So, sempena birthday dan anniversary akak semalam (17 Mac), akak pun baking la hari ni kek yg happening sket. Sian kan... dah lah kena buat sendiri, lewat sehari pulak huhuhu.. Sebenarnya, semalam akak baru balik dari kg yg ambil masa lebih 3 jam perjalanan.. Rehat kejap kat rumah, keluar lagi ambil hubby kat Subang Airport. Malam makan kat luar.. fenat fenattt... Pagi ni lak gi Taman Orkid dulu, balik baru gigih ku mem'baking'. Semangat, nak jugak buat!!! Alhamdulillah, chantek kejadiannya.. walau aku menderhaka terhadap resipi orang.. :P
Rujukan: HaSue
Olah semula: Cik Siti
Bahan2:
150 g tepung superfine
150 g gula halus (saya guna gula ising)
6 biji telur saiz M
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu besar ovallette
80 ml susu segar
80 ml mentega cair/minyak masak
Pewarna - kuning, hijau, ungu, oren, pink (ikut citarasa lah.. asal colorful)
Cara2:
1) Satukan tepung, gula, serbuk penaik, ovallette dan telur dalam bekas.
2) Pukul/putar dengan kelajuan maksima sehingga adunan menjadi pekat dan gebu (dalam 5 minit)
3) Masukkan susu segar dan putar lagi dengan kelajuan maksima sehingga adunan menjadi ringan
4) Tuangkan mentega cair dan gaul hingga benar2 sebati menggunakan senduk kayu, spatula atau tangan.
5) Bahagikan adunan kepada 5 - 6 bahagian. Satu cawan setiap bahagian (saya cuma dapat 5 cawan/bahagian je)
6) Warnakan setiap bahagian dengan perwarna.. kalau nak yg cantik dan terang, letak banyak2 sikit ye adik2.. :)
7) Sebelum tu panaskan oven 160C...
8) Oleskan loyang (ukuran 8 inci) dengan mentega dan lapik dengan baking paper. Masukkan adunan... Bakar selama 10 minit atau hingga kek masak. Kalau muat, masukkan 2 loyang sekali dalam oven.
9) Bila dah masak, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan atas redai atau ikut kebiasaan kita.. buka pelan2 kertas alas. Biarkan sejuk sebelum tugas2 mendeko
P/S: Untuk deco, resipi asal guna whipping Cream. Tapi sebab saya suka cream cheese, saya suka2 tuko. Ingat nak letak kat tengah2 whipped cream juga.. tp WC yg saya import dari Bahrain tempohari tak menjadi soft peak..ampeh! Terus saya tukar ke buttercream (bajet cream cheese tak cukup hehe) dan letak blueberry filling ala2 je... nak tgk rasa.. :P
Deco - Cream Cheese
500 g cream cheese
30 g mentega
1 1/2 cawan gula ising (kalau nak kurangkan 1/2 cawan tu pun OK)
1 sudu besar susu segar atau whipped cream (opt)
1 sudu besar lemon juice (tak bubuh pun takpe)
Cara2:
1) Pukul cream cheese dan mentega sampai gebu. Masukkan gula ising dan bahan2 lain, dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga gebu
2) Sapu pada lapisan atas dan sekeliling kek ikut kreativiti memasing ye..
*********************
No comments:
Post a Comment