November 21, 2014

Chocolate Filling (Inti Coklat)

Projek petang tadi... untuk melangsungkan projek cheese tart sebelah malamnya. Tiba-tiba akak dapat seruan untuk buat inti coklat sendiri. Sebelum ni guna inti ready made yang beli di kedai bakeri. Hanya beberapa ketik, akak terjumpa resipi dari dapur Madihaa. Nampak macam mebeles je! Bahan2 pun ada. Apa lagi, terus jalan...


Customer order cheese tarts dengan fillings blueberry dan coklat. Inti coklat yang dah siap ni akak rasa memang sedap. Lebih sedap dari yang dibeli selalu tu. Tapi akak ubah sikit dari resipi asal berdasarkan nota dari empunya blog juga. Jadi, kalau nak tengok resipi asal boleh klik link di atas. Saya punya ni untuk rujukan sendiri yang dah diubah segram dua bahan2nya.


INTI COKLAT (CHOCOLATE FILLINGS)

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan


Proses mengacau hingga pekat..

31 comments:

Unknown said...

Resepi ni cukup untuk berapa ea. Kalau nak buat kuantiti sedikit macaman

Cik Siti Abu Sujak said...

Resipi ni utk lebih 100 pcs tartlets (tak berapa pasti). Nak sikit, bahagilah bahan2 jadi 1/2

Unknown said...

Dah cuba . Memang sedap . Rasa macam bun coklat kat kedai

Unknown said...

Boleh simpan lama mana?? Dan cara penyimpanan macam mana..sy minta izin nk respi ni ya..

Cik Siti Abu Sujak said...

Biasanya saya simpan di dalam peti sejuk. Nak pakai baru keluarkan. Berbulan2 masih elok.

NSEyun said...

Hi sis. Ada tdk sukatan pakai cawan? 😅

Cik Siti Abu Sujak said...

Maaf.. takda sukatan cawan :)

Anonymous said...

dia takkan mengeras kan? kalau buat inti donat bagus tak?

Cik Siti Abu Sujak said...

Tak keras kalau dalam suhu bilik. Saya selalu juga buat inti pau. Utk donat, bergantung pd citarasa :)

Unknown said...

nak tanya, sesuai tak utk filling muffin. terima kasih

Unknown said...

Sy minta izin nk buat rrsepi ni yr sis

Cik Siti Abu Sujak said...

Silakan...

Unknown said...

Inti ni boleh dibulat2kan ke mcm inti kacang merah?

Unknown said...

Boleh guna untuk deco kek birthday ke...

Cik Siti Abu Sujak said...

Tak boleh... Kecuali kalau dah lama dlm fridge, kadang boleh mengeras

Cik Siti Abu Sujak said...

Yg ni tak sesuai utk deco kek ☺

Nabihah said...

Salam, terima kasih share. Tak sabar nak buat petang ni. Tp boleh sy tanya, boleh ke guna inti ni utk Pau kukus? And yg 250ml susu tu susu segar ke susu pekat ye? 😅

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam Nabihah..
Boleh guna untuk inti pau..
Guna susu cair aka sejat

Syall said...

Salam, nak tanya resipi ni boleh guna untuk inti kuih sepit tak?

Syall said...

Salam, resepi ni boleh pkai untuk inti kuih sepit tak?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam... Tak pasti la..mungkin boleh, buat jgn pekat sgt. Biasa sy guna utk inti cheese tart dgn pau je..

Unknown said...

Tq share resepi... Kebetulan tgh cari resepi inti coklat

Nurul Hidayah binti Ismail said...

Alhamdulillah..dah banyak kali guna resepi Ni untuk inti roti bun yang saya jual. Ada sikit saya adjust tambah coklat coin beryl's. Customer komen sedap intinya & tak terlalu manis. Susu tu saya guna susu full cream (tepung) bancuh dengan air. terima kasih tuan resepi.😊

Cik Siti Abu Sujak said...

Alhamdulillah.. Bagus sgt kalau dpt improvise ikut citarasa tu 👍👍

Unknown said...

Sesuai ke jadikan filling dlm cokelat?

Cik Siti Abu Sujak said...

Tak pasti pula.. 😊

Unknown said...

Inti coklat ni sesuai untuk makan dengan roti tak? Nampak sedap��

Dee Rozza said...

Mohon izin guna resepi ni ye...tq...

N said...

Sesuai x untuk inti dorayaki?

Unknown said...

Tak sesuai untuk inti kuih sepit .coz coklat tak akan mengeras .

Cik Siti Abu Sujak said...

Filling ni biasa saya guna hanya untuk inti pau dan chocolate cheesetart saja. Memang bukan jenis mengeras sebab kandungan utama cuma serbuk koko dan susu cair. Tiada coklat ya.. :)