Hari ni akak sempat siapkan tartshell lebih kurang 58 biji saja.. Cukuplah tu..
Walau cuti sekolah dan macam free je takda banyak komitmen, akak rasa hidup tetap huru hara. Dengan nak melayan ragam seorang budak yg kebosanan sebab kena duduk di rumah saja.. Padahal bila keluar, baru sekejap dah ajak balik pulak. Ada je tak kena. Kadang niat keluar nak cari barang2 yang melibatkan banyak lokasi. Tapi baru kedai pertama, dah ajak balik sebab nak kencing la, sakit perut la.. memang tak selesai kerja mak, kita balik sajalah sebelum dia mengamuk.
Itu sebabnya akak tak dapat nak terima order atau mewar-warkan sangat yang akak ada je kat sini. Cukuplah satu dua dalam sebulan buat isi masa, lepas gian. Selebihnya, masak atau baking untuk diri sendiri ikut apa yang ada.
OKlah.. semalam akak testing resipi kek marble cikgu Ina. Kejadiannya sangat gebu..lembut.. sedap sudah pasti. Fawwaz pun suka nampaknya terutama masa panas-panas semalam, Bahannya pula lebih kurang kek belang yang selalu akak buat dulu, cuma kek marble ni ada letak susu pekat.
KEK MARBLE GEBUS
Resipi oleh: Azlina Ina (FB)
Bahan2:
1 cawan majerin
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum * - ayak bersama
1 sk baking powder *
Esen vanilla - sy tambah
2 sudu besar serbuk koko
Cara2:
Pukul majerin dan gula hingga kembang (warna bertukar pucat)
Masukkan susu pekat dan telur. Pukul lagi dalam 5 minit
Masukkan tepung dan pukul sebati
Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian tanpa pewarna dan satu bahagian dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8" yang dilenser minyak dan alas dengan baking paper
Mulakan dengan adunan putih, kemudian adunan coklat secara tompok2. Kemudian kacau/corakkan dengan pisau.
Bakar dengan suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.
P/S:
Kejadian kek ni sangat gebu serta lembut dan akan turun sedikit apabila sejuk.
Saja nak tunjuk tahap pucat atau tukar color majerin dan gula |
2 comments:
gebu gebas!
Hr ni..1 ogos 19..br nk cube respi ni.
Hrp mnjadi kek nye.. he he
Post a Comment