November 22, 2011

Jus Pisang

Degup jantung semakin kencang... sebab rasa banyak betul nak di kemas dan let go!  Tapi dalam waktu yg sama ala2 malas gitu.. adoi!  Tapi pagi ni saya rasa dah mula nak tarik break utk kerja2 masak di dapur.  Pagi ni siapkan tempahan karipap terakhir sebanyak 45 biji.  Ada balance isinya tu yg kira boleh dapat 10-15 lagi, tapi malas nak teruskan perjuangan.  Saya dah cuci dan nak bungkus penggelek dan papan capati saya tu.  Nak masuk kargo jugak sebab ada nilai sentimental gitu haha!


Singgah kejap kat lappy nak buat entri baru.. Jus pisang yg sedap atas permintaan en abe utk breakfast. Pisang banyak ter'over' ranum.  Akak tak makan pisang gitu2.. Makan pisang goreng je atau cekodok pisang atau jenis kuih-muih dan kek berpisang.  Kalau hat mentah ni, pisang emas yg kecik tu je boleh masuk.  Itu pun main telan je..tak kunyah.  Adalah kisah sejarahnya hehe!  Ini sambil mewarna buku atas permintaan En Ahmad Fawwaz.. :D

Jus Pisang

Bahan2 (1 mug):

1 1/2 biji pisang - jenis mcm pisang berangan atau montel.  Boleh je nak guna pisang emas dan yg sewaktu
1/2 mug susu segar
1/2 mug air - yg sejuk biar sedap sikit.  Letak air biar tak pekat sangat
1 camca teh milo atau ovaltine

Cara2:
- Pisang potong2 kecil dulu.. Selepas tu masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain.  Tak perlu gula sebab pisang dah manis.. tapi kalau nak letak, boleh jee...
-  Blend sampai halus dan tuang kat mug

Pose semua ala2 gini... sebab gambar yg tegak blur je semua

4 comments:

Anonymous said...

Boleh x letak susu tin tu??

Cik Siti Abu Sujak said...

Susu tin atau creamer manis ke? Nanti jadi manis sgt air tu.. tp boleh je kalau nak cuba.. atau guna susu/creamer cair.. adjust air pula.. letak ais.. ikut kreativiti msg2 ;)

Anonymous said...

Dah try..abis licin sekelip mata. Susu & pisang kombinasi terbaik

syazriimran said...

waa sedapnyaa kene try ni :)