Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

December 17, 2018

Bomboloni Italian Donuts



Sejenis perangai... Dah lama rupanya akak perap entri hat ni. Dah lebih sebulan baru tergerak nak tengok balik. Tapi takpalah no... Akak post sekarang juga!

DONUT yang lembut dan pernah meriah lalu lalang kat wall instagram akak yang tak berapa ada follower tapi posting banyak tuh..ekekeke. Alaa..akak ni bukan retis apalagi selebriti. Akak hidup di dunia tersendiri dan yg lebih suka memerhati orang dari enterprem mereka.

Sedap donut ni dan memang lembut. Lebih lembut dari posting akak yg sebelum ni. Akak buat demi nak bagi adik beradik rasa nikmatnya makan donut ada fillings yang takyah bayar mahai2. Akak senang hati belanja. Kalau beli, paling murah pun RM4 seketoi. Tapi macam selalu, akak lebih suka makan yg plain tu. Sebab tekak semakin sensitif dengan benda manis. Walhal taklah manis sangat pun kejadian donut ni. Sebab akak golek pun dengan gula aising.

Resipi akak dapat dari Majalah Rasa (IG) oleh Lina Thomas.


OVERNIGHT BOMBOLONI ITALIAN DONUTS
Resipi asal: Lina Thomas @majalahrasa
Olah semula : Cik Siti
(27 biji x 30g)

Bahan2:

1/4 cawan gula
3/4 cawan air suam/susu segar suam (sy guna fullmilk)
1 sudu teh yis kering
3 bili telur A
4 cawan tepung gandum
1 sk parutan lemon (kulit)
1 sk garam
100g pure butter suhu bilik potong kiub (akak guna buttercup tong je)

Cara2:

1) Masukkan  gula dan yis ke dalam air suam/susu segar suam dalam mangkuk. Ketepikan selama kira2 10 minit atau sehingga mula gelembung.
2) Dalam mixer, pukul telur. Masukkan butter, tepung, kulit lemon dan campuran yis. Putar kira-kira 5 minit.
3) Masukkan garam dan putar terus sampai doh menjadi licin glossy dan elastik. Proses ni agak lama, bergantung kepada mesin yg kita guna.
4) Tutup mangkuk dengan plastik cling dan perap selama 2 jam atau hingga naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
5) Tutup semula mangkuk dan simpan ke dalam peti sejuk (refrigerator) selama 12-16 jam atau semalaman.

Keesokan harinya:
6) Keluarkan doh dari peti ais dan rehatkan sekejap (saya rehatkan hampir 1 jam)
7) Gelekkan doh dalam 3/4 cm dan terap dengan muka gelas atau acu yang sesuai, kemudian bentukkan menjadi bulat (spt bola)
8) Biarkan selama 2 jam atau menjadi 2 kali ganda.
9) Goreng selama 2-3 minit menggunakan minyak yang banyak dan sederhana panas, api yang kecil sahaja.

September 29, 2017

Sambal Kacang Hijau Kedah


Assalamualaikum..

Hari ni hari Jumaat. Hari ni abe kita takdak. So, akak mulalah cari pasal kat dapur sebab tak perlu nak masak2 nasi, lauk bagai.. Sarapan pun dengan apa yang ada dulu. Sebab akak nak merealisasikan keinginan terhadap satu menu nih.. jejenggg.

Mulanya akak terbaca kekecohan sebentar di FB MAHN. Ada post pasal sambal ni yang patutnya jadi menu raya orang Kedah sinin. Tapi rupanya majoriti membidas kata tak pernah jumpa. Maklumlaa, kat sini kan biasa depa makan ketupat pulut dengan kari atau rendang. Akak tanya en abe pun sah2 dia tak tau apa hakhak!! Kesian sis tu.. Tapi bila baca komen2 yang ada, memangla wujud pun. Cuma kat sesetengah tempat macam kat belah Kodiang, katanya.

Bagi akak, toksah la pukul rata kata ada takda tu. Apa kata kita cuba, mana tau kena kat selera. Makin tambah2 nak makan. Bukan pelik pun rasa dia. Kang akak bagi makan LULANG lagi depa pelik kan.. hehehe padahal akak pun tak pernah makan benda lulang @ kulit lembu tu walau selalu ada kat meja makan di kampung. Ai is cannot, tak tau pasal apa.

Berbalik pada sambal kacang hijo nih... Memang tak banyak resipi kat google. Akak cedok2 ikut komen depa kat posting tu ja. Pastu akak samakan dengan yang biasa akak buat sayur kacang loto @ kacang sayur resipi orang2 Jawa kampung ai. Sebab bahan tak jauh beza. Yang merumitkan nak buat sambal ni ialah nak kena buang kulit tu. Tapi yang akak tengok, orang tu macam tak buang pun kulit. Leceh kan kalau nak cepat. Akak takpalah, hari ni ai is free. 

Cara makan kena dipadankan dengan nasi impit atau ketupat nasi. Sejak berkenalan dengan ketupat segera NINA tu, akak pakai hat tu ja. Kejadiannya lembut tak macam brand yg lain. Disebabkan selalu brand lain tu keras, akak dulu buat sendiri je. Tapi bila start dengan Nina, terus jatuh malass..haha! Beli kat Tesco RM2.80 untuk 10 biji.


SAMBAL KACANG HIJAU

Bahan2:

1 cawan 180ml kacang hijau - rendam semalaman dulu
2 batang serai
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili padi ikut citarasa - lagi pedas lagi umph
Sejemput udang kering
Udang basah secukupnya
1 mangkuk santan pekat
Suhun - rendam
Garam

Cara2:

1) Kacang yg telah direndam semalaman, dibuang kulitnya. Kalau rasa tak rajin, tak buang pun takpa kottt... heeee
2) Serai, halia dan lengkuas dihiris nipis/halus
3) Tumbuk bawang, cili dan udang kering
4) Panaskan sedikit minyak dan goreng serai, halia dan lengkuas hingga agak garing. Masukkan pula bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.
5) Masukkan kacang dan kacau2, diikuti suhun, udang basah dan santan.
6) Masak sehingga kacang lembut dan kuah menjadi pekat.
7) Perasakan dengan garam.

Kacang hijau yang telah dibuang kulit... gigih tau!
Tumis sampai garing
Masuk kacang
Masuk santan dan masak sampai pekat
Siap!! Hang jangan pelik nohh... sedap. Tapi kalau jenis tak tahan, angin berasak nak keluar saja lah... hihi


September 12, 2014

Nasi Goreng, breakfast dan kisah kucing

Pagi Jumaat.. relax sebab hari cuti.. dan bermulalah cuti sekolah minggu ni..

Pagi-pagi dah menggoreng nasi.. menu yang paling simple dan tidak membazir. Sebab guna nasi semalam yang masih elok.. Bab2 makan ni akak idakle menjaga macam sesetengah orang yang tak makan nasi sejuk dan yg sewaktu. Tak elok untuk badan katanya.. Tapi akak sayang nasi kalau tak abis. Nak bagi ayam makan, takde pulak.. Kucing2 pagi2 dah berebut cereals warna warni depa. Tu semua kucing gelandangan aka kucing liar semuanya. Yang jantan lembik asik mengalah, yang betina lak superpower.. semua dibolot walau baru je menetap kat rumah ni.

Bab bagi makan takpe.. bab suka nak bermanja gesel2 kat kaki akak, memang le geliii... tak suka. Selalulah jugak kena marah. Tapi masih dia mengeow dan nak bermanja. Agaknya ibarat garang mak, anak tak takut punn... dia tau mak garang tp baik.. huhu. Tak tahan kalau dia menjatuhkan badan kat kaki yang nak melangkah ni.. memang le kena! Jangan marah ye pencinta meow... hihihi.

Berbalik kisah nasi goreng, akak tak suka yang macam2. Simple je, tumbuk bawang, cili dan udang kering.. tumis sampai garing, pastu masuk nasi. Ye laa... letakle garam. Nak sedap macam arwah nenek buat, kena letak serbuk perasa.. Takmo pak aji, akak simpan cap adabi.. secubit je pun. Itu utk khas nasi goreng je.. lain2 masakan dilarang guna serbuk perasa. Dulu masa kecik akak memang suka buat menu ngeri.. Diam2 masuk dapur cari nasi, tuang air masak, bubuh pak aji dan kicap sikit.. perghh, macam sup nasi! Hahaha.. kalau sekarang Fawwaz buat lagu tu, mesti mak dia jerit..



Selamat sudah menu nasi pagi ni.. Untuk tengahari nampaknya makan kudapan je. Lagipun en abe takde.. yahuu  ;)


August 30, 2014

Durian Crepe & Kek Sarang Semut

Ni kira badi bingka ubi semalam belum abis.. huhuhu. Kali ni kena bertapa berjam2 juga depan oven.. Ke, oven ni dah mula tak friendly.. ayo tatayok!

Alhamdulillah.. rejeki hari ini ialah dapat menyiapkan tempahan seorang customer baru di Jitra ni juga. Yang sedang menunggu hari nak bersalin. Bila suami tanyakan pasal kek sarang semut, walau akak ni baru testing skill selepas bertahun tak buat, akak terima juga order tu. Best kan perasaan mengidam ni kalau dapat apa yang kita nak. Tapi akak tak merasa sangat perasaan tu. Sebab mengandung cuma sekali.. lepas tu brutal, tak berapa mengidam. Melainkan nak makan seskrim sundae McD dan selalu minum ABC bila keluar lunch. Mujur masa tu belum boikot McD... hehehe. Buktinya, bantal shrek tu masih ada kat kereta sampai la ni.. dah lebih 7 tahun tu.

En Suami orderkan durian crepe juga. Pun ada juga kisah nak dapatkan durian ni.. maklum dah tak berapa musim macam bulan lepas. Hehehe.. tapi kisah taklah sadis. Cuma akak kena jadi tiang bendera kejap kat gerai yang baru nak buka di hujung petang tu.. :D



Kek sarang semut ni bagi akak tak tahap cantik.. Minta maafla tuan/puan customer yang dikasihi. Moga2 bila dipotong, adalah ruang untuk semut2 bersarang ye... eh! hahahaha...  1st round akak tunggu berjam2 dari memerap sampai membakar selama hampir 2 jam tapi tak kering2.. huhu. Lepas tak puas hati, akak buat yg baru.. pun kena bertapa depan oven. Mmm.. must find solution nak kurangkan waktu melepak depan oven tu... Sebab rasa dulu, taklah sebegitu rumit..

TERIMA KASIH ditujukan buat customer tadi En Anizan dan isteri. Moga dipermudahkan urusan melahirkan nanti ye... :)


******************

Gambar di bawah adalah kerajinan akak hari ni untuk sarapan pagi. Walau abe takde, akak buat juga. Lagipun akak meme lebih rajin bila suami takde ni hehehe. Nasi impit versi sendiri bikin & bungkus dan kuah kacang. Rendang hitam ayam akak order je dari freezer ajaib akak tu. Macam2 benda frozen (homemade) ada. Tu yang akak rasa nak berpatah balik buat bisnes frozen.. Duk terbayang2 nak cari mesin uli baru..


Rebus nasi impit segera ni sambil buat durian crepe.. Sbb akak keciwa bila beli yg segera jenama N atau A tu, kerasle nasi dia.. buat sendiri lebih lembut dan sedap. Sapa lagi nak puji kalau bukan sendri..

June 20, 2014

Breakfast with Pulut Durian

Pagi Jumaat yang penuh barokah.. Syukur ya Allah.. Kau kurniakan pada hamba Mu ini ketenteraman di sini.. Memandang kehijauan alam sekeliling.. bukit bukau menghijau di hujung sana... tasik yang lesu dek pencemaran. Tidak mengapalah, hanya lihat perkara-perkara yang positif supaya kita turut positif dan sentiasa bersangka baik.



Pagi ni, lepas menghirup udara segar di luar, akak siapkan breakfast seperti yang diidam-idamkan sekian lama. PULUT DURIAN, selalu sangat akak tengok post adik2 di Jalan2 Cari Makan Kedah (fb). Depa duk tayang ja pulut durian di Alor Setar tu. Nak harap abe bawak ke situ, memang tidaklah. Nak drive sendiri ke sana pun, entah bila. Lagi pulak sepanjang yang akak perati, abe memang tak berapa makan pulut ni. Adalah pantang dia tu.. Maklum, usia dan mencapai warga emas... hihihi.

Tapi abe makan juga durian dalam keadaan terkawal. Durian crepe jadi kegemaran dia walau kalau bahan tu dijadikan makanan lain, dia kurang makan. Contohnya fresh cream tu.. Kalau letak kat kek, dia akan tolak tepi. Kalau dalam durian crepe, dia kasi habis.. :D


Pulut durian versi Kedah ni, mengikut yang akak google, penyediaannya taklah susah. Cuma masak pulut macam biasa (akak kukus). Sediakan kuah santan yang pekat dengan mendidihkan terlebih dahulu.. Jangan sampai pecah santan tu ye.. Letakkan sedikit garam untuk menjadikan dia lemak dan sedikit masin.

Cara makannya, taburkan sedikit gula ke atas pulut atau tepi pinggan, tuang santan... dannnn makan slow-slow dengan durian fresh. Memang nikmat... Cumanya akak ni cepat muak. Baru mula dah nak pening. Tapi habis jugaklah sepinggan... hehehe.

Kalau nak cara Selangor atau tempat2 lain, mungkin durian dibuat serawa dulu. Masak durian dengan santan hingga pekat, baru dimakan dengan durian. Ikutlah citarasa masing2. Cuma akak kalau diberi pilihan, pulut tu nak makan dengan lauk yang pedas mcm sambal kerang ke.. (hehe sebut yg susah nak dapat), kari ke.. atau paling2 dengan kelapa parut lemak dan ikan goreng pun boleh. Lepas makan, badan pun lemah lentok, nak tidur.. kannn.

Suasana ini pagi ini.. terapi diri 

May 7, 2013

Pulut Kuning...


Pulut kuning untuk birthday abe semalam merangkap sarapan pagi... mesti nak makan dengan kari telur walau dah lapis dengan serunding daging tu.

Sebenarnya teringin nak hias cantik2 macam orang2 buat tu.. Tapi tak pandai, di samping bahan yg terhad huhu...


April 26, 2013

Roti Arab


Dah lama tak buat roti arab. Kat Jitra ni, ada kak tu jual kat pasar pagi, panas2. Tapi tak pernah beli. Abe je yang selalu beli. Akak beli roti canai dia je. Sambil tunggu roti canai yang lembut tu siap (husband dia buat), sambil tengok camna kak tu goreng. Saya sembang la "pasaipa saya buat jadi macam donut? Tak kembung..". Kak tu senyum je, tak jawab apa.. hehehe!

Sebenarnya teringin juga nak rasa. Cuma bila tengok minyak yang para penjual ni guna, saya tak jadi beli. Tak kiralah, jual cakoi ka, pisang goreng dan yang sewaktu. Bila tengok minyak yang dah hitam, guna beberapa kali tu, langsung teringat kolestrol dalam darah yang dah melepasi tahap normal ni. Ini pun dah kira turun dari dulu2.. Apa taknya, makan kek hari2... huhuhu!!

Apa2 pun jom buat roti arab sendiri sebab tak susah. Cuma sebab saya uli ala2 je, tak sampai halus maka kejadiannya pun macam bulan purnama. Tak tau pasal apa nama dia roti arab.. Sebab kat Bahrain dulu tak pernah jumpa roti lagu ni... :P


ROTI ARAB UTARA

Bahan2 (anggaran 10 biji) :

250g tepung gandum
1 sudu kecil yis kering *
1 sudu besar gula *
1 sudu besar minyak *
1 sudu besar majerin/mentega *
150ml air suam *

Cara2:

Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam bekas. Kacau sikit dan tunggu hingga yis mengembang.
Masukkan tepung dan uli. Tak perlu uli sampai halus, asal sebati je dah memadai. (Tips taknak melekat kat tangan, kacau guna senduk dulu. Dah sebati baru uli dengan tangan).
Tutup bekas dengan plastik cling. Perap selama 1 jam.
Ambil doh anggaran sekepal, dan bulatkan sampai habis.
Gelek nipis doh anggaran 1/2 - 1 cm.
Goreng dalam minyak panas sambil merenjis2 permukaan roti dengan minyak (tips utk buat dia menggelembong)
Api jangan besar sangat supaya boleh menggelembung dengan sekata.

Resipi ni boleh dipelbagaikan dengan meletakkan inti di dalamnya. Tapi dia tak jadi kembung sangat la sebab berat. Jadi pau goreng je.. :)

Ni versi pasar punya...

March 22, 2013

Pulut Kuning & Kari Telur


Cita-cita asal nak buat pulut kuning ni masa anniversary + harijadi yg lepas ni. Nak buat pulut kuning & rendang ayam. Tapi tak kesampaian... Nak baking kek chocolate indulgence pun tak jadi.. Jadual masa en abe ada di rumah, amatlah penuh kurasakan. Jadi, tahun ni, takde kek, takde apa2.. Sebenarnya, hampir setiap tahun pun macam tu jugak..hehehhh! Mana pernah nak belah2 kek bagai... Nak celebrate sama pun hampir tak pernah. Janji ada hadiah. Dan akak je selalu ngelat nak bagi dia hadiah.. Bukan apa, akak selalu kecik ati sebab dia macam tak kenan je dgn citarasa akak.. Maklum, era kelahiran tak sama.. ;)

Berbalik kepada kisah pulut kuning... Akak padankan ia dengan kari telur. Ini favourite family akak kat kampung.. Selain pulut dengan sambal, yg selalu dapat undian tinggi ialah makan dengan kari telur. Memang dari akak kecik2 dulu, inilah antara gaya kami makan pulut. Kadang2 juga makan dengan kelapa lemak masin.. nom nom nom!!

Sajalah, nak memeriahkan blog akak... kongsi resipi pulut kuning yg tak seberapa ni. Sebenarnya tak abis makan pun yg kat pinggan tu. Amat mengenyangkan hingga ke tengahari. Dan akak terpaksa bergerak banyak sepagian supaya tak rasa bersalah makan banyak.. :D


PULUT KUNING

Bahan2:
1 cawan pulut
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur - saya tak letak pun
1 cawan santan dicampur dengan sedikit garam

Cara2:
Rendam pulut yang telah dicuci dengan serbuk kunyit selama 1 jam. Setelah itu, buang airnya dan bilas sekali untuk menghilangkan serbuk2 kunyit yg tertinggal.
Masukkan beras ke dalam bekas untuk dikukus. Saya guna bekas plastik khas untuk kukusan.
Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus pulut setengah masak (lebih kurang 10-15 minit).
Keluarkan bekas pulut dan tuang santan separas dengan pulut. Gaul sikit supaya rata.
Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus selama 15 minit lagi atau hingga masak elok.


KARI TELUR

3 biji telur - atau ikut banyak mana nak guna
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawan putih  - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1/2 sudu teh jintan manis - kisar/tumbuk
Cili kisar
Sejemput bilis
Rempah kari
Santan
1 keping asam gelugur
Garam
Gula merah - sedikit je

Cara2:
Rebus telur hingga masak. Kupas kulitnya dan goreng hingga kekuningan
Tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga wangi. Masukkan juga lengkuas dan ikan bilis.
Masukkan rempah kari dan jintan manis. Tuang sedikit air.
Masukkan telur, santan, asam gelugur, gula merah dan garam.


September 8, 2012

Tempahan dan Menu Pagi

Lamanya tak menulis resipi.. Sebabnya lama juga saya tak masak benda baru. Macam tak sempat je nak cuba2 resipi..

Minggu ni saya mula bergiat aktif di dapur comel lagi sempit tu (hihi..). Memulakan minggu dengan beberapa pek pau kacang dan ceklat frozen.  Kemudian karipap.. Sebab dah masuk 4 orang menyuarakan hasrat.. Saya pulak angin lesunya susah betul nak menjauh. Hari ni nampak chest freezer saya dah hampir penuh, bolehlah panggil orang kosongkan balik..

Pagi tadi pula kek yg ditempah sudahpun bertukar tangan dan mungkin dah habis ke... hehe. Kembang kempis hidung yg tak berapa mancung ni membaca pujian sedap.. Lupa lak! "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah Aliyil Azeem..". Kalau banyak dapat pujian, bacalah ayat ni dalam hati kerana segala yg kita miliki adalah dari Allah.. Supaya tak timbul riak.

Tempahan kek rainbow dari Hazlin, x officemate di CSM untuk makan2 raya di office... 
Thanks Lin!

Pagi tadi pulak, dek kerana nak sangat makan PUNTEN, breakfast pun pukul 10 lebih.  Lengkap dengan sambalnya iaitu sambal tumis udang geragau.  Lepastu saya buat ayam masak rendang hitam.  Bukan pasal rajin sangat atau ada orang nak datang, tapi strategi namanya..  Saya frozenkan, incase ada orang nak datang tiba2, tinggal defrost je.  Maklumle, saya ni tak boleh nak lari sana sini sesuka hati. Sorang2 bela anak ni terikat sikit kaki.. Nak pergi market, kena tunggu dia sekolah..

 Sekali je makan dengan sambal ni.. Bila makan dengan rendang hitam ayam tu, lagi nikmat!  Ada lagi tu, tak abis.  Takde sapa tolong makan...huhu!

Kalau nak tengok camna buatnya dan apa si PUNTEN ni, boleh tengok SINI..

November 4, 2011

Pancake 2


Saya ni bukan suka benor makan pancake... Adalah sekali dua buat.  Bagi saya emplek (lempeng jawa) atau peknga (lempeng kelapa) tu lagi best.. Cuma pagi semalam tiba2 tergoda dengan pluffy pancake K.Nor @ secubit garam.  Hari tu pun tergoda pancake dia juga..


Rupanya resipi yg terbaru ni memang sedap dan lain dari yang biasa tu... ada manis sikit dan tak perlu pun nak makan dengan syrup, madu dan yg sewaktu..  Fawwaz yg amat picky ni pun suka dan dia yg menghabiskan.. Kalau dia semangat nak makan ni, maka akan selalulah ada siaran ulangan hehe..  Abi Fawwaz apake lagi... 

PLUFFY PANCAKE
Sumber: K.Nor @ Secubit Garam & Allrecipes
Translated by Cik Siti by using her own words.. :D

Bahan2:

3/4 cawan susu - saya guna susu segar fullfat
2 sudu besar cuka
1 cawan tepung 'all-purpose' - tepung gandum je
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda - saya guna separuh je
1/2 sudu kecil garam
1 butir telur
2 sudu besar mentega - cairkan

Cara2:

1)  Sekalikan susu dengan cuka (macam buat buttermilk..)  Biarkan selama 5 minit.. p/s: Next time pakai je buttermilk kot ;)
2)  Pukul telur dengan mentega dan masukkan susu tersebut
3)  Tepung, baking powder, soda, gula dan garam dicampur sekali.  Kemudian masukkan ke dalam bahan basah (step 2)
4)  Pukul sebati sampai tiada ketulan tepung
5)  Panaskan pan dengan api kecil... Sendukkan adunan ke atasnya dan biarkan hingga ada buih timbul.. balikkan sebelahnya pula sampai keperangan..

 mesti nak posing mcm ni... tak paham akak..  Bila tersedar, ianya sudah habis di dalam perut che mat  :D

October 30, 2011

Moi a.k.a Bubur Nasi

Dah jemu sarapan dengan nasi lemak, bihun goreng dan yg sewaktu di hujung minggu.  Jumaat lepas buat moi pulak.. Sedap pulak sesekali makan bubur nasi macam orang demam...  Eh! Tapi akak kalau demam apa pun tak selera.. paling2 biskut lemak cicah air teh-O je..  Gitulah gaya tekak demam ala cik siti... Tapi sejak ada anak ni, tak boleh ikutkan sangat kalau badan tak sedap.  Takkan ada chance nak manja2kan diri.. huhuhu!

Bahan2 :

1 cawan beras - jenis biasa je.. 
5-6 cawan air - selagi tak hancur elok, sila tambah air selalu heheh..
1 inci halia - potong nipis
1 batang serai - ketuk
1/2 batang carrot - potong dadu
1 sk serbuk stok ayam - kalau nak letak isi ayam pun sodap..
Garam ikut citarasa

Aksesori - kalau macam gambar ni ialah :
Ikan bilis goreng
Kacang tanah
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Telur dadar - kalau nak best telur masin yg takde di Bahrain ni.. :D
Yang takde dalam gambar tapi ada atas meja - cili padi potong podeh ko tolingo + kicap manis

Cara2:
Campur semua bahan dengan beras dan masak hingga menjadi bubur..  Garam tu saya letak akhir sekali.. tapi boleh je nak bubuh awal2..  Dan ikutlah nak pekat ke, nak cair sikit ke...



October 26, 2011

Roti John Senang Je..

Untuk dinner semalam saya masak spaghetti bolognese je sebab jemu makan nasi kononnya... Macam biasa tak habis.. Pagi ni abe tapau ke office balance tu eheh..  Sebelum ditapau, sempat ambik sikit sos tu... campur dengan telur dll... buat ala2 roti john utk breakfast.  Tapi roti tu dah tentu adanya roti keping putih yg biasa tu.. Janji sodap lah kann... hehe.

Bahan2:

2 biji telur - kocak
1 batang sosej ayam - potong2 kecil
3 sudu sos bolognese (dah siap ada daging & mushroom ye..)
Secubit garam
Lada sulah
Roti - sapu majerin di permukaannya

Sos dan hiasan:
Mayonese
Sos lada hitam
Sos cili - saya guna Thai sos
Daun salad - racik halus
Timun - potong nipis

Cara2:

-  Campur kesemua bahan (kecuali hiasan) dalam mangkuk dan kacau sebati
-  Panaskan non-stick pan di atas dapur.  Sudukan (dalam 3 sudu) adunan telur ke atasnya.  Rata2kan...
-  Letakkan sekeping roti di atasnya.. tekan2 sikit biar masak betul telur tu.. Ulang sampai habis..

Macam nilah rupa dia..

-  Susun roti berpasangan... Letak sayuran dan tuang sos pada sekeping dan tutup dengan sekeping lagi...  Gambar2 akak part ni semuanya blur la pulak..hihi


Potong 2 untuk menyenangkan makan... :P

October 21, 2011

Lontong... lagi lagi :D

Malam tadi adalah malam yg sangat memenatkan... Anak bujang saya si che mat tu meragam sepanjang malam ke pagi.  Sejak kebah dari demam hari tu, ada masalah kat mulut pulak selain ragam yg menjadi2. Asyik mengadu sakit, tapi tak bagi kita tengok.  Sudahnya kejap2 menangis dan mengamuk.. tak dapat lena.  Berkhemah umi dan abi kat depan TV, menjaga dia.  Sekejap marah kat umi, sekejap marah kat abi... huhuhu!


Bila tiap nak lelap je kena kejut, akak pun bajet tak tidur lah sepanjang malam.  Pukul 12 terus ke dapur, isi beras dalam plastik dan rebus.  Buat nasi impit... Pukul 12 tu dah kira larut malam kat sini, sebab subuh kul 4.19 pg.  Pukul 1.30 nasi impit dah siap... tinggal fikir nak masak kuah je.  Dapatlah juga lelap pukul 3-4.30, sebab hubby menggambil giliran pula..

Maka pagi tadi kami sarapan lontong lah.. Favourite nih, entah berapa kali dah buat kat sini.  Ada pulak tempe frozen sikit dan sengkuang yg akak seludup dari Malaysia keh keh!  Lepastu buatkan sambal tumis sotong dalam tin jenama Rex... yg telah digembar gemburkan di dapur Kak Jee dan Mamafami tak lama dulu.  Ni pun akak seludup se'ting' je..  Resipi lontong atau lodeh di dah banyak kali masuk sini.. Cuma kali ni saya tak tumis.. main rebus terus.

Best dapat gandingan sambal sotong...

Bahan2 (kuantiti agak2 je lah ye):

Bahan kisar
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
Bilis
Halia

Sayuran dan Lain2 (kalau nak tambah ikut citarasa masing2 pun takpe)
Sengkuang
Lobak merah (carrot)
Kobis
Tempe - saya goreng sekejap
Suhun
Lengkuas - ketuk
Serai - ketuk
Daun bay - saya guna yg kering je
Santan - saya guna santan serbuk yg cair je sbb tak mau lemak sgt
Serbuk kunyit
Garam

Cara2:

1)  Bahan kisar dan lengkuas direbus dengan sedikit air sampai mendidih
2)  Masukkan sengkuang dan lobak... tunggu sampai separa lembut.
3)  Masukkan kobis dan tempe... juga santan dan serai.  Letak garam dan kunyit sekali..  Kalau ada udang basah, selalu saya masukkan masa ni... tapi minggu ni kita puasa udang.. :)
4)  Bila dah mendidih (jaga2 jgn sampai pencah minyak) dan sayur lembut kesemuanya, baru masukkan suhun... Biarkan kejap dan matikan api.


Nasi lemak ni jiran baru kami Kak Yah yg bagi saat kami nak breakfast.  Baru beberapa minggu tiba dari M'sia... :)  Alhamdulillah, rejeki... rejeki.. *seronok rasa dapat 'sekampung' dgn orang kita... ;D*

October 6, 2011

Roti Arab II dan Sambal Bilis



Minggu lepas punya sajian breakfast atas permintaan cousin, CikYum a.k.a Yun.  Kalau minta yg senang2 ni, cepat je jadinye! eheh..  Tapi sebenarnya rupa paras roti arab tu tak berapa licin macam kulit muka akak.. sebab malas sikit nak menguli dengan penuh perasaan.  Eh! Memang muka akak licin takde jerawat atau bekas jerawat... cumanyeee ada belak2 hitam yg tak dapat dibendung lagi.  Jeragat ke hapa hentah.. naik muak dah minum soy collagen tu, idak juga jadi putih melepak hehehe...

Cerita pasal jeragat pulak kita ye!  Roti arab ni, yg rupa ini, tak pernah le pula saya jumpa di Bahrain tu.  Roti arab depa tu semua bako punya macam naan... Tak taule kalau akak je yg tak jumpa.. maklum saja, tak abis nak explore.. Saya buatkan sambal tumis bilis je untuk kalini.. Selalu tu dengan sardin, tapi dah abisle pulak.  Sekali pandang macam donut pun ada kan.. atau kalau belah, jadi burger M'sia.. hehe!
Rujukan: My Resipi (kakfiza)
Bahan2 (dapat 9 biji):

Bahan A
1 sk yis kering
1/2 sb gula
1 oz air suam

Bahan B
250 g tepung gandum
1/2 sk garam
1/2 sb gula
1 sb majerin
100 ml susu cair
Air secukupnya - dalam 50ml je atau kurang

Cara2:

1)  Masukkan bahan2 A iaitu yis, gula dan air ke dalam bekas.  Kacau2 sikit dan biarkan beberapa minit sampai berbuih.  Boleh juga kalau nak tutup bekas tu supaya lagi cepat bertindakbalas

2)  Gaul sekali tepung, garam, gula dan majerin.  Kemudian masukkan bancuhan yis tadi.

3)  Masukkan susu, diikuti air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh.  Sebab susu dah banyak, air tu sikit je... Uli doh hingga lembut.

4)  Tutup doh dengan kain lembab selama 1 jam.. (saya guna plastik je..)

5)  Selesai perap, doh akan membesar sekali ganda.. tumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Bahagi2kan kepada beberapa bahagian kecil... macam saya  buat 9 biji

5)  Ambil sebiji-sebiji dan canai dalam 1cm.. (agak2 jgn nipis sgt).  Goreng dengan minyak yg penuh hingga bertukar warna perang.. balik2 kan.  Ikutlah banyak mana nak goreng sekali.. :))


Sambal Tumis Mudah

Bahan2 (cara malas nak menulis hehe):
Bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kisar, bilis (rendam dulu), garam, gula, minyak dan sedikit air

Cara2:
1)  Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai halus.  Bawang besar dihiris kasar
2)  Kemudian tumis bahan tumbuk dan cili hingga terbit bau.  Masukkan garam dan gula.
3)  Masukkan bilis dan bawang besar.  Tumis seketika.. masukkan air.  Angkat bila sambal nampak sedikit pekat dan bilis tu betul2 lembut/masak.

p/s:  Kalau untuk kegunaan cicah ni saya suka letak air dan bilis cara gini, biar sambal tu cair.. Kalau nak buat lauk, bilis tu saya goreng dulu dan tak letak air.. lagi sedap kalau garing.. :))


July 15, 2011

Punten - makanan Jawa

 
PUNTEN! Hahaha... mesti ramai yg tak pernah dengar ini nama!  Punten adalah makanan popular orang2 Jawa belah Sabak Bernam terutama kaum kerabat ku... Sebutan 'ten' tu macam 'e' tanda eg bile, sape.. bukan macam sebut 10 in english... :P  Ini juadah terutama yg selalu dimakan waktu sarapan pagi waktu saya kecil2 dulu.. Kira macam makanan nostalgialah jugak.  Tak abis2 akak nak bernostalgia...


Orang zaman sekarang dah jarang jumpa rasanya... Ala, sebenarnya ini macam nasi impit je... tapi versi lemak.  Atau nasi lemak versi impit... Buatnya macam nasi lemak, boh santan & garam.. pastu air kena banyak macam nak buat bubur atau nasi impit.... Nantilah akak citer balik kat bawah.  Zaman saya kecik2, makan punten ni dengan sambal udang kering atau isi ikan goreng, dan ditumis dengan cilipadi serta bawang.  Ada daerah yg makan punten dengan sambal tumis biasa atau sardin.  Ikutlah masing2...

Nak tau apa kandungan dan cara membuatnya?

Bahan2 (untuk 2 orang) :

1 cawan beras (sebaiknya beras biasa..)
1 cawan santan
1 sk garam (atau secukup rasa - macam buat nasi lemak)
Air yang banyak (saya letak 1/3 periuk 1.8 ltr)

Cara:

1)  Basuh dan masak beras macam biasa - sekali dengan santan & garam.  Saya guna periuk elektrik je.. dan biarkan sampai suis naik sendiri... selalunya belum cukup kering.  Kalau tak cukup kering, sambung atas dapur biasa sembil sekali sekala mengacau nasi.

2)  Bila air nasi dah kering, keluarkan nasi ke atas dulang atau bekas, dan tekan2 dengan daun pisang atau plastik.  Ratakan... Mula2 memang agak melekat, tapi bila dah nak sejuk semakin elok... tekan2 sampai rata dan padat.  Sejukkan sebelum dipotong dan dimakan..

3)  Bila dah sejuk, boleh potong... kalau potong waktu ia masih panas, jawabnya melekat la nanti..

Selalu malu2 bab letak sambal.... :((

Cara buat sambal :
Tumbuk BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH, CILI PADI dan UDANG KERING... Tumis dengan minyak sampai garing... masukkan sedikit garam.. Kalau nak cair sikit, bila bahan dah GARING, baru tuang sikit air dan biarkan sampai mendidih... angkat!