January 25, 2016

Ayam Varuval


Menu semalam.. Dah teringat2 resepi yang akak skodeng kat page fb MAHN yang di 'post' oleh Sis Kalaivani iaitu ayam varuval, indian menu yang bermaksud ayam garing. Maka dengan gigihnya akak masak sambil mengadap resipi di fb.. eheh!

Memang sedaplah.. tak caya coba ya! Cuma akak tak follow exactly kuantiti bahan tu macam yang Kalai letak. Akak main jeling2 kuantiti ayam nak dimasak tu dan sediakan bahan2nya.


AYAM VARUVAL

Bahan2:

Untuk perapan:
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana
5 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
2 inci halia - tumbuk/kisar
Serbuk kari - secukupnya
Serbuk kunyit - secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan2 lain:
2 sudu kecil jintan manis (kasar)
6-10 biji cili kering - potong kasar
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - tumbuk
2-3 labu bawang besar - hiris
1 biji tomato - potong kecil2
3 tangkai daun kari
3 sudu cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
Garam dan gula secukup rasa


Cara2:

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.
2. Goreng ayam tersebut sehingga masak (golden color) dan angkat.
3. Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan  minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu). Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula dan seimbangkan rasa.
6. Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 & 4) dan kacau.
7. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering ya adik2.. :D
8. SIAP!!



No comments: