July 17, 2020

Kek Marble Sedap

Resipi ni akak cnp dari ig baker yg selalu akak intai2 dlm senyap, Hyacinth Cafe.  Tajuk kat sana, Marble Bundt Cake.  kenalah pakai acu bundt cake tu,. Tapi akak guna loyang hat biasa je. Lama dulu dah ni... Dah puluh2 kali buatnya, baru rasa sempat nak buboh.kat sini.

Kejadiannya mmg lembut dan sedap kek ni. Memang rasa kek zaman dulu versi moist. Akak biasa guna majerin Pelangi je utk dapat citarasa old pesen. Kalau ada butter spread jenis Buttermas tu pun akak suka jugak. Sedap 😊



Kek Marble

Bahan2:
300g mentega/majerin
300g gula castor
330g telur (anggaran 6 biji telur A)
2st esen vanilla
200g tepung naik sendiri
100g tepung gandum/all purpose
2 sb serbuk koko + 2 sb susu segar - kalau nak buat marble coklat

Cara2:

1. Pukul mentega/majerin dan gula sehingga kembang dan berwarna pucat.
2. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanila. Pukul hingga kembang tapi jangan sampai 'over beat'
3. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Pukul dengan low speed sampai sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian letak pewarna atau perisa.
5. Gunakan loyang 9" yg telah digris permukaannya.
6. Bakar dengan suhu 155 -180°C (ikut kebiasaan oven masing2) selama 1 jam atau hingga masak.

PS: Oven akak sekarang ni 155°C je. Sebelum ni biasa utk kek guna suhu 165°C.




July 9, 2020

Kisah Oven... dan Sambungan Rubine

Assalamualaikum pembaca senyap saya.

Dah lama sungguh akak tak singgah di sini. Sesekali check comments, ada juga rupanya yg bertanya itu ini. Kalau lambat berjawab tu, harap maaflah ya sebab selalu lupa nak buka. Apa pun akak masih seperti dulu. Aktif sangat tidak, tutup kedai terus pun tidak.. Hehe!

Ni tengah bersemangat sikit sebab tengah tunggu oven baru yg masih belum berhantar oleh supplier. Harap2 oven tu helok lah nohh.. Sebab, tengok review dah ramai yg memujinya. Identiti selagi belum cuba, masih dirahsiakan.

Selepas oven Rubine akak rosak buat kali kedua, akak terus stop dari memperbaiki. Beli je oven mur mur kat Lazada entah Shopee jenama Khind. Besar cantik juga tapi tak berapa memuaskan hati utk kita yg acah2 baker sendu nih 😅😅

Ini aje gambar cikoben rubine yg dijumpai.. 

Oven Rubine dulu pernah rosak PCB yg berharga lebih RM400 tak termasuk kos org maintenance dia yg datang. Kali ni pula rosak tombol bahagian timer yg bukan kaleng2 harga dia. Satu tombol tu jedia quote RM300 tak termasuk visit.
Tombol yg mahal.. 😀
Masalahnya stok tombol yg sama warna pun dah tak ada. Kalau nak, dia offer color silver. Bermakna akan jadi sebelah hitam, sebelah silver. Tapi akak hold dulu sampai ke sudah. Ni kisah lebih setahun lepas ya.. Akak dah buka2 muka oven tu konon2 nk beli set tombol lain kat Lazada tapi tak buat2 pun.. Biasalah, acah2 semua nak DIY 😆😆

Selama setahun akak cuba redho pula dgn oven Khind OT 5205 tu. Color ada stripe merah. Namun pembakarannya agak perlahan. Biasa oven yg akak pernah ada dulu2 bakar kek suhu 165C-170°C dan timing pun cantik. Tapi yg ni akak duk tukar2 sat 170, sat 180... Kadang elok, kadang kejadian lembab tak sekata walau bakar makan jam. Kalau bakar kek marble yg 9" tu pun akan ambil masa sejam +++ (tak kira dah sebab terus set yg bakar tanpa timer). Tapi ni kalau utk yg bukan buat bisnes atau org penyabar, OK aje kot. Atau yg first time ada oven mungkin expectation tak berapa tinggi. Itu je pun problem dia. Lain-lain OK je. Alhamdulillah banyak je pun kek dan biskut yang terhasil 😀😀😀

Gitulah kisah ovens akak. OVEN RUBINE dan KHIND. Yg sederhana saja sesuai dgn keperluan, bajet dan ruang yg ada. Apa2 pun, Alhamdulillah bisnes tetap ON walau sekadar di angin lalu hahaha.
Oven Khind yg dah setahun berjasa
Yang terkini... Belum testing, baru tiba semalam. Alhamdulillah atas rezeki dariNya.. 


April 22, 2020

Karipap Inti Putih



Anak bujang akak si Ahmad Fawwaz kesukaannya karipap biasa inti kari tu je. Tapi, sejak apaknya request hat inti putih dicampur daging, akak pun jadi tukar selera jugak..

Maka inilah cara yang akak buat..


Karipap Inti Putih

Bahan2 inti:

1 1/2 kampit kecil kentang (anggaran 1 kg+)
Semangkuk kecil daging - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - hiris dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 peket rempah kurma
1 sudu lada hitam - tumbuk
Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga
Garam & gula secukup rasa
Minyak menumis
Air secukupnya

Cara2:
1. Kentang dipotong dadu dan cuci bersih
2. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan hingga terbit bau.
3. Masukkan bawang, tumis hingga layu.
4. Masukkan daging, goreng hingga warna bertukar pucat dan sedikit kering.
5. Masukkan rempah kurma dan kacau rata. Tuang air sedikit dan masak sehingga daging empuk.
6. Masukkan kentang, tambah air sehingga kentang tenggelam.  Masak sehingga kentang hampir lembut, masukkan lada yitam, garam serta gula.
7. Bila inti dah lembut dan hampir kering, tabur daun sup dan kacau rata. Siap!


Kulit Karipap
(lebih kurang 40 biji x 20g doh)

Bahan2:
600g tepung gandum
20g majerin + 140g minya masak - panaskan
Sedikit garam
1 cawan (250ml) air

Cara2:
1) Masukkan tepung, garam dan minyak ke dalam bekas dan gaul rata.
2) Tuang air sedikit2 sampai elok menjadi doh
3) Bulat2kan atau canai dan terap.
4) Gelek doh hingga nipis dan masukkan inti
5) Bentukkan dan klim rapat2 supaya inti tak terkeluar semasa menggoreng 😊


September 6, 2019

Kek Victoria Sandwich


Petang semalam akak buat kek ni. Dah sekian lama menjadi viral, baru ini datang angin akak nak membuatnya. Asalnya sebab tengok kat IG the Hyacinth Cafe, katanya, kek ni antara favourite Tuanku Permaisuri.

Hari ni, tinggal dah kurang dari separuh. Akak dengan Fawwaz je yg makan. Adalah bagi sikit kat adik ipar yg datang petang semalam. Abi belum sempat makan satu slice, sekadar rasa yang Fawwaz suapkan hihi.

Sedappp ummi. Kata Fawwaz. 😁😁 Dia tukang perabis slice ummi. Mana mak tak kuruih, baru nak sedap2 makan dah kena paw hehe!


Resipi akak ambil dari blog Bisousatoi. Dah lama akak tak masuk blog tu, sebagaimana akak pun dah lama tak update blog sepi Airtangan Cik Siti nih. Memang terbaiklah dan simple aje sebenarnya. Sis Rima tu tulis dari tahun 2012 lagi tapi macam popular balik kek ni. Untuk filling dan penyedap lapisan tu, akak guna perkara mudah je, tak follow sangat trend orang..tetap sedap kena dengan citarasa.

Kejadian yg moist, manis yg sedang2..
KEK VICTORIA SANDWICH

Bahan2 kek:

250g mentega - saya guna Anchor salted
250g gula castor
250g telur A - pecahkan dulu 5 biji telur, kacau dengan garfu, lalu ditimbang
1 sk esen vanila
250g tepung naik sendiri
2 sudu besar susu - saya guna susu full cream.

Cara2:

1. Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sedikit2 dalam 3 bahagian sambil dipukul.
3. Masukkan tepung sedikit2, juga dalam 3 bahagian.
4. Masuk susu dan kaup balik.
5. Gunakan loyang 8 inci. Boleh juga bahagikan kepada 2 bahagian dengan 2 loyang 8 inci.
6. Bakar dengan suhu 170C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya, ikut kebiasaan oven masing2. Jika guna 2 loyang, masa membakar perlu dipendekkan, mungkin dalam 1/2 jam.*
* Oven lama saya yang jenis besar, biasanya guna suhu 165C untuk kek.
7. Setelah dikeluarkan, biarkan sebentar kek di dalam loyang dalam 10 minit, baru keluarkan kek. Alas dengan kain untuk mengelakkan berbekas sewaktu kek diterbalikkan. Biarkan sejuk sebelum dihias.


PROSES MELAPIS
(Cara Cik Siti)

Bahan2 fillings:

200-250 ml non dairy whipping cream atau fresh cream - resepi kebiasaan guna double cream
Raspberry jam - saya guna raspberry conserve Tesco, sedap tak terlalu manis. Kalau rajin, buat compote buah2an sendiri.
Strawberries - potong kecil2 dan gaul dengan sedikit gula, ketepikan sebentar dlm 15 min

Cara2:

1. Potong kek menjadi 3 atau 2 lapis
2. Sapu jam raspberry atau compote di permukaan kek, ratakan (ini dipanggil sandwich)
3. Paipkan cream di seluruh permukaan kek tersebut. Jika ada jus lebihan pada jam/compote, boleh renjiskan sedikit ke atas cream.
4. Letakkan strawberries  ke atasnya - Sy tak letak
5. Tutup dengan lapisan kek seterusnya dan lakukan perkara sama jika ada 3 lapis.
6. Taburkan permukaan atas sekali dengan gula aising dan hiaskan dengan cream dan buah2an yg sesuai, jika suka.

Sekian 😋😍

August 4, 2019

Asam Pedas Ikan Siakap

Dah lama nak simpan resipi asam pedas kat sini...

Kisahnya, akak memang peminat asam pedas. Tak kiralah asam pedas apa pun... Tapi asam pedas jenis yang selalu akak makan masa duk di KL iaitu asam pedas Melaka memang susah nak jumpa di Jitra ni. Kalau ada pun, pernah beli kat bazar ramadhan dan juga di sebuah restoran tu, tetap tak menepati citarasa akak yg sebenarnya taklah reti sangat memasaknya. Reti merasa dan komplen ajerr..😜

Akak rindu asam pedas ikan pari yang dulu akak selalu makan di sebuah restoran dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Sedappp sangat time tu. Taktau lah wujud lagi ke tidak restoran tersebut (nama pun dah tak ingat) sebab sejak 2002 keluar dr Shah Alam dan lepas tu nak masuk 7 tahun (dari 2012) keluar kawasan KL. Kalau ke sebelah sana pun tak menyinggah..

OK lah.. Akak hari tu jumpa satu resipi sebab tetiba teringin sangat tekak. Tapi akak tak follow bulat2 cuma jenis bahan je yg akak ambik sebijik! Ikannya pertama kali akak boh siakap. Pehh sedappp baq hang! Dapat pulak tak lama nampak Chef Wan tunjuk dia makan asam pedas siakap juga kat restoran dia.. hihi! Lepas tu akak try jugak ikan kembung spt dalam gambar.



ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Bahan2:

1 ekor ikan siakap - dipotong
1 sudu teh halba
2 batang serai - titik
3-4 pokok daun kesum
1 batang bunga kantan
Air asam secukupnya *
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1-2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm halia
1 -2 cm belacan
1 sudu teh lada hitam
2-3 sudu cili kisar (ikut nak pedas mana dan jenis cili)*

Aksesori tambahan:
1 biji tomato
Sayur kacang bendi

Cara2:

1.  Ikan dipotong ikut citarasa sesuai dengan saiznya.
2.  Panaskan minyak dan tumis halba sebentar.
3.  Masukkan bahan kisar serta serai sehingga pecah minyak dan agak garing. Gunakan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar.
4. Masukkan gula sedikit (jgn sampai manis), daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan ikan dan balik balikkan. Tuang air asam jawa. Tambah air jika perlu. Asam jawa adakala terlalu masam dan ada yg kurang, jadi kena adjust.
6. Masukkan tomato dan bendi.
7. Perasakan dengan garam dan seimbangkan dengan rasa asam dan gula.
8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

Saya suka asam pedas yang pekat, pastu masa makan renjis2 kicap sikit.. yummm


Asam pedas ikan kembung.. Tapi daun kantan takdak jual kat market huhu


May 6, 2019

Kuih Abuk Abuk Sagu

Salam Ramadan saudara2 semuslim akak...
Lama sudah akak tak bersiaran. Hari ni tetiba nak menulis di blog yg kian sepi ini.

Akak tengah plan2 nak buat kuih untuk berbuka dan lepas solat terawih. Hari tu dah buat, takdan lama dlm freezer (kak biasa apapun buat frozen 😊), dah habis kumakan sendiri.

Sebenarnya akak cincai2 je buat, tak berapa nk sukat. Tp ni bolehlah utk panduan yg tak biasa buat.



KUIH ABUK2 SAGU

Bahan2:

1 cawan sagu
1/2 cawan kelapa parut (boleh tambah kalau suka)
Sedikit garam
Gula merah
Sedikit gula putih - akak kadang tak letak sbb nak kurangkan penggunaan gula
Daun pisang dipotong 4 segi..

Cara2:

1)  Rendam sagu dengan air sekejap, dalam 10-15 minit kemudian toskan.
2) Bila air dah betul2 tos, gaul sagu, kelapa parut dan garam sampai bercampur kesemuanya.
3) Gaul gula merah dan gula putih.
4)  Daun pisang dibuat kelonsong untuk membentuk kon.. sudukan (1 sudu) sagu ke dalamnya.
5)  Sudukan 1 sk penuh gula merah pula... ratakan sikit2
6)  Timbus balik dengan sagu.... lipat dan sematkan daun macam kon (tak pandai nak sematkan, boleh cucuk ngan toothpick atau guna stapler)
5)  Kukus selama 20-30 min (masa mula buat tu dah boleh panaskan kukusan dulu..)


December 17, 2018

Bomboloni Italian Donuts



Sejenis perangai... Dah lama rupanya akak perap entri hat ni. Dah lebih sebulan baru tergerak nak tengok balik. Tapi takpalah no... Akak post sekarang juga!

DONUT yang lembut dan pernah meriah lalu lalang kat wall instagram akak yang tak berapa ada follower tapi posting banyak tuh..ekekeke. Alaa..akak ni bukan retis apalagi selebriti. Akak hidup di dunia tersendiri dan yg lebih suka memerhati orang dari enterprem mereka.

Sedap donut ni dan memang lembut. Lebih lembut dari posting akak yg sebelum ni. Akak buat demi nak bagi adik beradik rasa nikmatnya makan donut ada fillings yang takyah bayar mahai2. Akak senang hati belanja. Kalau beli, paling murah pun RM4 seketoi. Tapi macam selalu, akak lebih suka makan yg plain tu. Sebab tekak semakin sensitif dengan benda manis. Walhal taklah manis sangat pun kejadian donut ni. Sebab akak golek pun dengan gula aising.

Resipi akak dapat dari Majalah Rasa (IG) oleh Lina Thomas.


OVERNIGHT BOMBOLONI ITALIAN DONUTS
Resipi asal: Lina Thomas @majalahrasa
Olah semula : Cik Siti
(27 biji x 30g)

Bahan2:

1/4 cawan gula
3/4 cawan air suam/susu segar suam (sy guna fullmilk)
1 sudu teh yis kering
3 bili telur A
4 cawan tepung gandum
1 sk parutan lemon (kulit)
1 sk garam
100g pure butter suhu bilik potong kiub (akak guna buttercup tong je)

Cara2:

1) Masukkan  gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk. Ketepikan selama kira2 10 minit atau sehingga mula gelembung.
2) Dalam mixer, pukul telur. Masukkan butter, tepung, kulit lemon dan campuran yis. Putar kira-kira 5 minit.
3) Masukkan garam dan putar terus sampai doh menjadi licin glossy dan elastik. Proses ni agak lama, bergantung kepada mesin yg kita guna.
4) Tutup mangkuk dengan plastik cling dan perap selama 2 jam atau hingga naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
5) Tutup semula mangkuk dan simpan ke dalam peti sejuk (refrigerator) selama 12-16 jam atau semalaman.

Keesokan harinya:
6) Keluarkan doh dari peti ais dan rehatkan sekejap (saya rehatkan hampir 1 jam)
7) Gelekkan doh dalam 3/4 cm dan terap dengan muka gelas atau acu yang sesuai, kemudian bentukkan menjadi bulat (spt bola)
8) Biarkan selama 2 jam atau menjadi 2 kali ganda.
9) Goreng selama 2-3 minit menggunakan minyak yang banyak dan sederhana panas, api yang kecil sahaja.