August 3, 2010

Serunding Ayam



Ramadhan tinggal seminggu je lagi. Teringin pulak nak buat serunding untuk kegunaan bersahur nanti. Maklum, puasa musim panas ni kena bangun sahur seawal 2.45 pagi sebab subuh antara pukul 3.35-3.40 pagi. Jadi kena fikir benda yg cepat nak disediakan...

Semalam testing buat sikit dulu sebab sebelum ni cuma jadi tukang tengok je masa makcik buat di kampung. Walau ada sikit 'kureng' dari sifu punya, bolehla layan..kekeke. Apa taknya, lengkuas dah kerepot, cili kisar tak sedar dah nak abis, malas lak nak rebus dan kisar lagi... jadi aci boleh jelaa. Serunding ni taklah jenis yg kering sangat tapi InsyaAllah tahan lama juga..

Bahan2 (anggaran 1 bekas container transparent) :

3 keping belahan dada ayam (senang nak ambil dagingnya je)
20 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
3 senduk cili kisar
3 cm lengkuas - kisar
2 cm halia - kisar
Sedikit jintan manis/kasar - kisar (opt - sifu tak letak ni)
Sedikit ketumbar - kisar (opt - sifu tak letak)
3 batang serai - titik/tumbuk sedikit
1 mangkuk santan pekat
1 cawan air asam jawa
4 sudu gula (kalau nak tahan lama, gula kena lebih..)
Garam secukup rasa

Cara2 :

1) Ayam direbus, angkat dan tos, kemudian disiat2 halus.
2) Panaskan santan terlebih dahulu dan biarkan sehingga menjadi tahi minyak (pekat dan berminyak)
3) Masukkan bahan kisar dan kacau hingga layu atau hilang bau maung bawang tu (teringat mummy chef selebriti kt S'pore dulu suka guna term ni).

Proses nak melenguhkan tangan..

4) Masukkan gula, garam, air asam dan seterusnya daging
5) Kacau kesemuanya sehingga sebati. Teruskan mengacau sehingga ayam/serunding menjadi kering dan kemerahan (masa mula masuk tu warnanya pucat je)


Dapatlah sebanyak bekas ni....

p/s: bahan2 tu banyak pakai anggaran je... yg sebenarnya ikut citarasa dan kepakaran masing2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...