August 1, 2013

Popia Nestum & Horlicks

Semua yg akak buat tahun ni untuk Hari Raya (kecuali kek) adalah bertemakan 'yang pertama kali'... Bukan banyak pung.. cuma biskut sarang semut, popia nestum & kuih bangkit susu je.. Akak memang tak rajin dan tak berapa mahir buat cookies. Masa bujang2 dulu adalah buat. Tapi minat tu semakin hilang ditelan usia.. hehehe!


OK lah... Akak nak share popia nestum & horlicks yang sedap dimulut ni. Asalnya macam nak buat suci dalam debu yang 4 segi tu.. Tapi tetiba teringat yang shape sebegini. Sebenarnya, ini cita2 tahun lepas yang tak kesampaian. Sampaikan masa tu, kulit popia expired dan horlicks jadi keras. Bendanya tak jadi. Baru hari ni dia jadi  :P

POPIA NESTUM & HORLICKS
(Step by step)

Bahan2:

1 bungkus popia (saiz lebar)
1/2 cawan nestum - kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
1 peket horlicks 3 in 1
1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)
1 kg minyak untuk menggoreng


Pelekat..

Cara2 :

Gulung popia seperti dalam gambar. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.
Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2... Susun macam dalam gambar ni ye!

Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka.. menyerong ke, menegak ke..
Saya biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Cuma tak sangguple nak simpan lama2...

Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan

Toskan..

Campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks.
Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya.
Gaul sebati.. saya gaul dengan tangan je. Jangan lupa sarung tangan tu ye... hehehe!

Inilah rupa paras kejadiannya... mmmm best! Sesuai untuk orang yang gigi tak cukup macam akak... :P


19 comments:

Unknown said...

sis..deep fry boleh ke?atau goreng biasa?

Unknown said...

salam hai kak. sy nk mntk izin share resepi akk ni. boleh ye.

mum said...

Salam...minta izin share resepi nie ye..!tq

adam said...

wife ada beli kulit popia baru2 ni. ntah apa yang nak dibuatnya tak tahu lagi masih peram lagi dalam frozen. nak buat popia macam resepi ni nestum dan horlicks belum beli lagi.

Bahulu Studio said...

copy&paste resepi..puan Blog
as-salam, slmt p
Berposa

Anonymous said...

Salam. Minta kebenaran share ye

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam.. silakan. Share utk manfaat ramai.. :)

Unknown said...

Assalammualaikum sis, nak minta share ye...sedap la....nak cuba buat. Sebelum ni tahu makan je.....

Anonymous said...

assalam..sis..mintak share yea...cam best jek..tingin nak wat dri taun pas ag...=)

Unknown said...

mlm ni sy bru nk try wat popia nestum ni ikot resepi sis..arap2 berjaya laa..nyway thx 4sharing :)

Anonymous said...

salam... nestum tu guna nestum yg mana 1 ek?

Unknown said...

Sedap

Unknown said...

Tepung susu tk mcm mna sis?

Cik Siti Abu Sujak said...

Susu tepung.. mcm nespray, dutch lady, dll tu... campurkan sekali dgn bhan2 serbuk lain ya.. :)

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Cik siti kena simpan kat petisejuk ke kat luar ke popiahnye sebelm grg

Anonymous said...

Pakai nestum,3 in 1 boleh?

Cik Siti Abu Sujak said...

Arti Mahdi.. letak kat luar je..
Sis Anon.. cubalah guna 3 in 1 tu.. kita yg buat dia kan.. ;)

Nur haura afeeya said...

Salam