/s: Ada sejenis je cooking choc (dark choc) jual kat Geant Hypermarket yg aku pergi semalam. Nak tak nak beli juga, dahlah agak mahal (850 fils - RM8) utk 100g. Dah cairkan rupanya pahit teramat sangat. Nasib baik balance susu manis banyak lagi...


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...