Pages

June 20, 2013

Choc Moist with Cream Cheese & Choc Ganache Frosting

Dah hampir seminggu akak dan anakku Fawwaz buka tutup petisejuk.. berusaha menghabiskan kek harijadinya yang sedap itu. Adalah sikit bahagian lagi tu. Lepas tu pulak, tak boleh makan sekali banyak. Cukup, sehari 1-2 slices yg kecil. Ini adalah cara mak mendisiplinkan mulut dan perut. Maklumlah, kami berdua je yang banyak masa di rumah. Abe pulak tak boleh bagi sangat sebab kena pantang sikit...

Tapi kek ni memang tahan lama dan tahan sedapnya. Bertambah sedap dengan cream cheese dan chocolate ganache tu. Fawwaz pun suka sangat2 dan akan minta setiap kali dia teringat. Mujur tak selalu teringat.. hehehe.

Bila fikir balik, baik akak share dengan orang lain untuk resipi dengan portion yang kecil. Dalam 740g saja beratnya sebelum di bakar.  Bila dah siap dengan deco nya tu, memang simply irresistible gitu!


CHOCOLATE MOIST CAKE
(Credit to my sis Wa)

Bahan A
125g mentega - akak guna Anchor (iklan sikit.. ;))
150g gula kaster
1/2 sudu besar ovallette
3 biji telur A

Bahan B - ayak bersama
125g tepung gandum - saya guna yg biasa tu je
1 sudu kecil serbuk penaik
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C - jadikan paste
1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air
30g gula kaster

Cara2:

1)  Panaskan oven dengan suhu 160C
2)  Pukul mentega dan gula sehingga sebati dan gebu. Masukkan telur dan ovallete, pukul hingga kembang.
3)  Masukkan tepung dan paste koko secara selang seli sambil memukul dengan kelajuan minimum.
4)  Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak/butter dan dialas dengan baking paper. Saya gunakan loyang 8".
5)  Bakar selama 40 minit atau hingga masak.
6)  Bila dah masak, sejukkan sebentar baru ditelangkupkan di atas redai.
7)  Adunan ini juga boleh dikukus dengan masa 1 1/2 jam.

**************************

CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2:
360g cream cheese
70g mentega
200g gula aising - ayak dulu
1 sudu kecil vanilla extract

Cara2:
1)  Pukul cream cheese dengan mentega sehingga gebu. CC dan mentega dipukul dalam keadaan sejuk, tak perlu biarkan pada suhu bilik.
2)  Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit. Pukul sampai halus dan gebu
3)  Untuk memudahkan proses deco, simpan sebahagian di dalam petisejuk

Pilih je, nak guna cream cheese jenama apa. Pastikan halal...

******************

CHOCOLATE GANACHE
(Seeloknya siapkan awal atau sehari sebelum kejadian dan simpan dalam petisejuk. Atau sejukkan dalam petisejuk dalam 1/2 hari)

Bahan2:
300g coklat masakan - potong kecil2
200ml UHT whipping cream
1 sudu besar mentega

Cara:
Didihkan whipping cream sebentar dan matikan api.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat larut semua. 
Masukkan mentega dan larutkan.
Simpan dalam petisejuk sehingga menjadi kental.

********************

CARA DECO

1) Bila kek dah sejuk, belah menjadi 2 keping. Nak senang, lilitkan benang di tepi (tengah bhg) kek dan tarik perlahan2 sehingga kek terbelah dua.
2) Masukkan cream cheese yg sejuk ke dalam piping bag. Potong sedikit di hujungnya. Boleh juga guna nozzle bulat
3) Ambil sebahagian chocolate ganache dan masukkan ke dalam piping bag. Sama caranya seperti step (2) - cream cheese.
4) Sebahagian ganache dibiarkan cair atau boleh dipanaskan sedikit untuk di tuang ke atas kek kemudian
5) Bermula dengan cream cheese, paipkan cream melingkari permukaan tepi kek.
6) Paipkan pula ganache dan buat selang-seli seperti dalam gambar.

7) Tutup dengan kepingan kek yang lagi satu secara pantas tapi teliti. Jika tidak, dibimbangi kek terbelah atau tidak tepat kedudukannya. Boleh tahan mencabar.. :D
8) Sapukan lebihan cream cheese di keseluruhan kek. Lagi tebal, lagi sedap!
9) Mengunakan senduk, tuangkan perlahan-lahan chocolate ganache ke atas kek mengikut citarasa anda. Sebaiknya ganache tidak terlalu cair supaya lebih mudah mengendalikan coklat yang akan meleleh. Proses ini agak memerlukan kepakaran dan kesabaran sedikit... hehe!
10) Sejukkan dahulu kek dalam 2-3 jam supaya cantik bila dipotong.

TIPS:
Nak mudahkan proses deko, sejukkan kek terlebih dahulu di dalam petisejuk atau chiller sebelum deco. Jangan buat dalam keadaan tergesa-gesa untuk hasil yang lebih cantik.


Macam renyah kan? Tapi kalau dah mula tu, rasa mudah je... hehehh!


2 comments:

asmar said...

Salam kenal. First time masuk ke sini. Asalnya nak mencari resepi cream cheese frosting. Sangat menarik dan kagum dengan blogger2 yg berbisnes tp dlm masa yg sama tidak lokek untuk berkongsi resepi dan ilmu. Bertambah murahlah rezeki. Amin

Cik Siti Abu Sujak said...

Salam Asmar,
Satu kegembiraan kalau dpt berkongsi apa yg kita tau.. TQ ye sebab sudi baca blog yg x seberapa ni.. :)

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...