Pages

December 4, 2014

Kek Span Pelangi a.k.a Rainbow

Hari ni akak nak kongsi resipi yang selalu akak guna untuk buat kek rainbow a.k.a kek pelangi. Bila akak suka akan rasanya, maka yang inilah akak digunakan selalu. Mana tau akak nak bersara dari buat kek atau sapa2 yg teringin boleh buat sendiri... Memang akak selalu rasa nak berenti sebab rimas tengok dapur sentiasa tak kemas. Maklum ruang tu kecil dan open.. dari semua sudut boleh nampak bila ada projek tu.

Resipi asal akak cedok juga dari internet tapi memang tak ingat sebab dah bertahun2.. Akak doakan pemilik asal resipi ni sentiasa dikurniakan pahala yang berpanjangan asbab berkongsi resipi tanpa sempadan.

Sebelum tengok resipi tu, kita nyanyi dulu... somewhere over the rainbow, blue birds fly.... birds fly over the rainbow, why oh why can't I.... dengan sore yg bergetar2 ye... hehehe


KEK SPAN PELAGI (RAINBOW)

Bahan2:

200g tepung superfine
1 sk baking powder
6 biji telur
180g gula kastor
1 sk esen vanilla
100 ml susu segar/full cream
110 ml mentega cair
6 jenis pewarna - merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru
Perisa mengikut warna (optional)

Cara2:

Ayak tepung dan baking powder terlebih dahulu.
Masukkan telur, gula, tepung dan esen ke dalam mangkuk pengadun. Putar selama 10 minit hingga adunan likat dan gebu.
Tuangkan susu dan putar lagi 5 - 10 minit atau hingga adunan menjadi ringan.
Masukkan mentega cair dan sebatikan dengan cara kaup balik menggunakan spatula.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, berat lebih kurang 145g setiap satu.
Masukkan pewarna dan perisa jika suka.
Bakar dengan suhu 165C atau mengikut kebiasaan oven masing2 selama 15 minit atau hingga masak.



CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:

500g cream cheese (sebarang jenama)
100 g mentega
270 g gula aising - ayak dulu
1 sk serbuk vanilla

Cara2:

Pukul cream cheese dan mentega hingga kembang.
Masukkan vanilla dan gula aising sedikit demi sedikit sambil memukul hingga cream menjadi gebu.

Nota:
Untuk sebiji kek pelangi berdeko penuh, perlu menggunakan hampir 2 adunan cream cheese ini.



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...