October 18, 2014

Pau Gebu Fawwaz Punya



Hujan yang turun bagaikan mutiara.. bersinar berkilau berkerdipan... ehehhh.. terus hujan berenti! :P  Ni, adik2 gen-Y tak pastilah pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman tu ke tidak.. Kalau nak tau, dulu zaman akak sekolah rendah, ada masa kalau cikgu dah free sangat dan nak bagi anak murid lebih gumbira, dorang akan suruh kami nyanyi. Sapa nak nyanyi ke depan, boleh balik awal.. Makanya, ahkak la yg selalu dapat balik awal.. ahaha!

Sebenarnya petang ni hujan turun mencurah2 di Taman Tunku Sarina ni.. dan pastinya di seluruh Jitra. Gelap gulita jadinya.. Akak pulak tadi tu dah mula menguli tepung secara manual. Nak buat PAU kekdahnya.. Untuk buat bekal Ahmad Fawwaz ke sekolah minggu ni. Memang paulah yang selalu menjadi pilihan dan kena sentiasa ada stok, selain dari karipap comel akak. Dia tak beli makanan di kantin.

Minggu ni cuma beberapa hari je Fawwaz akan ke sekolah. Selain cuti Deepavali, ada juga appointment dengan psikiatris. Walau rasa macam dah tak perlu nak attend session tu, akak fikir baik juga pergi. Sekurang2nya boleh membantu kajian Dr tu dan hospital tentang anak2 autisme. Fawwaz cuma mild autisme jadi tak banyak kerenahnya. Masih boleh duduk fokus kalau dalam bilik dr atau bilik darjah. Cuma kadang2 kalau datang mood dia nak menunjuk tu, maka dia akan melompat2 tak hengat kat depan sesiapa termasuk doktor. Last appointment, kami terpaksa jumpa Dr yang tak biasa, macam tu lah perangai dia.. tak duduk diam.. :D

Berbalik kisah pau, akak dah selalu pos di sini pun. Cuma hari ni, tepung pau yang baru dibuka dan expiry date lama lagi, nampaknya dah tak elok. Bila diayak, meriah le bubuk dalam tu.. huuuu. Masuk terus dalam tong... Sebab wajib juga buat, akak guna je tepung gandum biasa. Cuma warna takkan jadi putih cantik macam kalau guna tepung pau dan tepung hong kong. Janji lembut gebu... memang sedap makan panas-panas di kala hujan turun.. minum secawan nescafe sekali... ops! akak sudah tukarr.. indocafe  :D


PAU GEBU 
(20 biji x 32g)

Bahan2:

Bahan A
225g tepung gandum (sebaiknya guna tepung pau)
1/2 sb susu/creamer pekat manis
2 1/2 sudu kecil yis kering
130 ml air (saya suka guna yg suam)

Bahan B
150g tepung gandum/pau
75g gula halus
1 sb double action baking powder
1/2 sk bread softener
20g shortening

Bahan C - larutkan dalam 1 bekas/cawan
50ml air
1/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam halus

Cara2:

1) Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli sampai licin dan menjadi doh dalam 10 - 15 minit. Kalau rasa tak cukup air, cukup basah2 kan tangan kemudian uli lagi. Jika guna mesin pengadun, uli selama 10 minit sampai tak melekat di tepi mangkuk. Perap doh selama 30 minit.
2) Tumbuk sikit doh yang sudah mengembang untuk keluarkan angin. Masukkan bahan2 B dan C. Uli lagi selama 10 - 15 minit sampai tepung menjadi halus dan tak melekat. Perap selama 30 minit lagi.
3) Ambil sedikit doh dan bulat2 kan hingga habis. Saya timbang dalam 30 - 33g untuk setiap biji.
4) Leperkan doh dan masukkan inti lalu tutup semula dan alas dengan kertas atau cawan 'cupcakes'.
5) Biarkan selama lebih kurang 10 - 15 minit sebelum dikukus.
6) Kukus selama 10 minit. Boleh dimakan terus atau bila sejuk masukkan ke dalam bekas plastik yang sesuai untuk sejukbeku.






No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...