Showing posts with label Pau. Show all posts
Showing posts with label Pau. Show all posts

October 18, 2014

Pau Gebu Fawwaz Punya



Hujan yang turun bagaikan mutiara.. bersinar berkilau berkerdipan... ehehhh.. terus hujan berenti! :P  Ni, adik2 gen-Y tak pastilah pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman tu ke tidak.. Kalau nak tau, dulu zaman akak sekolah rendah, ada masa kalau cikgu dah free sangat dan nak bagi anak murid lebih gumbira, dorang akan suruh kami nyanyi. Sapa nak nyanyi ke depan, boleh balik awal.. Makanya, ahkak la yg selalu dapat balik awal.. ahaha!

Sebenarnya petang ni hujan turun mencurah2 di Taman Tunku Sarina ni.. dan pastinya di seluruh Jitra. Gelap gulita jadinya.. Akak pulak tadi tu dah mula menguli tepung secara manual. Nak buat PAU kekdahnya.. Untuk buat bekal Ahmad Fawwaz ke sekolah minggu ni. Memang paulah yang selalu menjadi pilihan dan kena sentiasa ada stok, selain dari karipap comel akak. Dia tak beli makanan di kantin.

Minggu ni cuma beberapa hari je Fawwaz akan ke sekolah. Selain cuti Deepavali, ada juga appointment dengan psikiatris. Walau rasa macam dah tak perlu nak attend session tu, akak fikir baik juga pergi. Sekurang2nya boleh membantu kajian Dr tu dan hospital tentang anak2 autisme. Fawwaz cuma mild autisme jadi tak banyak kerenahnya. Masih boleh duduk fokus kalau dalam bilik dr atau bilik darjah. Cuma kadang2 kalau datang mood dia nak menunjuk tu, maka dia akan melompat2 tak hengat kat depan sesiapa termasuk doktor. Last appointment, kami terpaksa jumpa Dr yang tak biasa, macam tu lah perangai dia.. tak duduk diam.. :D

Berbalik kisah pau, akak dah selalu pos di sini pun. Cuma hari ni, tepung pau yang baru dibuka dan expiry date lama lagi, nampaknya dah tak elok. Bila diayak, meriah le bubuk dalam tu.. huuuu. Masuk terus dalam tong... Sebab wajib juga buat, akak guna je tepung gandum biasa. Cuma warna takkan jadi putih cantik macam kalau guna tepung pau dan tepung hong kong. Janji lembut gebu... memang sedap makan panas-panas di kala hujan turun.. minum secawan nescafe sekali... ops! akak sudah tukarr.. indocafe  :D


PAU GEBU 
(20 biji x 32g)

Bahan2:

Bahan A
225g tepung gandum (sebaiknya guna tepung pau)
1/2 sb susu/creamer pekat manis
2 1/2 sudu kecil yis kering
130 ml air (saya suka guna yg suam)

Bahan B
150g tepung gandum/pau
75g gula halus
1 sb double action baking powder
1/2 sk bread softener
20g shortening

Bahan C - larutkan dalam 1 bekas/cawan
50ml air
1/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam halus

Cara2:

1) Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli sampai licin dan menjadi doh dalam 10 - 15 minit. Kalau rasa tak cukup air, cukup basah2 kan tangan kemudian uli lagi. Jika guna mesin pengadun, uli selama 10 minit sampai tak melekat di tepi mangkuk. Perap doh selama 30 minit.
2) Tumbuk sikit doh yang sudah mengembang untuk keluarkan angin. Masukkan bahan2 B dan C. Uli lagi selama 10 - 15 minit sampai tepung menjadi halus dan tak melekat. Perap selama 30 minit lagi.
3) Ambil sedikit doh dan bulat2 kan hingga habis. Saya timbang dalam 30 - 33g untuk setiap biji.
4) Leperkan doh dan masukkan inti lalu tutup semula dan alas dengan kertas atau cawan 'cupcakes'.
5) Biarkan selama lebih kurang 10 - 15 minit sebelum dikukus.
6) Kukus selama 10 minit. Boleh dimakan terus atau bila sejuk masukkan ke dalam bekas plastik yang sesuai untuk sejukbeku.






November 26, 2013

Pau Norain

Lama tak bercerita tentang PAU..

Malam tadi sebelum tidur, sempat study resipi pau kat page "Mari Belajar Buat Kek...". Tengok macam senang je. Dah terbayang inti coklat kat dalam fridge.

Maka, di pagi yang tak buta sangat, akak pun keluarkanlah apa yang patut dari gobok... Mengulilah pagi tadi. Berpeluh tangan kuruih ni.. Tak mampu akak nak uli sampai licin umpama pipi duta produk krim kecantikan... Tapi boleh la.. Lembut juga pau ni... dan simple je buatnya pun.

Nampak tak... nilah akibat malas nak menguli dan nak tunggu lama2 sebelum mengukus.
Sapa nak buat cantik, undang2nya kena rajin lebih... :D

PAU NORAIN
(Bagi nama ni sebab pengirim resipi bernama Norain... :D)
Sumber: FB - mari belajar buat kek & bisnes kek

Bahan2:

300 g tepung hongkong/gandum - akak guna tepung gandum. Boleh juga kalau nak guna tepung pau..
1 st yis kering
50g gula halus
150g susu segar suam - mungkin lebih atau kurang, ikut tepung
1 st double action baking powder (mesti DA, buka baking powder biasa)
1/2 st garam
1 1/2 st shortening

Cara2:

1. Masukkan yis dan 1 st gula ke dalam 1/4 cawan susu suam (ambil dari yang dah ditimbang tu..). Biarkan kembang
2. Campur semua bahan kering iaitu tepung, gula, garam dan baking powder di dalam mangkuk
3. Masukkan yis yang dah kembang ke dalam bahan kering. Gaulkan. Masukkan baki susu suam ke dalamnya dan uli hingga jadi doh kasar. (Susu tu masukkan ikit2 dan adjust samada lebih atau kurang. Kalau kurang tambah air sikit2 sehingga menjadi doh)
4. Masukkan shortening dan uli hingga jadi doh yang kenyal dan licin
5. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan perap hingga nak 2 kali ganda (dalam 1 jam)
6. Bila dah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil
7. Masukkan inti dan kemaskan. Lapik dengan papercup atau kertas lapik pau. Biarkan kembang
8. Didihkan dulu air pengukus. Kukus pau selama 7 - 10 minit. Balut penutup kukusan dengan kain supaya air tak menitik ke atas pau semasa mengukus.

p/s: kekadang lupa yg akak dulu jual pau frozen berlemon2... hihihi. Mmg tak mampu kederat ni sejak mesin uli tu dah bertukar jadi lemah gemalai jugak...


May 22, 2012

Cik Ti Seri Kaya


Tiba-tiba angin nak buat seri kaya sendiri selepas menerima tempahan pau kaya dari Shima dan Fidah.. Dan akak rasa macam dah boleh buat kopitam le hehehe.. Jenuh lepas ni mengidam set cawan gambar pokok kelapa pulak  ;P

Sebenarnya saya dah pernah buat seri kaya ni setahun dua yg lepas, masa di Bahrain.  Time tu first time juga buat pau.  Kalau ini kali kedua, tak taulah kali ke-3 nya tahun bila pulak..kihkih!

SERI KAYA

Bahan2:

3 butir telur - buang tali pusatnya supaya tak hanyir
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan - seeloknya yang pekat
1 sudu kecil esen pandan - nak lagi sedap letak daun pandan je
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Karamel/Gula Hangus:
3/4 cawan gula
1 cawan air panas

Cara2:

1)  Buat karamel dengan mencairkan gula dalam periuk menggunakan api sederhana kecil hingga keperangan.  Bila dah cair, tuangkan air panas (hati2 ye!).. Kalau ada gula yang berketul pastikan larut dan matikan api.  Sejukkan.

2)  Pukul telur dan gula hingga gula hancur.  Masukkan santan, esen pandan dan pewarna.  Tapis ke dalam periuk.  Tapiskan juga gula hangus ke dalam periuk.

3)  Dengan api sederhana, masak adunan di atas dan selalulah mengacau supaya tidak berketul2. Untuk menyenangkan, saya guna non-stick pan dan mengacau menggunakan hand wisk.  Bila dah pekat, matikan api.

May 14, 2012

Tempahan Lagi...

3-4 hari ni semakin bz akak di dapur yang comel tu... Jangan tak tau, semua benda dalam rumah ni comel-comel belaka hehe.. Tapi Alhamdulillah.. walau sekadar suka-suka, ada juga yang tertarik nak order.  Terima kasih kepada kawan2 ku atas kepercayaan anda.. Ada yg sudah diambil dan ada yang masih dalam fridge, menunggu tarikh perjumpaan yg sesuai.  Masih ada 2 kek yang belum terbuat dan mungkin penambahan 1 biji lagi kalau akak terdaya.. boleh??

Sebenarnya angan2 tinggi, tapi tak berapa berdaya kederat ni sebab sorang2 nak uruskan rumahtangga terutama anak yg jadi priority.  Kasihan kat dia kalau lama-lama saya di dapur.  Jadi malam ni saya berihat dan layan dia apa yang patut.  Sunyi sikit sebab 3 malam sebelum ni ada ciknya dan cikyun penyeri suasana.. :))

 Kek Rainbow dan fresh cream topping.. beratnya dalam 1.7kg berukuran 8 inci lebar

Opera Cake - kek berasal dari France yang memang manis tapi sedap sebab ada perisa coklat, kopi dan almond.  Makannya kena sikit-sikit.. dgn portion yg kecil supaya tak pening ;)

Frozen Pau

Frozen Karipap - ini baru nak masuk oven

April 10, 2012

Pau Gebu v2

Dah lama nak cuba resipi pau yang satu ni, tapi ala2 lupa.. Semalam dek kerana hati yang sedikit buntu memikirkan anak yang sejak minggu lepas tak mau ke sekolah, walau dah siap berpakaian, saya pun mencari terapi di dapur.  Selepas 1/2 hari mendenda dia mengurungkan diri dalam bilik!  Buntu memikirkan apa punca dia tak mau ke sekolah. Sampaile hari ni.  Mujur tadika je, saya pun tak berkeras sangat, cuma risau kalau berlanjutan. Anak saya ni walau umur dah hampir 5 tahun masih belum mahir bercakap..

Kuih pau ni kegemaran dia.  Dia boleh makan 3 ketul sekali harung.  Padahal, dia ni jenis picky.. Apa2 pun, air tangan ibu lah yg terbaik untuk anak2.  Sebab kita tau apa kandungannya dan bagaimana kita membuatnya.  Sebaiknya, kalau masak apa2 tu, kita sambil berzikir atau bersalawat.  Cuma kalau hati tengah resah, lupa juga nak buat.  Kalau untuk jual2 tu, InsyaAllah.. selalu ingat.
Resipi dari MyResipi sumbangan LynSham.  Tapi saya buat 1/2 adunan je.  Kalau nak yg original version, boleh le klik ke my resipi ye!  Konon2 bagi kaler pink dan nak buat rose. Tapi sebab terlama saya nak kukus tu, rose tu dah jadi rose haru biru.. Belum kukus dah mekar kelopak2nya.. hehe!

KUIH PAU
Sumber: My Resipi 
Olah semula : Cik Siti

Bahan A
225 g tepung pau (saya guna tepung gandum je)
140 ml air
1 sudu kecil susu pekat manis
1 1/2 sudu kecil yis

Bahan B
150 g tepung pau (saya guna tepung gandum)
90 g gula kaster (agak manis..)
20 g shortening
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu kecil bread softener  (saya guna bread improver)

Bahan C (larutkan)
50 ml air
1/4 sudu kecil ammonium carbonate (saya guna soda bicarbonate)
Sedikit garam

Bahan D
Inti ikut citarasa

Cara2:

1)  Satukan semua bahan A dan uli sampai lembut.  Perap selama 30 minit.
2)  Masukkan dalam bekas (1) Bahan B dan C (saya dah terlupa nak larutkan dulu. Masuk je terus..).  Uli sampai halus.  Perap 30 minit lagi.
3)  Bahagikan adunan dalam 20g-30g setiap satu.  Masukkan inti.  Biarkan dalam 15 minit.
4)  Sebelum mengukus, pastikan air kukusan sudah mendidih.
5)  Kukus pau selama 10 minit.

January 10, 2012

Pau Gebu

Tak abis2 mak buat pau.. Dalam sebulan ni, entah berapa kali.. Yang bulat, yang bentuk rose.. mmm!  Kalau pengukus tu boleh cakap, dia kata "no! no! dun want!!!".  Abe ku pun dah sebut tadi, no PAUs!! kihkih.. padahal masa tu akak tengan memerap doh pau.

Bukan taknak buat benda lain, tapi ini kuih Ahmad Fawwaz saaaangat suka! Kalau buat 10 biji, 8 biji dia    punya je. Sekali makan 2 ketul.. Sebab tu mak dia suka buat. Fawwaz ni macam saya selalu sebut, amat  memilih soal makan.  Tak boleh pedas, masam sikit, masin dan macam2 perasa pelik. Sejak bayi dia sangat picky. Masa bayi dulu, mana dia suka bubur nasi dan yg sewaktu.  Asyik2 keledek rebus.. hahaha!  Pasta putih, pizza memang favourite dia.  Benda2 berkeju.. Adakah disebabkan mengandung dulu mak cuma mengidam chicken chop? ehehee.. ke situ pulak!!!


Resipi pau kali ini di ambil dari blog Jane Chew.. Cuma JC punya gebu dan putih melepak sebab guna tepung Hong Kong.  Saya pulak guna tepung gandum biasa.  Tapi, walla... very the gebu and glowing rupa dia.  Tak sia2 akak menunggu lama sebelum kukus.  Sampai tertidur2 Fawwaz menunggu pau.. bangun kejap bila pau masak (makan 1 3/4 biji) dan sambung tidur sampai dekat senja.  Lepas tu mengamuk.. erkkk! maleh betul akak budak tidur lewat petang ni...

Pau Gebu
Resipi asal: Jane Chew
Translated by : Cik Siti

Bahan A
300g tepung Hong Kong (saya guna tepung gandum biasa)
1 sudu kecil yis kering (saya guna mauripan)
50g gula kaster
150g susu (saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
Secubit garam - jgn dekatkan garam dengan yis ye..
1 1/2 sudu besar shortening

Bahan B
1 sudu kecil baking powder (Double Acting)
1 sudu besar air

Cara2 (cara ni ikut suka saya..):

1)  Campurkan kesemua bahan A dan uli sampai halus.
2)  Tutup bekas berisi doh dengan plastik cling.  Biarkan sampai jadi 2 kali ganda atau selama 45-55 minit (ikut cuaca).
3)  Campurkan baking powder dan air (Bahan B) dan tuang sedikit2 pada doh sambil menguli.  Uli sampai doh sebati dan tak melekat
4)  Rehatkan doh selama 15 minit lagi (ikut asal di tutup semula dgn plastik, tapi saya tak buat..)
5)  Bahagi2kan doh kepada 10 bahagian kecil atau ikut suka nak besar mana.  Isikan inti kegemaran anda.  Saya letak inti kacang dan coklat.
6)  Biarkan lagi selama 30 minit
7)  Kukus selama 10-15 minit dan pastikan air dah mendidih sebelum mengukus.

Pau gebu ni bukan makcik buat... tapi beli kat restoran di BBB... gebus tak sempat berlama2 dah selamat kena ngap!!

December 29, 2011

Pau Rose

Kadang-kadang tu, walau agak rajin ke dapur terutama di pagi hari, fikiran tu dok melayang2 je.  Bukan fikir apa pun.. tapi entahlah, asyik berangan je!  Berangan nak kaya raya jadi millionaire gamaknye kekeke...

Macam pagi tadi, beria-ia nak buat pau yg bentuk rose, pastu color pun nak rose juga...  Tapi ampeh.. dah uli2 tepung tu, dan dah dibentuk2 baru teringat hat color tu.. Try satu bubuh color kemudian, tapi lama mengulinya, masih tak sebati huhuhu.. frust akak tau!!

Tapi takpe, akak nak tayang jugak kat sini.  Sebab tak disangka2 mudah sangat nak membuat pau rupa gini.. Terima kasihle kepada k.wan @ citarasawan sebab bagi idea macamana nak buat.  Doh nya saya buat ikut resipi sendiri, yg selalu kita buat tu.  Cuma bila dah rupa rose, tak boleh le kita nak siat kulit tu macam makan pau bulat biasa tu.  Hehehe... entah apa2 ye.  Takut tersedak kot kalau makan kulit pau..


Pau Bunga Ros

Bahan2:

240g tepung gandum (boleh juga tukar kepada tepung pau)
2 1/2 sudu gula
1 scoop susu tepung
1 sk yis kering
1 sk double action baking powder
1/2 sudu besar shortening
150ml air suam
Inti - ikut citarasa

Cara2:

1)  Gaul semua bahan (kecuali air dan inti) di dalam bekas.  
2)  Bila dah sebati (macam serbuk roti) baru tuang air sedikit2 sambil menguli.  Kuantiti air bergantung kepada jenis tepung.  Uli sampai sebati, tak perlu sampai halus.
3)  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil (selalunya dalam 9-10 ketul) atau 40g.
4)  Uli semula semua doh kecil tersebut satu persatu sampai lembut dan halus.
5)  Leperkan doh menjadi bulat menggunakan penggelek.  Pada bulatan tersebut, potong 6 bahagian hujung doh secara bertentangan sepanjang 1 1/2 inci (bergantung kpd besar bulatan tersebut).  Kalau nak tengok gambaran jelas, boleh clik kat blog citarasawan sebab saya tak ambil gambar sendiri
6)  Letakkan inti yg telah dibulatkan di tengah2 bulatan tu.  Tutup dengan 2 potongan doh yg bertentangan hingga habis dan membentuk seperti bunga ros (mawar).  Inti tu kalau lepas keluar dari peti sejuk lg senang nak membentuknya..
7)  Selepas habis semua, rehatkan pau selama 40 minit hingga naik sedikit
8)  Kukus selama 10 - 15 minit.  


**************************************
Edited 1/1/2012

Cara nak membentuk bunga ros..

 
 

October 25, 2011

Pau Inti Coklat



Rasa lama sungguh tak menguli pau. Semenjak sebelum puasa hari tu... Bila tengok kat fridge, ada lagi inti coklat.. kalau tak buat apa2, nanti tau2 dah expired.. macam tulah selalunya :(


Walaupun petang tadi agak sibuk sebab nak menyiapkan tempahan karipap frozen utk Kak Yah, jiran baru saya dan juga kawannya, semangat juga nak menguli pau sambil bersenam. Tau2 jelah buat pau ni. Mengulinya harus dengan penuh perasaan... Sebab manual je, guna tangan.. Entah bila mesin penguli besor nak masuk dapur saya ye! Nantilah... tunggu balik rumah sendiri. Betul2 balik, bukan macam selalu tu.. kejap ada kejap takde!


 Gambar selingan : Karipap untuk Kak Yah.. terima kasih la sebab suka dan order... 
Lama juga kiranya saya bersara.  Dari Feb lepas.. :)

Resipi masih menggunakan resipi yg selalu... Resipi Mamasyipah yg dah lama saya tak skodeng blognya. Memang best resipi pau dia walau saya tak guna tepung pau atau tepung hongkong macam dia.. Cuma tepung gandum biasa.  Kalau tiru sebijik, mesti nampak cantik dan gebu + putih melepak macam mamasyipah punya.   Takpa na.. sementara duk Bahrain ni, kita buat je versi cik siti yg colornye redup je macam ribut pasir kihkih!

Sumber: mamasyipah & cik siti
Bahan2 (saya guna versi saya sendiri utk 1/2 adunan - 8 biji):

240g tepung gandum (kalau ada tepung pau, gunalah ye...  :))
2 1/2 sudu besar gula
1 sk yis kering
1 sk double action baking powder
1/2 sudu besar shortening
130 ml air - saya guna yg agak suam
Inti - ikut citarasa ye!

Cara2:

1)  Gaul kesemua bahan dan uli sampai lembut - saya buat macam serbuk roti dulu, baru masuk air.  Lepas tu, kalau nampak macam kering sangat, cuma basah2kan tangan je pastu uli... ulang2 membasahkan tangan sampai tepung menjadi doh yang lembut..
2)  Bahagikan adunan kepada 8 biji kecil atau lebih kurang 40-50g
3)  Uli semula bahagian adunan kecil sampai doh menjadi halus
4)  Buat lopak dan masukkan inti.  Kemaskan dan alaskan di bawahnya dgn kertas.  Saya guna alas cupcake yg dileperkan tu..
5)  Biarkan/perap dalam 30 minit
6)  Kukus selama 10-15 minit.  Sebelum tu, didihkan dulu air kukusan ye  :)


 Kalau buat banyak2 mau lenguh satu badan.. hehehe

July 30, 2011

Pau..... dan lagi


Pau lagi ye... hehehe apa nak buat.  Dah peminat tegar kuih pau.. Kali ni dengan resipi doh yg berbeza dan senang.  Dapat semasa akak terbaca tajuk entri mat gebu yg agak 'ganas' - pau gebu montok tembam.. :D  Sumber asal dari blog kak ida (1001 resepi).  Tapi apakan daya, depa suma ada tepung pau.. chek kat Bahrain ni mana ada tepung lagu tuu... Tepung maida pun jadilah naa.... :)))

Saya buat sikit, dapatlah dalam 9 biji pau dengan pelbagai rasa - 3 coklat, 3 kelapa dan 3 kentang (isi karipap). Lepastu, siap boleh simpan lagi... nak makan boleh kukus balik atau masuk kat microwave kejap.  Cuma bezanya ialah, kalau panaskan dengan pengukus, ianya akan lembut lama (kalau kukus pagi, sampai petang tetap lembut).  Manakala kalau panaskan guna microwave, bila dah sejuk agak lama, dia kan mengeras!  So, nak kena cepat2 makan sementara masih panas atau hangat... gitulah ye :))

Selain dari tu, kalau takde breadmaker atau hi-end punya mixer, janganle buat kerja menguli masa puasa... Berpeluh dibuatnya... lepastu nak minum sokmo.  Sebab kalau macam saya, menguli tu dengan penuh perasaan sebab nak dapat hasil terbaik... hehehh
Inti kelapa & inti coklat... 
Bahan2:
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan & Koleksi 1001 Resepi

250g tepung maida atau tepung gandum
1/2 sk yis kering
1/2 sk double action baking powder (yg ni cmg & kkida tak letak)
30 ml minyak - saya guna sunflower
130ml air
1/4 cawan gula halus

Cara2:

1)  Tepung, yis dan baking power digaul bersama.  Kemudian sekalikan dengan minyak
2)  Larutkan gula ke dalam air (disebabkan summer ni amat panas, air paip tu pun jadi suam2... hihi)
3)  Tuangkan sedikit2 air (cara 2) ke atas tepung sambil menguli.  Saya tak semuakan bila nampak tepung dah lembik sedikit.. Teruskan menguli sampai sebati
4)  Untuk menyenangkan menguli, saya bahagikan doh kepada 9 dan uli satu persatu sampai lembut dan halus strukturnya...
5)  Ambil satu dan leper atau lekukkan... isi inti mengikut kegemaran.  Tutup dan kemaskan, dan letak lapik kertas di bawahnya (boleh gunakan kertas cupcake).  Biarkan naik dalam anggaran 40 minit lagi
6)  Panaskan kukusan dengan api besar... bila dah mendidih, boleh letakkan pengukus + pau.. Kukus selama 10-15 minit

p/s:  Pau versi saya ni memang lembut dan gebu... tapi taklah putih melepak macam kalau guna tepung pau.. Seharian letak kat luar pun masih lembut gitu... tapi kenalah tutup.  Kalau kena udara, boleh jadi kering nanti.

February 7, 2011

Cerita Tentang Kuih Pau

Hehe... asik2 pasal pau!  Bukankan ini kuih kegemaranku... tu sebab sentiasa gembira walau cuma tgk gambar..  Sekarang ni (sejak minggu lepas) saya dah berjual kuih pau ni kat Emirates Building nih.. Ada permintaan, tapi tak berapa larat nak buat sebab buat secara MANUAL je.. tak pakai penguli apalagi breadmaker.  Tangan kurus ni bukanle kuat sangat, cuma semangat tu lebih... itu yg jadi juga.  Paling banyak boleh jual 10 biji dgn harga 100 fils atau 80 sen, murahkan?!  Kuih yg susah ni sebenarnya terapi dan motivasi diri, apalagi kalau mood tgh merudum.  Dan saya suka share apa yg saya suka makan dengan orang2 lain, cthnya staf SIA tuu... paling2 dgn mat2 bangla pekerja building ni :) 

Terima kasih jelah kepada guru2 masak di alam siber ni... kalau pau ni saya suka ikut resipi Mat Gebu dan Mamasyipah... Pasti jadinya cantik dan menggebu.  Cuma, kita yg jauh kat perantauan ni kenalah adjust mana yg patut... Bukan semua bahan ada.  Paling2 bawak sikit dari M'sia.. mujurle selalu berulang-alik, jadi bolehlah selalu test skill...  Kali ni saya nak cerita sikit tentang hasil pembuatan kuih ni dengan menggunakan pelbagai jenis tepung.  

Yang kat bawah ni pau kacang merah (tanda merah) dan kaya (tanda kuning).  Kejadiannya sangat cantik, putih melepak dan glowing gitew.. Sebab apa cantik?  Sebab kita guna TEPUNG PAU jenama Bluekey.  Bawak sekotak je dari M'sia haritu, sebab kotak ajaib dah penuh dgn pelbagai stok lain.  Walau tak ikut resipi asal betul2, terutama penggunaan DOUBLE ACTING BAKING POWDER dan SOFTENER, masih gebu dan cantik.  Masih lembut walau dah sejuk.. Itulah kelebihan tepung pau!  Resipinya kat SINI...


Meleleh kaya tuu.... jgn le adikku cik aula tu nampak, nanti dia suruh buat.. pastu fail! ngee....


Yang bawah ini pulak menggunakan campuran TEPUNG PAU dan TEPUNG GANDUM (kat sini namanya MAIDA). Masih jadi cantik, lembut dan gebu.  Ini adalah pau ini kentang (kari)... Masih guna resipi seperti di atas.  Cuma saya ubah sikit menggunakan 100g tepung pau + 140g tepung gandum...



Yang ini adalah pau inti kaya.  Saya guna resipi Mat Gebu yang asalnya guna tepung Hongkong.. Nak patah tangan rasanya menguli sebab kurang air.. tapi hasilnya cantik walau tak putih lepak.  Yang ni saya cuba guna TEPUNG PIZZA.  Saya main belasah je sebab tepung tu duk diam je dalam gobok... mujur menjadi juga walau tak secantik orang2 lain buat kat laporan Myresipi tu.  Nak tengok resipi yg ini boleh jalan2 kat SINI...



Lepas dah testing dengan tepung pizza, saya cuba guna resipi yg sama dengan menggunakan 100% TEPUNG GANDUM (MAIDA).  Lagi cantik dan gebu tapi tak putih le macam guna tepung pau atau tepung hongkong... Masa ni saya dah mula jual sekali, pastu break.. hehe!  Kaya tu buat sendiri juga tau... Macam juga inti kelapa atas tu... takde yg segera kat sini.

macam2 gaya posing... guna my homemade kaya


Ada satu bahan penting yg saya tak pernah ada di sini iaitu DOUBLE ACTION BAKING POWDER.  Tapi pau masih jadi cantik dengan hanya baking powder yg biasa..  Saya juga pernah cuba dengan tepung hongkong, tapi nasib tak menyebelahi saya... tak menjadi atau bantat!!  Saya masih meneruskan pencarian untuk pau yg lebih mengancam walau tak seperti yg selalu saya beli kat spital tu... Pau kampung pun sedap... tapi kalau balik kampung, memang kita BELI je terus... jimat tenaga heheheee!!!!


January 30, 2011

Pau lagi...



Dalam 2 kali terakhir sebelum ni aktiviti membuat pau kurang menjadi walau sebelum tu menggebu2 pau ku...  Bukan saja tak gebu, rupa pun tak menarik.  Sekali buat dengan tepung hongkong di M'sia (konon nak tunjuk talent..), sekali lagi dgn tepung pau tempohari... Menguli jangan cakap... nak tanggal tangan rasanya.  Maklum, dah 'pakar' benor!

Sejak keluar pau kacang mamasyipah, bersemangat balik nak menge'pau'.. Apalagi stok tepung pau bluekey tu banyak lagi... Bawak pun sekotak je, itu je yg muat kat kotak nescafe haritu... Hasilnya, agak mantap!  Menguli pun tak teruk sangat.. memang mudah kalau ikut cara dia.  Cuma bahan je yg tak cukup... Bab2 gini lah yg ikut kepala sendiri je nak tambah apa... mandai memandai!  Kita buat pun dalam setengah adunan je, saja nak test try uji akibat dari kegagalan lalu... :D


Kaya Yeo's... eksport setin je... 

Bahan2 (dlm 7 biji) :

240g tepung pau Bluekey
2 1/2 sudu gula
1/2 sb shortening
1 sk yis
1 sk baking powder (mamasyipah guna yg double action)
1 scoop susu tepung (mama amik sket ye fawwaz... resipi asal takde nih)
130ml air suam (kalau agak2 kurang, tambah sikit lagi atau sekadar basahkan tangan..)

ps:  kalau resipi asal tu ada pakai improver... sbb takde tu saya konon2 letak susu tepung... 

Cara2:

1)  Gaulkan semua bahan dalam bekas dan uli sampai lembut dan tak melekat di tangan
2)  Bahagi2kan adunan kepada 7 atau timbang dalam 50g setiap satu.  Uli semula adunan2 kecil tersebut satu persatu sampai halus dan bentukkan bulat
3)  Buat lekuk, masukkan inti dan tutup semula.
4)  Letak dalam bekas pengukus (alaskan bawahnya dengan kertas atau daun pisang) dan biarkan dulu dalam 30-40 minit  (macam saya tgh musim sejuk ni, simpan dekat 45 minit berdekatan hotplate tu...)
5)  Kukus selamat 15 minit


Yg bintik merah pau kacang & kuning pau kaya... yeye! sukaa..... TQ for the recipe!


November 11, 2010

Pau Kaya

Yaaa... pau lagi!!


Semalam buat seri kaya yg sesedap kaya di kopitiam... So, pagi2 ni seawal 4.15am saya dah mula menguli pau dengan semangat.  Kali ni guna tepung gandum biasa tu je (ala2 tepung cap kunci yg jenis timbang tu..).  Tapi sebab kederat yg tak seberapa, dengan tangan yg kurus tak berisi... tak mampu la nak uli lama2 macam sepatutnya.  Uli dalam 10 minit je.... perap lak dalam 30 minit (patut 40 min), dan perapan yg kedua cuma lebih kurang 15 min (patut 20 min), kukus 10 min... Kes nak cepat la nih.  Alhamdulillah, dengan bahan serba kekurangan, lembut juga jadinya... Sebab banyak, sebahagian saya jual le kat bawah..hehe. Kepala nak bisnes je... Sebiji jual 100 fils - <> 80 sen je.  Alaa... buat lepas teringin dorang2 tu je... khalass..


Balik M'sia nanti mesti nak cari tepung hong kong dan double action baking powder... mesti nak buat yg perfect!

November 3, 2010

Pau Inti Kelapa



Bebapa hari lepas keinginan terhadap pau panas meluap2... macam gaya orang mengidam je heheh.. Memang saya suka pau esp yang panas.  Dulu selalu beli kat KL.. ada satu jenama pau tu memang gebu2 belaka pau dia.. La la..bukan pau ahmad!  Masa tu saya suka beli yg inti kelapa (warna hijau pau tu) dan inti kaya... walau sejuk, pau2 tu tetap gebu dan lembut... Last sekali beli di Hosp Ampang Puteri lebih setahun lepas.  Susah nak cari jenis tu..

Sejak teringin saya duk intai2 je resipi pau cik mat gebu kat MYR.. dia buat inti kentang.  Tengok guna tepung hong kong la pulak... mana de kat sini.  Pagi ni nak buat jugak dengan apa yang ada di dapurku.  Kalau nak tengok original resipi kena search kat MYR for pau...Hat ni versi cincai lorr... tp jadi la jugak walau kulit ala2 pau kampung tu..


Bahan2 :

240g tepung pizza (cmg guna tepung hongkong dan tepung pau pun boleh..)
1 sk yis
1 sk baking powder (cmg guna yg double action)
1/2 sk garam
25g shortening
100ml air suam *
30g gula (cmg guna gula halus) *
1/2 sk cuka *

Cara2 :

1)  Adunkan sekali tepung, yis, baking powder, garam dan shortening.  Jadi macam serbuk roti tu...
2)  Campurkan sekali air suam, gula dan cuka... kacau2 sikit dan masukkan dalam adunan tepung
3)  Uli sampai jadi kenyal (dalam 15 min guna tangan).  Adunan saya tu macam kurang air, so saya basah2kan tangan dengan air beberapa masa mula menguli sampai jadi doh yg elok..
4)  Perap doh selama 45 min...
5)  Lepas tempoh perap, tumbuk2 dok utk keluarkan angin..  Kemudian bentukkan bulat2.. dalam 9-10 biji
6)  Ambil sebiji2... lubangkan di tengahnya dan masukkan inti ikut kegemaran..
7)  Perap lagi selama 20 minit.
8)  Kukus pula selama 10-15 minit..

Inti:
Kalau nak buat inti kelapa sonang je... kelapa + gula + gula merah + sedikit garam.  Gaul mesra.. dan masak atas api.  Letak pandan biar wangi... Nak shorcut.. masuk semuanya dalam bekas tahan microwave dan masak kat microwave, kejap je siap!!  Hehehhh...