Showing posts with label Filling. Show all posts
Showing posts with label Filling. Show all posts

December 29, 2017

Kisah Penghujung Tahun 2017 (2)

OK... kita sambung balik cerita haritu...

Kalau sempat akak nak letak resipi sikit. Tapi sebelum tu, akak nak tepek sikit beberapa biji kek yang akak bercadang nak up kan tahun 2018. Itu pun kalau takda alasan2 dan gangguan2 jiwa melanda macam setahun dua kebelakangan ni.

Ini kek neapolitan yg akak reka2 sendiri. Nak belajar atau PJJ kat orang duk berlengah2 je. Tapi akak rasa hat ni pun sodap jugaklah. Cuma akak kena perbaiki sikit dari segi penampilan dan fillingnya.  Kek ni akak buat untuk majlis Rangkaian Kasih PPKI tempat anak akak belajar. Keknya adalah kek span yang ada rasa coklat, vanilla dan strawberi. Basic frostingnya adalah cream cheese dicampur sedikit fresh cream. Akak pun tak berapa rasa sangat. Maklumlah..nampak nau macam buruk siku dan syiok sendiri hehehe...

Tapi percayalahhhh... ia sedap!!



Kek di bawah ni adalah tempahan oleh Cikgu Suriyati yang dah berkali-kali order dari akak. Selalunya dia order brownies. Kemudian masuk ni 2 kali dia order Red Velvet. Sekali dengan brownies. Memang lama dah akak tak buat RV sebab guna warna yang banyak. Tapi kalau customer order, akak ON saja. Lagi pulak, baru-baru ni RV memang kembali popular disebabkan drama Cik Lofa dan Aliff tu.. akak pun tak tengok sangat.

Red Velvet 1 kg 

RV full version (2 kg+)

Beberapa hari lepas akak test resipi Kek Pandan Gula Melaka yang agak menjadi sebutan di luar sana. Kalau skodeng IG bakers, selalu je jumpa kek tu. Akak minta resipi dari kekanda yg join PJJ. Tapi sebenarnya akak tak tau pun yg tu resipi dia belajar. Masa bagi dia yang cakap. So, tak bolehlah akak share. Cuma, boleh je kome search kat internet tu. Banyak lambak2 orang tulis. Similar but not the samelah! Lain orang lain cara. Cuma akak syorkan boleh cuba resipi di blog Azlita, tak pun Azie Kitchen.


Untuk frosting atau topping kek tu, akak cedok dari blog orang juga dan blend kan mengikut apa yang ada kat dapur masa tu. Alhamdulillah menjadi dengan jaya. Akak cuba guna resipi Italian Buttercream milik Azlita tapi tak jadi. Maka akak pun tukar kepada Swiss Meringue Buttercream yang rata2 hampir sama. Cukup untuk jadi topping cupcakes sebanyak 13 -14 biji (mungkin lebih). First time buat Swiss Buttercream ni, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Bila dah tau buat tu, idaklah rasa rumit sangat seperti yang ku pikir...hehe!



RESIPI SWISS MERINGUE BUTTERCREAM

Bahan2:

2 butir putih telur
100 g gula castor (akak guna fine granulated)
Secubit garam
150 g mentega (suhu bilik) - potong kecil2
1 sudu teh esen vanilla

* Untuk kek pandan gula melaka sediakan paste lebih awal:
50 g gula melaka/gerek
1-2 helai daun pandan
1/8 cawan air

Cara2:

1) Masak gula melaka, pandan dan air sehingga hancur keseluruhan gula dan sejukkan.
2) Masuk putih telur, gula dan garam dalam bekas tahan panas dan panaskan secara double boiled sehingga gula hancur. Rasa dengan jari, jika tiada berpasir2 terus angkat.
3) Pukul telur sehingga kental (bertanduk). Pastikan ia dah sejuk.
4) Masukkan esen vanilla diikuti mentega sedikit demi sedikit sambil memukul. Setiap kali masuk, pastikan sudah sebati baru masukkan sebahagian lagi, sehingga selesai.
5) Tambah 2 sudu besar paste gula melaka atau lebih jika suka. Pukul sehingga sebati dan boleh terus digunakan.

Meringue/putih telur yang telah dipukul kental

November 21, 2014

Chocolate Filling (Inti Coklat)

Projek petang tadi... untuk melangsungkan projek cheese tart sebelah malamnya. Tiba-tiba akak dapat seruan untuk buat inti coklat sendiri. Sebelum ni guna inti ready made yang beli di kedai bakeri. Hanya beberapa ketik, akak terjumpa resipi dari dapur Madihaa. Nampak macam mebeles je! Bahan2 pun ada. Apa lagi, terus jalan...


Customer order cheese tarts dengan fillings blueberry dan coklat. Inti coklat yang dah siap ni akak rasa memang sedap. Lebih sedap dari yang dibeli selalu tu. Tapi akak ubah sikit dari resipi asal berdasarkan nota dari empunya blog juga. Jadi, kalau nak tengok resipi asal boleh klik link di atas. Saya punya ni untuk rujukan sendiri yang dah diubah segram dua bahan2nya.


INTI COKLAT (CHOCOLATE FILLINGS)

Bahan2:

250 ml susu/krimer sejat
150 ml air suam
60 g serbuk koko
40 g tepung jagung
160 g gula halus - boleh adjust sekiranya koko yg kita guna agak pahit
60 g mentega
1 sk esen vanilla

Cara2:

1) Campurkan susu, air suam, serbuk koko dan tepung jagung di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
2) Tapis campuran bahan di atas dan tuang ke dalam periuk berisi gula.
3) Kacau dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan matikan api.
5) Biarkan sejuk sebelum digunakan


Proses mengacau hingga pekat..