May 22, 2012
Cik Ti Seri Kaya
Tiba-tiba angin nak buat seri kaya sendiri selepas menerima tempahan pau kaya dari Shima dan Fidah.. Dan akak rasa macam dah boleh buat kopitam le hehehe.. Jenuh lepas ni mengidam set cawan gambar pokok kelapa pulak ;P
Sebenarnya saya dah pernah buat seri kaya ni setahun dua yg lepas, masa di Bahrain. Time tu first time juga buat pau. Kalau ini kali kedua, tak taulah kali ke-3 nya tahun bila pulak..kihkih!
SERI KAYA
Bahan2:
3 butir telur - buang tali pusatnya supaya tak hanyir
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan - seeloknya yang pekat
1 sudu kecil esen pandan - nak lagi sedap letak daun pandan je
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Karamel/Gula Hangus:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas
Cara2:
1) Buat karamel dengan mencairkan gula dalam periuk menggunakan api sederhana kecil hingga keperangan. Bila dah cair, tuangkan air panas (hati2 ye!).. Kalau ada gula yang berketul pastikan larut dan matikan api. Sejukkan.
2) Pukul telur dan gula hingga gula hancur. Masukkan santan, esen pandan dan pewarna. Tapis ke dalam periuk. Tapiskan juga gula hangus ke dalam periuk.
3) Dengan api sederhana, masak adunan di atas dan selalulah mengacau supaya tidak berketul2. Untuk menyenangkan, saya guna non-stick pan dan mengacau menggunakan hand wisk. Bila dah pekat, matikan api.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Saya kumpulkan beberapa pilihan resipi chocolate ganache di sini untuk rujukan akan datang. Selalunya saya gunakan resipi yang pertama untuk...
-
Mungkin ada beberapa entri saya dah letak tentang resipi cream cheese yg selalu saya guna untuk frosting atau topping kepada kek red velv...
-
Setelah beberapa kali tertangguh, petang tadi akak merajinkan diri menguli secara manual 1/2 adunan pau yang menjadi favourite anak bujang a...
-
Gambar oleh Wilton Sejujurnya, saya tidak pernah menggunakan buttercream utk kek2 saya. Kalau ada pun, coffee buttercream untuk Opera ...
-
Masa nak pergi market pagi ni takde lah perancangan nak beli ikan pari. Tapi bila duk meninjau pelbagai ikan kat situ, terutama ikan kembung...
No comments:
Post a Comment