February 25, 2021

Kek Marble Mudah 2021

Assalamualaikum!!!
Memandangkan tiba2 acik ni ghajen nak hapdet blog dikala orang2 lain dah era update youtube lah, instagram la, twitter dan macam2 tu, maka acik akan letak 2021 disetiap entri baru. Senang nak nampak dari jauh. Takpalah noh.. stay oldskool 😎

Kali ni nak masukkan resipi kek tanpa BAKING POWDER yg acik dah try dari group masak2 di FB i.e. BIKMM. Asalnya yg acik nampak, kek ni ada tajuk PRUNE. Tapi sebab tak pernahla ada prune dalam dapur tu, maka jadi kek lain. Boleh divariasikan sebenarnya. Anggap ia macam kek basic yg boleh diolah semula.


KEK MARBLE
Saiz loyang 8"

Bahan2:
250g mentega/lepa susu - sy guna Buttermas spread.
220g gula halus/kastor
5 biji telur B (saya guna saiz 4A + 1C)
250g tepung gandum (sy biasa guna cap Rose)
70ml susu cair/full cream
1 sk esen vanilla

Cara2:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berwarna pucat. Guna speed max.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masuk tepung berselang seli dengan susu. Putar hingga sebati dengan speed rendah.
5. Ambil sedikit untuk diwarnakan. Boleh juga bakar terus tanpa pewarna.
6. Panaskan dahulu oven dengan suhu 165C. 
7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan dialas dengan kertas. Corakkan ikut citarasa.
8. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak dengan api atas bawah.

Nota: Resipi ini memang tiada penggunaan agen penaik spt baking powder, dll




February 24, 2021

Biskut Cornflakes Cruncy 2021

Cookies yang menjadi kegemaran Fawwaz. Yang pasti, kukis ni memang simple je buatannya, TANPA TELUR dan rangup digemari ramai. Kalau mak buat, anak akan borong kasi habis semua, duk ulang2 tu je selagi belum kosong bekas.

Simpan sini untuk rujukan masa depan.


CORNFLAKES COOKIES RANGUP 
Sumber : Norees
Ubah sedikit : ACik Siti

Bahan A:
250g majerin - saya guna Pelangi 
1 sk esen vanilla (resipi asal letak esen coffee/coklat emulco)
100g gula kastor

Bahan B
200g cornflakes - dikisar
1 pkt nestum instant 3 in 1 (resipi asal 100g conflakes diramas/nestum)

Bahan C
100g tepung jagung
200g tepung gandum
30g chocolate chips

Cara2:
1. Putar majerin dan gula hingga kembang. Masukkan esen.
2. Masukkan bahan B. Gaulkan.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati,
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul.
5. Akhir sekali masukkan chocolate chips. Boleh juga jika nak masukkan kekacang seperti badan yang telah disangan.
6. Bantukkan adunan dan bakar dengan suhu 165C selama 20 minit (ikut kebiasaan oven anda)



February 13, 2021

Apam Nasi Sedap 2021

Sebelum ni, bertahun dulu dah pernah akak pos pasal apam nasi ni. Kemudian stop buat... Kebelakangan ni tetiba membara balik aktiviti buat apa. Bukan apa, anakanda Cik Mat Fawwaz tetiba kelihatan suka sangat kat apam ni. Apalagi, sukalah mak buat selalu... Sekejap je boleh habis.

Resipi kali ni beza sikit je dengan yg dulu2. Kejadian pun lebih baik. Mohler kita tengok apa tanpa perlu memandang kiri dan kanan.


APAM NASI SEDAP

Ukuran loyang 7 atau 8 inci atau sebiji acu bentuk bunga.

Bahan2:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 peket (5g) yis kering (dicadangkan Mauripan)
1 cawan nasi sejuk
1 cawan air

Cara2:

1) Blend nasi bersama air sehingga halus.

2) Gaul bersama semua tepung, gula dan yis dalam bekas.

3) Masukkan tepung sedikit2 ke dalam air nasi dan adun sampai sebati. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air (1-2 sudu).

4) Asingkan kepada beberapa bekas dan letak pewarna yg digemari. Pastikan bekas besar, jika tidak akan melimpah nanti masa perap.

5) Tutup bekas berisi adunan dengan cling plastic atau penutup yang sesuai. Perap selama 1 jam.

6) Selepas perap, tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Corakkan.

7) Panaskan pengukus terlebih dahulu. Kukus apam selama 30 minit atau hingga masak.