December 29, 2017

Kisah Penghujung Tahun 2017 (2)

OK... kita sambung balik cerita haritu...

Kalau sempat akak nak letak resipi sikit. Tapi sebelum tu, akak nak tepek sikit beberapa biji kek yang akak bercadang nak up kan tahun 2018. Itu pun kalau takda alasan2 dan gangguan2 jiwa melanda macam setahun dua kebelakangan ni.

Ini kek neapolitan yg akak reka2 sendiri. Nak belajar atau PJJ kat orang duk berlengah2 je. Tapi akak rasa hat ni pun sodap jugaklah. Cuma akak kena perbaiki sikit dari segi penampilan dan fillingnya.  Kek ni akak buat untuk majlis Rangkaian Kasih PPKI tempat anak akak belajar. Keknya adalah kek span yang ada rasa coklat, vanilla dan strawberi. Basic frostingnya adalah cream cheese dicampur sedikit fresh cream. Akak pun tak berapa rasa sangat. Maklumlah..nampak nau macam buruk siku dan syiok sendiri hehehe...

Tapi percayalahhhh... ia sedap!!



Kek di bawah ni adalah tempahan oleh Cikgu Suriyati yang dah berkali-kali order dari akak. Selalunya dia order brownies. Kemudian masuk ni 2 kali dia order Red Velvet. Sekali dengan brownies. Memang lama dah akak tak buat RV sebab guna warna yang banyak. Tapi kalau customer order, akak ON saja. Lagi pulak, baru-baru ni RV memang kembali popular disebabkan drama Cik Lofa dan Aliff tu.. akak pun tak tengok sangat.

Red Velvet 1 kg 

RV full version (2 kg+)

Beberapa hari lepas akak test resipi Kek Pandan Gula Melaka yang agak menjadi sebutan di luar sana. Kalau skodeng IG bakers, selalu je jumpa kek tu. Akak minta resipi dari kekanda yg join PJJ. Tapi sebenarnya akak tak tau pun yg tu resipi dia belajar. Masa bagi dia yang cakap. So, tak bolehlah akak share. Cuma, boleh je kome search kat internet tu. Banyak lambak2 orang tulis. Similar but not the samelah! Lain orang lain cara. Cuma akak syorkan boleh cuba resipi di blog Azlita, tak pun Azie Kitchen.


Untuk frosting atau topping kek tu, akak cedok dari blog orang juga dan blend kan mengikut apa yang ada kat dapur masa tu. Alhamdulillah menjadi dengan jaya. Akak cuba guna resipi Italian Buttercream milik Azlita tapi tak jadi. Maka akak pun tukar kepada Swiss Meringue Buttercream yang rata2 hampir sama. Cukup untuk jadi topping cupcakes sebanyak 13 -14 biji (mungkin lebih). First time buat Swiss Buttercream ni, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Bila dah tau buat tu, idaklah rasa rumit sangat seperti yang ku pikir...hehe!



RESIPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM

Bahan2:

2 butir putih telur
100 g gula castor (akak guna fine granulated)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla

* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air

Cara2:

1) Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.

Meringue/putih telur yang telah dipukul kental

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...