May 18, 2012

Minggu Kek Rainbow

Seronoknya hari2 dapat bermain dengan colours! Kalau dulu-dulu saya suka main dengan color merah untuk membuat RV, kali ni semua perwarna keluar! Saya jadi lupa kenikmatan RV tu.. huhu.

Tapi sejujurnya saya masih sangat ketinggalan bab2 menghias kek ni.  Saya masih mencari ruang nak berguru.  Setakat ni, dalam beberapa tempat yang menawarkan kursus, belum ada yang bersesuaian dengan masa dan module yang saya mahu.  Selalunya dibuat masa weekend yang ada saja aktiviti lain untuk saya, atau tak ada orang nak jaga anak.

OK lah.. TERIMA KASIH buat rakan-rakan saya yang sangat-sangat memberi sokongan dalam aktiviti terbaru saya ni.  Yang order dan redha dengan dekorasi saya yang tak sepertinya tu (eh! betul ke uols redha? hehehe...).  Untuk saya, everyday is a learning process.  Ini jelah cara saya untuk belajar secara hands on. Tiada guru, hanya sekadar imaginasi melalui pembacaan dan internet.  Selalulah saya gelabah bila di dapur. Itu jatuh, ini tumpah, itu bertabur, dan macam-macam lagi lagak 'clumsy'.  Kadang tu pegang barang sampai berulang-ulang jatuh ke lantai.

 ****************************
Kek ni untuk super duper Vemma saya, Siti Hajjar... Bila dah siap, baru saya terfikir sepatutnya buat tema oren.. macam Vemma tuu... otak ni memang terkadang slow sikit.. hihi
 

 Last for the week!  Tempahan dari Yati... Dialah orang yang pertama dengan daringnya order kek RV dari saya.. Kek RV versi nak tumbang ekekeke..
 

Yang bawah ni rupanya macam terpaksa je kan... Tak tau apasal saya deko macam ni.  Nak abstract tapi parah le sikit...  Kek yang saya buatkan untuk guru-guru tadika (sekolah Fawwaz).  Tulisan tu lebur dek coklat kompaun yg terlalu cair.. (sbb campur dengan whip cream).  Trial n error gitu.. kek yg jadi mangsa

Saya rasa nak rehat panjang sikit dari baking.  Tapi Fawwaz dah tersebut-sebut kek.. Memang dah beberapa hari takde kek untuk rumah sendiri.  Mama fenat lah dear.. walau fizikal cergas sentiasa.  Mata mama ni dah seminggu tak cukup lelap.. Esok2 lah ye.. ;)

Updated 19/5:
Gambar Italian Rainbow yg dikongsi oleh Atie...

2 comments:

zaza said...

klu nk tempah blh ke?

Cik Siti Abu Sujak said...

Boleh dear... whatsapp 019-2240325 klau x jawab, hantar ke SMS ya.. :)