August 31, 2015

Ayam Goreng Kunyit

Lauk ekspress hari ini..


Akak selalu lupa akan menu ayam yang ni.. Asyik2 kari, sup, kurma, rendang... Sebabnya nak memikirkan selera hero terpilih yang sorang tu. Mana yang dia suka, itulah yang mak ulang2 masak. Kalau tak masak pun, ulang2 beli.. hehe. Hero tu tak suka masak kicap.. jadi dah tak pernah buat masak kicap. Tak macam mak dia masa kecik2, apa2 pun nak dengan kicap... sampailah ke tua.

Biasanya en abe akan request daging masak kunyit. Memang akak akan kembang kuncup tengok dia selera makan. Kita kuis2 seketul dua dah cukup sebab kenyang makan kembang..kehkeh.

Pagi tadi tak semena2 dapat whatsapp dari cik kazen yang dia nak ke Kangar dan nak singgah sini. Jenuh memikir menu sebab dah agak siang. Hari ni pulak tak berapa plan nak masak sebab en abe takda. Tetiba en abe muncul, terus kita pi kedai yang banyak tutup hari ni. Paling senang beli ayam laa.. dah nak masak tetiba dapat idea nak buat ayam kunyit. Plan asal nak buat ayam masak merah.. Bolehh.?! Walau tak pasti bila orangnya sampai, akak bersiap sedia je lah.. sebelum datang angin malas tu. Dah siap boleh layan blog ka apa ka..



AYAM GORENG KUNYIT

Bahan2:
(Anggaran semangkuk)

Ayam secukupnya - ambil bhg daging dan potong kecil
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar/bulat
1 biji cili merah - potong serong
5 tangkai kacang panjang - potong 2 inci
Sedikit garam dan gula

Cara2:

Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Biarkan sekejap.
Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak menggoreng dan masukkan bawang putih, tumis sekejap.
Masukkan bawang besar, cili, kacang panjang dan ayam. Tambah dengan sedikit serbuk kunyit jika perlu (atau nak lebih cantik)
Goreng sehingga bawang agak layu.
Perasakan dengan sejemput garam (jika perlu) dan juga sejemput gula.

No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...