Pages

August 26, 2014

Kek Sarang Semut

Tak ingat bila last buat kek ni.. adalah dalam sekali dua buatnya dalam beberapa tahun lepas...

Sejak malam tadi memang akak dah terbayang2 nak buat kek. Lapaq kek. Tapi mulanya ada dilema samada nak buat kek cheese leleh atau sarang semut ni. Cuma bila selak2 resepi, ternampak ada yang guna magic pan. Terus tetap hati nak buat kek sarang semut. Dulu buat bakarnya pakai oven je. Nak test cara yang lain pulak, yang selalunya mudah dan kejap. Tapi tadi, sebenarnya lebih lama dari biasa.. huhuhu.

Kali ni akak refer pada blog Resepi Cikgu Ani. First time buka dan terus cuba.. Tapi macam biasa, akak guna apa yg ada dan ikut suka je..


KEK SARANG SEMUT

A) Gula Hangus

Bahan2  :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan mentega/majerin

Cara2:

Masak gula sehingga cair semua dan berwarna keperangan (hangus).
Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga gula larut. Berhati2 sebab akak keluar buih atau percikan pada air gula tersebut. Bila gula telah larut semua, matikan api.
Masukkan mentega dan kacau sehingga cair semua.
Sejukkan.

B) Membuat Kek

Bahan2:
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur (saya guna A)
1 cawan susu pekat manis (saya guna krimer manis je... lain tau!)
1 sudu kecil esen vanila

Cara2:

1) Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.
2) Putar telur dan esen vanilla sehingga kembang.
3) Masukkan susu dan pukul dengan kelajuan paling minima.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil memukul dengan kelajuan minima
5) Masukkan gula hangus dan pukul sebati.
* Akan datang untuk step 3, 4 & 5 saya nak guna hand whisk atau spatula sahaja seperti yang saya ada terbaca 1 komen tu..
6) Perap adunan selama 2-3 jam (cikgu kata, tp saya tak buat pun... terus je bakar).
7) Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak keseluruhannya. Mengikut pengalaman, kek ini mengambil masa yg agak lama untuk masak (edited 30/8).

Untuk pembakaran menggunakan pemanggang ajaib (magic pan):

1) Pan tidak perlu dilengser
2) Saya alas 'stove' menggunakan wire rack oven.. rasanya tak alas pun tak mengapa. Gunakan api yg sangat kecil.
3) Panaskan sebentar pan untuk beberapa minit, lalu tuang semua adunan ke dalamnya.
4) Biarkan penutup pan terbuka sehingga keluar buih2 di tepi dan permukaan adunan. Biarkan sehingga buih hilang. Proses ni agak mengambil masa dan saya mula menutup bila buih masih ada tetapi hanya di bahagian tengah.
5) Kek akak masak cantik dalam masa lebih kurang 5 minit selepas ditutup. Ikut citarasa masing2 nak kek tu kelihatan bagaimana ye!

Nota: Tadi mungkin api saya terbesar sikit lalu menghasilkan sedikit kerak hangus di dasarnya. Tak kisahlah, sebab masih boleh dipotong bahagian yang cantik.. Walau tak diperap, sarangnya tetap ada.. T.Kasih kepada pemberi resipi... :)

Gambar2 peristiwa:

Antara bahan2 dan perkakas. Pemanggang tu baru semalam akak buat bakor ikan cencaru sumbat.. hehehhh
Yang dinamakan telur sudah kembang..
Api kena paling kecil.. ni pun besar jugak rasa sebab ada sikit kerak nan hangus. Saya panaskan dulu pan dalam 1-2 minit je
Mula berbuih... lama juga nak tunggu ni sampai nampak stabil.. sampai mokcik tak berapa nak sobarr
Dalam 5 minit je tutup, ginilah hasilnya... mula2 macam lembab permukaan tu, tapi pelan2 dia mengering sedikit bila sejuk
Yehaaa... tengok tu.. got lube lube small small one..


6 comments:

riesa said...

cik siti...kalau masak guna pan tu,terus tutup je agak2 boleh tak?tak payah tunggu sampai hilang buih.. saja nak buat eksperimen...

Cik Siti Abu Sujak said...

Riesa,
Try la.. kita yg buat dia kan.. Akak kalau buat kek biasa atau bingka, terus tutup je.. Lagi cepat masak

riesa said...

Hari tu dah try buat..samala cam akk buat tu.nk tunggu hilang buih,lambatnya...hihi...cuma saya perap dulu 2 jam..sarangnya lagi cantik bila perap...

Cik Siti Abu Sujak said...

Ni kes nak makan dgn kadar segera.. tu yg malas nak perap dulu. Takut mati selera klu tunggu lama2.. :D

jida said...

mak saya selalu buat kek ni.tapi pakai oven la. rindunya masakan mak.hehe

Muhamad Syazwan said...

Sy tunggu buih hilang setengah jam ..baca akk punya suggest terus tutup 😂😂

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...