August 20, 2016

Nasi Dagang Versi Pressure Cooker Philips


Semata2 akak nak test pressure cooker untuk nasi dagang pulak. Sebelum ni dah macam2 juga dimasak menggunakan PCP ni. Homemade sardines in tomato sauce, nasi mandi, nasi maqluba, panggang memanggang ayam, sup tulang n daging, rebus daging (hehhh), nasi impit, punten... Eh! Tak sedau, banyak jugak ekk... Ini kali nak test fungsi STEAM tu..

Hari ni dengan gigih akak buat nasi dagang for the first time. Walau fav food, biasa beli je lebih economical sebab makan sorang atau berdua. Ini pun alamat bakal di"frozen"kan sebab harini akak dan Fawwaz je kat rumah. Fawwaz memang tak jaminla nak makan.. Untuk dia kena masak nasi putih la.. Harap2 gulai tongkol tu dia nak makan. Kalau taknak, ikan kembung goreng ado tu!! Macam tu laa..

Isunya, beras yang akak beli dekat sebulan atau lebih di kedai siam tu, baru malam tadi akak perasan lain macam ghopenya berbanding dengan beras nasi dagang yang selalu akak tengok. Merah keperangan yang sekata. Akak pun konfius ni beras dagang ke beras merah ke beras perang? Aishh lantak laaa.. nak jugak buat!!! Hahaha...  Tapi akak campurla dengan pulut sikit. Yang ada pulak pulut susu.. Takpala, mungkin berguna juga untuk rujukan di lain masa buat akak yang langsung takda darah pantai timur nih. Tapi suka makanan Pantai Timur (kecuali budu.. sorry deh...).

Bila dah siap masak tu, nasi nampak agak lembut tapi still cantik. Tapi, serius la.. menjadi dengan jayanya!! Walau color tu ketara gelapnya.. yehuu.. Baru sat makan. Perghh.. tak terkata sedapnya. ALHAMDULILLAH...

Jom check apa yang akak telah lakukan tadi.. Ni resipi untuk yg rakyat tak berapa ada ya!


NASI DAGANG KELANTAN

Bahan2:

300g beras merah/beras nasi dagang
100g beras pulut (nisbah dgn beras merah 1:3) - tak perlu jika guna beras nasi dagang *
3 cawan air (next time nak kurangkan kepada 2 jer)
1 cawan santan pekat
1/2 labu bawang besar saiz sederhana - hiris
1 1/2 inci halia - hiris
1 sk halba
Sedikit garam
Sedikit gula (jika suka, akak x letak)

Cara2 (menggunakan PRESSURE COOKER ya):

1) Rendam beras sebentar, dalam 7-10 minit. (Jika guna pengukus biasa, selalunya orang rendam 2-3 jam atau lebih)
2) Masukkan beras ke dalam periuk (inner) dan tambah air. Tutup dengan mode pressure.
3) On suis, pilih RICE dan tekan START - untuk PCB ni jika nak masak nasi tak boleh adjust pressure time (kena guna time hat default ja). Jadi akan mengambil masa 10 minit (tak termasuk proses pemanasan).
4) Masuk minit ke 8, saya lepaskan angin pressure dan buka penutup. Nampak nasi dah OK, air dah sejat dan hampir masak, maka saya OFF button.
5) Masukkan santan yang telah dimasukkan bawang hiris, halia, halba dan garam ke dalam periuk. Gaulkan dengan nasi hingga nampak mesra.
6) Tutup periuk semula.
7) Tekan STEAM kemudian tekan KEEP PRESSURE TIME. Penunjuk masa akan "blinking". Set masa baru dengan menekan butang min kepada 7 min dan tekan START. (Yg ni next time nak test lg masa terbaik..)
8) Bila isyarat selesai dah berbunyi, matikan suis.


GULAI IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol - rebus bersama 4 keping asam, garam dan sedikit gula melaka
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit *
2 keping asam gelugur (dari yg digunakan utk merebus ikan) *
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan serbuk kari ikan (nak hok rempah ori kito gi jale2 klate ya :P)
Santan secukupnya
1 keping asam (agak2 jika dah cukup masam, tak perlu letak)
Beberapa biji cili padi - buang tangkai sahaja
Garam dan gula sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara2:

1) Rebus ikan tongkol dengan air sekadar tenggelam ikan. Rebus hingga air tinggal separuh. Air rebusan jangan dibuang.
2) Kisar bahan2 bertanda (*) iaitu bawang, lengkuas, kunyit dan asam. Jika tiada cili kisar, masuk sekali beberapa biji cili kering.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan rempah kari. Masak hingga pecah minyak dan naik baunya.
4) Masukkan santan, cili padi dan asam keping. Biarkan menggelegak sambil mengacau.
5) Masukkan ikan dan air rebusan. Reneh seketika baru matikan api.
6) Perasakan garam, gula dan asamnya.

Nota: Kali ni meme sedap gulai tongkol akak. Agak kalau tahan sampai esok mesti lagi umph!! ehehehh..


JELATAH/SAYURAN

Bahan2:

1/2 batang timun - buang kulit dan bahagian tengah berbiji tu
1/2 batang karot
1/2 biji tomato - buang bahagian tengah
1 batang cili merah
Sedikit bawang besar - mayang halus
2 - 3 sudu cuka
Sedikit garam dan gula

Cara2:

Potong sayuran mengikut citarasa (akak suka panjang2..)
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
.
.
.

Peristiwa bergambar..

Beras merah + beras pulut 


Min time.. takleh adjust. Buat manual jer.. half way off terus huu..
Next time letak setting "congee" boleh kot,.
Setting utk stim.. selepas letak santan


Bahan untuk gulai..:

Orang kata ikan tongkol hitam yg lebih sedap berbanding yg putih. Nak tau beza, sirip tongkol hitam panjang, tongkol putih pula siripnya lebih pendek.. Tapi hat tongkol putih la yg selalu penjual guna..

Bahan2 untuk dikisar halus..
Siap.. kalau overnite dan lebih pekat lagi best kot..

Makan sekali di tengahari, kenyang sampai ke malam you..

2 comments:

Anonymous said...

Saya suka ini resipi. Terbaikkkk

Cik Siti Abu Sujak said...

T.kasih 😊😊