October 9, 2016

Lepat Liat Kuih Tradisional

Dah lama akak teringin nak makan. Tapi macam takda jual pun.. Lagipun akak ni mmg tak rajin beli kuih di sini. Takut nanti akak banding membanding dengan rasa dan saiz kuih di kampung akak Sg Air Tawar tu. Maklumla.. Saiz kuih kat kampung tu bersamaan 2 - 3 kuih kat taman ni.


Sedap juga lepat liat. Bila akak tunjuk kat FB, orang2 Selatan (Tengah) yakni geng kampung akak ingatkan lepat ubi.. hanya orang2 Utara dan bau2 utara je tau apa sebenar lepat liat nih. Kuih lejen depa nohh.. eheh! 

Puas juga akak makan bersama2 en abe. Abe kita tu walau orang sini, tak taula dia tau ke idok sifat dan asal usul kuih ni..hahaha!  Akak siap simpan yang tak habis tu dan kukus balik. Rasa macam makan dodol kukus pun ado.. Manis.. agak termanis sikit adunan akak sebab campur dengan gula putih. Tapi OK je.. Takla manis macam dodol tu..


RESIPI LEPAT LIAT

Bahan2:

2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
3 sudu gula putih (tak letak pun boleh..)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
Kelapa parut + garam
Daun pisang
Sedikit minyak

Cara2:

Masak gula merah & putih, garam, santan dan air hingga mendidih dan gula larut.
Tapis dan sejukkan.
Masukkan santan sedikit2 ke dalam tepung sambil mengacau sehingga menjadi adunan yang likat. Jangan pekat sangat nanti lepat jadi keras dan tak liat katanya..
Sapu permukaan daun dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Ambil 1 - 1 1/2 sudu adunan dan ratakan di atas daun tersebut.
Letak kelapa parut di tengah2nya, dan mulakan membalut dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.




No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...