Pages

January 8, 2013

Fresh Cream... Khalass!!!

Pagi ni akak gi lagi ke kedai bakeri haritu. Kot2 dah ada fresh cream. Nampaknya keciwa lagi.. Katanya belum ada lagi. Wahh.. sudah berapa hari la. Memang DC tu bakal tak terbuat jugalah. Kesian En Abe.. tak dapatlah penuhi permintaannya tu. Mujo akak dah tak aktif membaking. Jenuh juga kalau banyak benda yg biasa guna tu takde. Cream cheese yg biasa akak guna pun tak nampak bayang. Susahnya hati. Nak kena kerja keras cari kedai bakeri lain nampaknya. Mana tau, tetiba datang seru...

Petang tadi akak pun terfikir2 apa nak buat dengan durian kat dalam fridge tu. Tiba-tiba nampak pulak post Kak Wan Citarasawan. Dia buat Durian Cream Puff. Yayy.. semangat akak ni nak buat cream puff setelah bertahun2 lamanya tak buat. Mau 7-8 tahun tak buat tu.. Tapi hari selepas esok lah kott...

Kejap tadi akak siapkan inti karipap. Hat ni pun En Abe yg minta buat. Dia tak kisah inti apa. Akak je beria2 nak buat inti keledek. Akak rasalah... murah kot keledek kat sini. Sekilo RM2 je kat pasar malam tadi. Tapi entahlah ye.. sebab kat KL pun akak jarang beli keledek. Tujuan karipap ini ialah untuk makan2 masa meeting AJK waris sekolah pra esok. Hehehe... Tn Pengerusi belanja kalini.. kuih je. Minum pandai2 lerr... :P


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...