April 22, 2020

Karipap Inti Putih



Anak bujang akak si Ahmad Fawwaz kesukaannya karipap biasa inti kari tu je. Tapi, sejak apaknya request hat inti putih dicampur daging, akak pun jadi tukar selera jugak..

Maka inilah cara yang akak buat..


Karipap Inti Putih

Bahan2 inti:

1 1/2 kampit kecil kentang (anggaran 1 kg+)
Semangkuk kecil daging - dipotong kecil2
1 labu bawang besar - hiris dadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 peket rempah kurma
1 sudu lada hitam - tumbuk
Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga
Garam & gula secukup rasa
Minyak menumis
Air secukupnya

Cara2:
1. Kentang dipotong dadu dan cuci bersih
2. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan hingga terbit bau.
3. Masukkan bawang, tumis hingga layu.
4. Masukkan daging, goreng hingga warna bertukar pucat dan sedikit kering.
5. Masukkan rempah kurma dan kacau rata. Tuang air sedikit dan masak sehingga daging empuk.
6. Masukkan kentang, tambah air sehingga kentang tenggelam.  Masak sehingga kentang hampir lembut, masukkan lada yitam, garam serta gula.
7. Bila inti dah lembut dan hampir kering, tabur daun sup dan kacau rata. Siap!


Kulit Karipap
(lebih kurang 40 biji x 20g doh)

Bahan2:
600g tepung gandum
20g majerin + 140g minya masak - panaskan
Sedikit garam
1 cawan (250ml) air

Cara2:
1) Masukkan tepung, garam dan minyak ke dalam bekas dan gaul rata.
2) Tuang air sedikit2 sampai elok menjadi doh
3) Bulat2kan atau canai dan terap.
4) Gelek doh hingga nipis dan masukkan inti
5) Bentukkan dan klim rapat2 supaya inti tak terkeluar semasa menggoreng 😊