Pages

June 7, 2013

Kek Buah Kukus

Aktiviti hari ini ialah mengukus kek buah. Dah lama rasanya teringin nak membuatnya. Tapi seru tak datang2 sehinggalah buah pun expired! Sebenarnya kek tu pun bukan masuk kategori favourite sebab selalunya teramat manis kejadiannya. Hehe... padahal sama taraf manisnya dengan kek2 akak yang lain. Tapi akak lebih suka merasa yang orang bagi terutama masa raya. Untuk mengelak pembaziran bila kek2 tu terbiar sebab berlaku lambakan makanan...


Bila akak google, kebanyakan orang guna resipi dari sumber yang sama iaitu resipi Chef Zubaidah. Tadi akak merujuk di blog Yatiememories (Sinar Kehidupanku). Resipinya asal boleh dapatkan di SINI. Sayangnya, bahan yang ada tak berapa nak cukup.. Terpaksa omit beberapa benda iaitu cream of tartar, serbuk buahpala dan mentega pun guna buttercup je. Namanya dah tak boleh tunggu2 nak lari ke kedai kalau seru tu dah sampai. Alhamdulillah menjadi juga kek akak. Tak sempat nak bermalam... Janji sejuk, akak pun cepat2 potong.. nak tengok kejadian dan rasanya. Kekadang memang macam ni... kebudak-budakan sikit bila hati tak sabar2 nak rasa apa yang dimasak.

RESIPI KEK BUAH KUKUS
(Sumber Yatimemories)

Bahan2:

250g butter (seketul tu...)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum *
1 sk cream of tartar *
2 sk soda bikarbonat *
1 sk buah pala (nutmeg) *
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan2. Sebatikan. Kemudian masukkan butter sehingga cair. Masukkan buah2an campuran. Kacau dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan2 bertanda *. Masukkan kedalam adunan buan2an sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu dan gaul sebati.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan perlahan2 ke dalam adunan kek. Gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Gunakan loyang 7x7. Jika loyang tin, alas dengan baking paper dan dilengser. Boleh juga guna plastic container tahan panas. Masukkan adunan dan tutup longgar dengan aluminium foil

5. Kukus selama 4 jam untuk mencapai kelembapan yang diinginkan (atau sekurang2nya 2 jam).

6. Sejukkan sebelum dipotong.

TIPS:

- Pada 2 jam pertama guna api sederhana dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Isi air pengukus banyak2 dan kalau nak tambah, gunakan air panas.
- Bila kek dah masak, biarkan 5 minit, baru dibuka penutup kukusan. Lap air di atas permukaan aluminium dan lubangkan sedikit supaya wap panas keluar. Selepas 10 minit baru buka penutup dan biarkan sejuk di atas pengukus.



Kata mereka... kena tunggu 2-3 hari baru ianya semakin lembab.. Nanti kita tengok ye.. :)
Kalau sedap betul, bolehlah buat iklan raya... hehehh!


No comments:

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...