March 1, 2016

CHURROS version KRUP KRAPPP

Dah lama tak men'churros'.. Ada abe kat rumah ni hari2 fikir nak makan apa di petang hari je.. Pagi dan tengahari kadang mak tapau je.. huhu. Tapi menjelang petang mesti ada sikit kerajinan. Best rasa sambil bersantai2 mengadap tasik dan menikmati tiupan angin petang yang nyaman. Bulan2 macam ni duk dalam rumah agak kecacingan berbanding duk luar rumah masa petang2 gini..


Petang semalam akak berprojek dengan kuih NONA MANIS yang silap teknik. Masih ada lagi separuh terperosok kat peti sejuk.. herrr. Petang ni pulak tekak rasa teringin nak makan benda bergoreng tapi ringan. Maka jadilah CHURROS tu...

Kali ni akak cuba ikut cara lain pula. Ambil dari blog Bicara Kak Noor. Meh tengok. Sedap.. rangup kejadiannya dan lembut di dalam. Tak cepat lembik pun.. Akak buat separuh adunan je.. Lebih dari cukup untuk makan berdua. Fawwaz baru kenyang makan nasi, jadi memang tak minat la. Abe lak makan sikit je sebab takut kot tengok gula. Walau entah kali ke berapa buat, duk la tanya apa benda lagi.. hmmm. Cer letak cucoq udang, sepinggang kejap licin mak tak risau nak buang dah.. ehehhh.



CHURROS RANGUP KRUP KRAP

Bahan2:

1/2 cawan air
50g mentega
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Masak air bersama mentega sehingga mentega cair dengan api sederhana kecil.
Masukkan tepung bersama garam sedikit demi sedikit sambil mengacau. Gaul adunan hingga sebati dan tak melekat di tepi kuali. Matikan api dan sejukkan.
Pastikan adunan tepung benar-benar sejuk baru masukkan telur. Gaul hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle berbentuk bintang terbuka atau apa2 sahaja yang sesuai (jika tiada nozzle, masukkan saja ke dalam piping bag atau plastic bag dan potong sedikit di hujung atau bucunya).
* Akak guna double piping bag bimbang terbojot.. :D
Panaskan minyak dengan api sederhana (tetapi jangan terlalu panas).
Paipkan adunan di atasnya dan potong dengan menggunakan gunting.
Goreng sehingga warna keemasan.


CARA MENGHIDANG

1) Gaulkan pada gula halus yang dicampur sedikit serbuk kayu manis (cinnamon).
2) Celup pada sos coklat - cairkan coklat masak + susu cair atau whipping cream.



No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...