Lega mata akak ni bila dah tukar ke template baru.. Akak rasa simple je. Sebenarnya jemu pun iya juga.. Seminggu dua ni memang duk kerja tukar menukar je. Dari profile fb ke blog ni. Chehh.. macamla banyak sangat yg ditukar.
Hari ni Fawwaz dapat cuti.. Seghonok la dia.. ummi dia ja kurang seghonok sebab tak boleh merayau seperti yang dirancang. Mujurlah mau diajak ke kedai bakeri beli bahan2 untuk esok. La ni mak dia memang prestasi merudum.. ada order baru beli barang. Kadang ada yang call nak kek malam ni, esok ka, sat gi ka.. memang tak dapek akak nolong! Minta maaflah akak2, adik2... Adakala akak rasa nak layan anak dan suami je.. tak nak buat benda lain. Cabut2 rumput, minum2, sembang2... Nak jaga kualiti hubungan keluarga kekdahnya..
Lepas beli barang tadi, terus ke Pizza Hut Jitra. Dah tanya boss kecik ni dia nak makan apa sebab temankan ummi dia keluar. Pilihan pizza, KFC ngan pasta.. dia nak pasta. Mak dia bukan taknak masak, tapi tekak budak tu memang lain sikit. Mak makan nasi ngan sambal hitam + tempe sudah cukup.. Nak kaya selalu kan.. huuuuu.
Sementara tunggu pasta carbonara siap, mak pegi ke kedai depan tu cari selipar baru. Kesiannn... buruk benor selipar anak tu rupanya. Asyik lupa je nak beli.. Tapi dia tak mau ikut. Tinggal je kat dalam restaurant tu. Elok bayar, pasta pun siap terus masuk kereta. Baru cuba selipar. Patah balik ke kedai sebab terkecik sikit. Cuba saiz baru.. macam OK terus balik rumah.
Sampai rumah, rupanya selipar masih tak ngam sangat. Terkeluar sikit hujung kaki (masih terkecil).. Besor dahhh anak ummi.. panjang kakinya. Hadohh... Masuk dalam nak makan pasta pulak.. Alamak.. bukan seperti yang selalu dan juga dalam gambar menu. Mati selera Fawwaz.. Sangkanya spaghetti tapi yang dapat fettuccine yang kasar tu. Terus tak mau.. Bawang putihnya pun kasar kat situ. Salah maklah jugak, tak check betul2.. Bukan tak pernah kena. Dulu kat KL pun pernah kena jugak. Hari tu masa makan kat dalam (eat in) tu pun kena juga.. lain di order, lain yang dihantar. Depa main ingat je masa kita order tu.. tak tulis macam restoran tomyam.. kennn. 'Bagus' memori dorang tuuu...
Ini yang makan haritu.. sebenarnya akak terkejut tengok bekas tu. Memang hangus gitu ke ghope dia.. cer orang pizza hut jawab. Tapi tulah, tak serik jugak nak makan situ. Nak masak sendiri pun tak berbaloi nanti.. yang nak makan sorang. Cuma harapnya, francaisor kena tengok2 juga francaisee dorang nih. Buat jatuh reputasi je.. Atau mungkin akak je kena. Nak uji hati jenis camna.. Selalu konon2 muhasabah nak bersyukur atas segala nikmat.. Teringat juga minggu lepas mengidam char kue tiaw. Tengok pinggan orang meriah kue tiaw nya. Sekali kena kat akak, adalah sejemput.. yg penuh kuah ngan toge. Mujur jenis sopan bila nak menyuap. Kalaulah orang yang selalu masuk pertandingan makan tu, rasanya sekali masuk je kua tiaw tu... Sedih tau akakkkk :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Asyik post resipi kuih kek tart laa.. Ini kali akak nak tulis pasal gulai nangka pulak lah. Gulai, masak lemak, jangan (bahasa jowo)... sama...
No comments:
Post a Comment