December 10, 2016

Kek Marble yang Lembut dan Moist

Hari ni test satu lagi resipi kek marble.. Dari nak masuk tidur semalam dah pasang angan2 nak buat ujikaji kek yang satu ni. Dari haritu lagi akak cuba menggali resipi yang tersedap, sebab kawan merangkap customer paling loyal order untuk kenduri hari Isnin esok. Asalnya nak brownies macam biasa, tapi akak bagi option kot nak yang lain.. kot jemu dah dengan brownies..hihi!

Resipinya agak simple. Kejadiannya sangat lembut. Texture kek macam kek surabaya yang boleh beli di the Baker's Cottage, bakeri yang dah lama akak tak masuk.


KEK BUTTER MARBLE GEBU
Resipi asal: Nazra Queen (FB/MAHN)
Olah semula: Cik Siti

Bahan2:

180g gula castor
220g tepung gandum
1-2 sudu makan ovalette - akak guna 1 sudu besar
5 biji telur
50ml susu kotak
1 sk esen vanilla
150g mentega - cairkan
2 sudu besar serbuk koko

Cara2:

1) Masukkan kesemua bahan KECUALI mentega ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga kembang dan gebu. Guna speed maximum dalam 5 minit.
2) Masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula hingga sebati
3) Alas dasar loyang dengan baking paper. Tepi loyang biarkan tanpa alas juga minyak (gris). Saya guna loyang 9" sementara pemilik resipi guna 8".
4) Bahagikan adunan kepada 2, sebaiknya yang plain lebih banyak. Satu bahagian pula dimasukkan serbuk koko dan kacau sebati.
5) Mula2 masukkan adunan 'plain', kemudian tompok-tompokkan adunan coklat. Kacau dengan pisau untuk mencorakkan kek.
6) Panaskan over terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dengan suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak.

Gambar peristiwa

Masuk kesemua bahan kecuali mentega
Pukul sehingga kembang, gebu dan berwarna pucat begini
Gaulkan dengan mentega cair
Bahan yg dicampur serbuk koko. Saya letak sedikit chocolate emulco, tapi agak merosakkan rasa. Jadi, lebih baik tak letak
Mulakan dengan adunan putih (plain)

Selepas dicorakkan.. terbanyak yg coklat pulak..huhu
Dah masak... 
Resipi Ina (kiri) vs Nazra (kanan).. hat ina punya rasa lebih klasik sebab guna majerin.. Nazra punya pula lebih soft dan halus.
Kedua-duanya sedap laa... Cuma akak masih tercari2 rasa yang pernah akak makan dalam cenderahati kenduri kawin lama dulu... belum jumpa.. hehehe!

No comments: