Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

October 3, 2017

Lala Goreng Bercili


Wahh... sesekali makan memang sedap. Ianya sejenis lauk yang aaamat jarang masuk ke dalam rumah. Rasa dalam setahun dua ni memang tak beli lah. Tapi entah kenapa tiba2 abe bawa balik dari pasar. Ai suspek dia tengah murah sampai geram je nak beli.

Kami ni dah jarang beli seafood. Kadang2 je abe beli sotong. Udang beli untuk buat cucoq. Tapi walau puasa seafood pun, kolestrol akak tetap mencanak naiknyo. Ai suspek pasal mudah stress terutama dengan kerenah insan sekeliling. Hahaha.. tak abis2 suspek. Sokmo stress..

Apa2 pun akak gembira jugalah sebab walaupun banyak, menjelang malam habis licin tinggal kulit ja. Kita makan tak banyak.. En Abe tu la yang perabis. Fawwaz memang tak pandang makanan pelik2 nih.. hehe! Kalau habis tu tanda menepati citarasalah. Akak masak campak2 je sebenarnya. Jadi resipi kat bawah tu, boleh je adjust sendiri. Sebab saiz bawang, sudu kita pun tak semesti sama kan....


LALA BERCILI

Bahan2:

1 kilo lala - bersihkan.
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar (ikut citarasa)
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
2 batang serai - ketuk
Beberapa helai daun limau purut
Sedikit gula
Garam jika perlu (sebab dah letak sos)
Minyak untuk menumis
*Jika suka pedas, boleh tambah cili padi

Cara2:

Tumbuk/kisar bawang merah dan putih
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang, serai dan cili hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
Tambah gula dan tumis seketika.
Masukkan lala serta daun limau, dan gaul hingga perencahnya rata.
Tutup sekejap dan bila dah terbuka2 semua lala, gaul beberapa kali sampai nampak berkilat dan tak berair.
Matikan api dan boleh dihidang terus.

November 21, 2015

Sotong Goreng Tepung yang Rangup

Hari ni konon2 akak rajin nak mencuba resipi baru. Sejak makan yang orang bawa waktu kenduri di kampung bulan lepas, akak duk teringat2. Selama kini tak teringin pun nak buat walau dah lama akak nampak lalu lalang kat alam maya ni. Tadi akak pun penuh tenang buatle CONGO BARS yang dimaksudkan. Tapi... tapi.. kejadiannya tak kena dengan tekak ni. Manis sangat.. Terus akak tidur penat..

Bangun tidur lapar pulak. Sebenarnya dah keluarkan ayam 2 ketul dan sotong sebelum tu dari fridge. Abe takdok ni segann rasa nak masak..huhu. Tapi sebab lapar, laju je dapat idea nak buat apa. Yang paling segera ialah sotong goreng tepung. Takda akak nak perap2.. terus proceed.  Ayam pun goreng celup tepung jugak.. potong kecil, celup teloq, celup tepung serbaguna.. tadaaa.


Makan sikit dah kenyang. Cicah dengan sos pencicah made in Klate.. Ini botol pencicah terakhir yang beli kat Besut aritu. Tapi takpa, kat Tesco akak tengok banyak je pencicah mari Klate nih. Memang kena dengan selera akak. 

Simple je resipi tepung rangup akak.. Khas untuk wanita solo... Kalau yang tak solo tu, gandakanlah kuantitinya..


SOTONG GORENG RANGUP

Bahan2:

1 pinggan sotong (anggaran 300g) - bersihkan dan hiris kecil

Bahan A (perap)
Lada hitam
Lada sulah (saya guna ajishio)
Garam
Kunyit
Telur

Bahan B (tepung)
3 sudu tepung beras
1 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum

Cara2:

Perap sotong bersama bahan perapan selama 15 - 30 minit.
Golek-golekan sotong pada tepung sehingga bersalut kesemuanya dan goreng sehingga warna keemasan.
Angkat dan toskan baru letak di atas pinggan.
Pastikan sotong tidak melekat-lekat atau bertindih semasa memasukkan ke dalam kuali.
Gunakan minyak yang betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.





September 10, 2015

Rendang Kerang

Pagi tadi ke market nak beli ikan.. terhenti kejap langkah akak bila nampak selambak isi kerang di salah satu gerai. Bila tanya, sekilo cuma RM13.. wahh.. ini sudah baik. Sebab masa raya hari tu akak dengar mahal betul di kampung akak. Yang masih berkulit pun sekilo RM10. Ramai yg keciwa nak masak sambal taun kerang.

Akak sebenornya dah lama mengidam rendang kerang pedas. Tapi masa beli tadi rasa macam nak buat sambal taun. Uhhh.. mana satu la pulak. Sampai rumah bila tengok sekilo tu banyak sebenarnya, akak terus fikir nak buat rendang barang semangkuk. Balance tu baru buat sambal taun bila rajin.. kasi beku dulu ya.. Cuma kejadian rendang ni tak berapa pedas walau banyak juga cili padi yang akak letak. Takpa lah nohh... kang sakit perut pulak.. hehe


Masak harini untuk esok pagi.. Kena padankan dengan puluit ka, nasi impit ka.. baru sesuai.. Lepas tu boleh gi bendang.. ehehh.


RENDANG KERANG

Bahan2:

Semangkuk isi kerang
Segenggam cili padi
4 sudu cili kisar
1 sudu kerisik
Gula dan garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 mangkuk santan pekat
Minyak untuk menumis
Daun limau purut
Daun kunyit (saya tak letak)

Bahan Kisar:

1 1/2 labu bawang besar (boleh tukar dengan bawang kecil ikut suka)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara2:

Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam, gula dan daun limau purut.
Masukkan kerang dan cili padi (juga daun kunyit yang dimayang halus, jika suka). Kacau rata.
Tuang santan dan kerisik. Masukkan asam keping.
Masak sehingga santan kering.


July 30, 2012

Sotong Goreng Majerin

Hari ni dari pagi asyik duk dapur je.. Dari buat karipap, buat kerja2 lain, buat kek,... Dalam bersiap2 nak masak untuk iftar pula (almaklum en abe nak balik..), tiba2 telefon berbunyi.. ada haiwan dalam bahaya!  Ehhh.. tersasul lagu wonderpets pulak!  Hehe lawak ngengada!!  Hubby telefon dari PD, tanyakan nak kirim apa kat bazar ramadhan.  Tak payah masak lauk katanya! Masak nasik je.  Wahh.. best kan hubby akak tuu.  Sangat considerate!  Dan akak pula suka ambil kesempatan.. ;))


Saya pun terus order nasi kerabu, my forever fav nasi.. Tapi memandangkan dah keluarkan ikan dan sotong tadi, saya pilih juga salah satu untuk dimasak.  Maka jadilah sotong goreng ni.. Masakan cincai yg saya suka, tapi jarang buat.  Sebab saya jarang beli sotong...

SOTONG GORENG MAJERIN

Bahan2:

1 pinggan kecil sotong
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu lada sulah - tubuk/kisar
Garam secukup rasa
1 sudu besar majerin
Daun sup - racik halus

Cara2:

1)  Bersihkan sotong
2)  Panaskan majerin dan tumis bawang putih hingga naik bau
3)  Masukkan sotong, lada sulah dan garam.  Kacau2
4)  Masukkan daun sup dan tutup seketika hingga sotong lembut.
5)  Angkat

Senangkan? hehehe...

February 26, 2012

Sambal Taun Kerang

Edisi ulangan.. Atas permintaan adik bongsu suami isteri.. Si suami orang Kelate yg dah terpikat dengan makanan2 Jawa.  Yang ni nak bagi rasa kaum kerabat Kelantan merasa.  Tapi dah pesan siap2 jangan pedas sangat.  Kebetulan cili pun bukan jenis pedas.  Letak segenggam pun masih tak pedas.

Sambal taun atau tahun ni kalau nak sedap kena pedasnya kuat sikit dan perangat dulu sekali dua, atau sehari dua, baru umphh!!  Cuma kadang2 tak sempat perangat lama, dah habis.  Gambar di atas tu dah berapa kali dipanaskan, keluar masuk petisejuk.. tpi masih tak pedas walau cili tu dah pecah.  Atau... lidah saya je yg berkata begitu.  Maklum lidah besi.. hehehe...


Resipi Sambal Taun


3 kg kerang (timbangan bersama kulit)
Segenggam cili padi - buang tangkai saja
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3-4 inci lengkuas - hiris (saya suka kalau lengkuas banyak)
1/2 inci belacan - hancurkan
Santan pekat - saya beli yg market dgn harga RM2 tu
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Gula (dalam 1/2 sudu kecil untuk meneutralkan rasa) - opt
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Rebus kerang dan ambil isinya
2)  Tumis bawang merah, bawang putih dan lengkuas hingga layu.  Taburkan pula belacan dan kacau.
3)  Masukkan isi kerang dan cili padi.  Kacau2 sikit hingga kerang nampak sedikit mengecut
4)  Tuang santan dan air secukupnya (sampai tenggelam kerang tu).
5)  Masukkan juga asam keping dan garam serta gula.  Biarkan mendidih lama sedikit, sambil sesekali mengacau supaya tak pecah minyak


p/s: Selingan.. Saya menulis ni sambil makan pulut + kelapa lemak masin.. Saja nak mengimbau zaman kanak2.. Tapi masa zaman tu, arwah nenek akan kepal2 pulut dan digolek pada kelapa tu.. perggh sedap sungguh!!  I love u buk.. Al fatihah.

September 8, 2011

Kerang Masak Lemak Kuning



Sedap pulak masa puasa haritu makan kerang ni... Air tangan makcik saya yg terbaik!!  Tengok pakcik kita pun (hb makcik) makan dengan penuh selera... Kalau tengok gambar memang kering je, sebab kuah tu sekadar ala2 je untuk buat dia terasa lemak... Tak usah fikir kolestrol dulu, meh layannn...

Bahan2:

Kerang - bersihkan dulu
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili - hiris (nak tumbuk sekali pun boleh)
Santan pekat secukupnya (kami guna sekotak kecil santan, campur air setakat tenggelam semua kerang)
Serbuk kunyit
Daun limau purut - banyak sket barang 4-5 helai utk masakan seperiuk
Asam keping - satu dah cukup
Garam

Cara2:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga santan mendidih serta pekat dan kerang terbuka.  Sesekali kacau supaya santan tak pecah.  Perasakan garamnya...

Wangi rasa & bau limau purut.. makan dengan sambal kicap pun sodap

February 5, 2011

Clam Soup

Lauk yg sangat simple tetapi menyegarkan... Kat market Bahrain ni boleh tahan senangnya nak dapatkan clam ni... sekilo dalam 500 fils je (dlm RM4)..  Tapi ni sebenarnya first time beli kat sini.  Jumaat semalam tetiba teringin nak masak ni.. Buat sup atau rebus je... Baru terasa manis2 isi dia tu dan segar air sup tu...mmm sedapnye!




Bahan2:

1 kg clam/lala/retak seribu (atau yg sewaktu..)
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
2 batang serai
Bawang goreng
Daun sup

Cara2:

1)  Masukkan semua bahan sekali dalam periuk (kecuali bawang goreng dan daun sup).  Tambah air sekadar paras clam..
2)  Rebus sampai terbuka cengkerang tu... Tutup api, masukkan bawang goreng dan daun sup dan tutup periuk.  Siap!

ps:  Kalau nak letak garam, dalam secubit je... sebab kerang tu dah cukup rasanya..



Makan cicah dengan sambal kicap.... 


April 6, 2010

Udang Labu Masak Lemak



Bahan2 (utk 2 org) :

10 ekor udang sederhana besar
6 potong labu - dlm 3cm setiap satu
Bawang merah
Bawang putih
3-5 biji cili padi - ikut tahap kepedasan
1/2 helai daun kunyit
Serbuk kunyit
Sedikit santan
Garam secukup rasa

Cara2:

1) Bersihkan udang & labu
2) Tumbuk bawang dan cili
3) Rebus bahan tumbuk bersama labu hingga empuk
4) Masukkan udang, gaul dan biarkan seketika
5) Masukkan santan, kunyit dan garam


April 3, 2010

Kerang Sambal Merah


Dapat idea dari makcik.. Sedapla pulak..

Bahan2:

Kerang
Cili kering kisar
Bawang merah
Bawang putih
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Cara2:

(1) Basuh kerang sehingga bersih dan rebus hingga masak (terbuka kulit)
(2) Kisar bawang dan cili.
(3) Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa
(4) Setelah itu, masukkan kerang rebus dan gaul hingga sebati dengan bahan tumis. Siap utk dihidang... simple!


February 11, 2010

Sotong Goreng Tepung

Idea dari Myresipi...



Bahan2:

2 ekor sotong
1/2 batang lobak merah (carrot)
1 senduk penuh tepung gandum
1/2 sk baking powder
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara2:

(1) Potong sotong halus2 (atau ikut suka). Cuci dan toskan airnya.
(2) Racik halus lobak (atau parut)
(3) Adun tepung, baking powder, garam dan air (cair sikit dari nak buat cucur udang).
(4) Masukkan sotong dan lobak dalam adunan tepung. Gaul dan goreng.. Hasilnya adalah rangup dan rasanya ada sedikit manis + masin. Makan panas2..

August 3, 2009

Udang Madu

Lauk dinner malam ni.. dapat idea dari myresipi by Dayang..




Bahan2:

Udang dibersihkan ikut kegemaran
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu cili kisar
3 sudu madu dibancuh dengan sedikit air
1 sudu sos cili
Sedikit daun ketumbar
3 biji cili padi - ditumbuk sedikit
Sedikit kicap
Sedikit garam
1 sudu perahan limau
1 sudu kecil tepung jagung
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara2:

(1) Perap udang dengan garam dan tepung jagung dalam 10 minit. Kemudian goreng hingga sedikit garing.
(2) Kisar bawang besar dan bawang putih. Tumis dengan cili (menggunakan minyak gorengan tadi) sehingga agak garing.
(3) Masukkan sos cili, kicap dan madu. Kacau seketika dan masukkan cili padi.
(4) Masukkan pula udang, daun ketumbar dan perahan limau. Kacau seketika dan angkat.

October 29, 2008

Sambal Tahun Kerang


Satu lagi masakan Jawa yg 'kau-kau' pedasnya... Tambah 'kau' kalau dimakan keesokan harinya dengan nasi atau ketupat/nasi impit. Sekali rasa boleh serik, tapi nak tambah lagi.. Itulah pengalaman saudara-mara yg baru pertama kali mencuba.

Bahan2:
2 kg kerang - direbus dan ambil isinya
2 inci lengkuas - hiris
10 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 cawan cili padi
1 keping asam
sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
1. Tumis bahan hiris bersama cili padi (kalau nak kurangkan minyak, boleh juga rebus sahaja bahan2 tersebut dengan air sehingga layu).
2. Masukkan kerang dan biarkan seketika.
3. Masukkan santan diikuti garam dan asam keping.
4. Masak hingga santan mendidih. Lagi lama pun tak apa...

Nota: Boleh juga menggunakan daging, ayam ataupun hati ayam.


Yg ni sambal taun daging...

October 28, 2008

Sotong Goreng Marjerin

Masakan paling mudah...

Bahan2:

1/2 kg sotong
2 ulas bawang putih - diracik halus
Sedikit lada sulah
Garam
Serbuk Kunyit (opt)
Marjerin

Cara2nya:

1. Panaskan majerin
2. Tumis bawang putih hingga keperangan
3. Masukkan sotong, diikuti garam, lada sulah dan kunyit.
4. Biarkan sehingga sotong lembut
5. Angkat dan taburkan dengan daun bawang

October 23, 2008

Sotong Goreng Tomyam

Hidangan kami malam ini..

Bahan2:

2 ekor sotong (yg besar)
1 labu bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - ketuk & hiris
1 inci halia - hiris
1 batang serai - ketuk
3 biji cili api
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
Sedikit paste tomyam
Garam & kunyit

Hiasan:
Carrot, tomato, daun bawang, daun ketumbar

Cara2:
1. Sotong dipotong kecil2 dan diperap bersama garam dan kunyit
2. Tumis bawang, halia dan serai hingga wangi
3. Masukkan sotong dan biarkan seketika
4. Masukkan sos tiram, paste tomyam dan daun limau (serta karot)
5. Bila sotong telah lembut matikan api dan taburkan dengan bahan2 hiasan yg lain.

p/s: boleh juga kurangkan kuahnya..